64
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 64. Bagi kegunaan lain, sila lihat 64 (nombor).
Tahun | 61 • 62 • 63 • 64 • 65 • 66 • 67 |
Dekad | 30-an • 40-an • 50-an • 60-an 70-an • 80-an • 90-an |
Abad | Abad ke-1 SM • Abad ke-1 • Abad ke-2 |
64 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.
[Sunting] Peristiwa
[Sunting] Mengikut tempat
[Sunting] Asia
[Sunting] Empayar Rom
- 18 Julai - Kebakaran besar Rom: Sebuah kebakaran melanda kawasan perdagangan Rom dan tidak lama kemudian, kebakaran tersebut tidak dapat dikawalkan. Maharaja Nero dikatakan bermain lyrenya sambil bernyanyi semasa menonton kebakaran itu dari jarak yang selamat, walaupun tidak terdapat sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong tuntutan ini. Bagaimanapun, adalah berbaloi untuk memerhatikan bahawa kebakaran merupakan suatu kejadian yang amat biasa pada masa itu. Kebakaran tersebut memusnahkan hampir separuh daripada kota Rom dan orang-orang Kristian (sebuah gerakan agama yang kecil tetapi semakin bertumbuh ketika itu) disalahkan secara rasmi untuk kejadian tersebut. Khabar angin yang umum menuduh Nero sebagai orang yang membakar kawasan itu dengan sengaja.
- Di Rom, penyeksaan orang-orang Kristian awal bermula di bawah Maharaja Nero.
- Nero mencadangkan rancangan perancangan bandar yang baru, berdasarkan pembinaan bangunan-bangunan yang dilengkapi dengan serambi anjung yang penuh dengan hiasan, pelebaran jalan-jalan raya, dan peruntukan untuk ruang-ruang terbuka. Rancangan itu tidak dicapai sehingga selepas kemangkatannya.
- Lyon menghantar sejumlah wang yang besar ke Rom untuk membantu pembinaan semula. Bagaimanapun, semasa musim sejuk tahun 64-65, Lyon sendiri mengalami kebakaran yang membawa bencana, dan Nero membalas dengan menghantar wang ke Lyon.
- Phoenicia menjadi sebahagian Syria.
[Sunting] Mengikut topik
[Sunting] Agama
- Surat Pertama Peter ditulis.
[Sunting] Seni dan Sains
[Sunting] Kelahiran
- 17 September - Julia Flavia, puteri Maharaja Titus dari Rom, dan kekasih kepada abangnya, Domitian.
[Sunting] Kematian
- Santo Paul (tarikh terawal)
- Santo Peter (tarikh terawal)