238
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 238. Bagi kegunaan lain, sila lihat 238 (nombor).
Tahun | 235 • 236 • 237 • 238 • 239 • 240 • 241 |
Dekad | 200-an • 210-an • 220-an • 230-an 240-an • 250-an • 260-an |
Abad | Abad ke-2 • Abad ke-3 • Abad ke-4 |
238 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory.
[Sunting] Peristiwa
[Sunting] Mengikut tempat
[Sunting] Empayar Rom
- Puak Carpian menyerang provinsi Moesia, dan Maharaja Maximinus Thrax berkempen terhadap mereka.
- Walaupun membayar ufti, Rom gagal memujuk puak-puak Goth dan Carpian untuk berundur dari Moesia.
- 7 Mac - Gordian I dan Gordian II menjadi maharaja bersama Rom, dan memerintah selama 36 hari sehingga kemangkatan mereka pada 12 April.
- 22 April - Pupienus dan Balbinus menjadi maharaja-maharaja Rom.
- Kota Aquileia menyebelahi Senat Rom terhadap Maximinus Thrax.
- 29 Julai - Gordian III menjadi maharaja selepas kemangkatan Pupienus dan Balbinus.
- Valerian, bakal maharaja Rom, menjadi princeps senatus.
- Bangunan Colosseum dibaik pulih selepas dimusnahkan.
- Tentera puak Goth yang datang dari Ukraine menyeberangi Sungai Danube dan memusnahkan Empayar Rom sehingga sempadannya dengan Anatolia.
- Di Afrika Utara, Legio III Augusta dibubarkan. Sehingga penubuhan semulanya pada tahun 253, Afrika dipertahankan oleh sebuah pasukan tambahan sahaja.