Alkana
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Alkana merupakan hidrokarbon tepu.Ia tidak boleh menerima lagi hidrogen. Ia tidak bertindakbalas dengan air bromin atau larutan kalium manganat (VII) berasid.
Selain itu alkana kurang reaktif kerana atom-atomnya terikat antara satu sama lain dengan kuat. Ia bertindakbalas dengan gas klorin dalam cahaya ultralembayung.
Ia menghasilkan sedikit jelaga apabila terbakar berbanding dengan alkena. Ini disebabkan oleh peratus karbon dalam molekul yang lebih rendah.
[Sunting] Sifat Fizik Alkana
- Terdiri daripada hidrogen dan karbon sahaja , iaitu merupakan hidrokarbon.
- Diperolehi daripada petroleum dan gas asli untuk tujuan komersial.
- Tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik.
- Alkana dan alkena dalam bentuk cecair adalah kurang tumpat daripada air.
- Bersifat neutral.
- Tidak boleh mengalirkan arus elektrik.
[Sunting] Sifat Kimia Alkana
- Diikat dengan ikatan kovalen.
- Bertindak balas dengan halogen seperti gas klorin dan membentuk monokloroetana, dikloroetana, trikloroetana dan tetrakloroetana dalam kehadiran cahaya ultralembayung. Penukargantian telah berlaku.
- Menghasilkan karbon dioksida dan air apabila dibakar secara lengkap. Pembakaran yang tidak lengkap akan menghasilkan karbon dan karbon monoksida.
- Tindak balas yang dijalani oleh alkana biasanya melalui mekanisme radikal bebas.
- Boleh diprotonkan dengan asid super (super acids).