Dari Wikipedia bahasa Melayu
24 November merupakan hari ke-328 (hari ke-329 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 37 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1642 - Penjelajah Belanda Abel Tasman sampai ke Tasmania. Dia menamakan pulau tersebut Anthoonij van Diemenslandt (Tanah Van Diemen).
- 1859 - Asal Spesies (The Origin of Species]] oleh ahli sejarah semula jadi British Charles Darwin diterbitkan, dan habis terjual pada hari yang sama.
- 1963 - Dalam siaran langsung, Jack Ruby menembak mati Lee Harvey Oswald, yang dikatakan membunuh Presiden John F. Kennedy.
- 1971 - Selepas mengutip wang tebusan US$200,000, "D. B. Cooper" terjun dari tangga belakang kapal terbang yang dirampasnya dan menghilangkan diri.
- 1974 - Rangka 3.18 juta tahun "Lucy" (gambar) dijumpai di Lekukan Afar di Habsyah.