Angin suria
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Angin Suria terdiri daripada zarah bertenaga tinggi (~ 500 keV) yang bergerak beratus kilometer sesaat dan dipancar oleh matahari. Zarah-zarah itu terdiri daripada elektron, proton, dan zarah alpha.
[Sunting] Sejarah
Fenomena angin suria ini ditemui oleh Eugene Parker pada 1958. Beliau mendapati terdapat "angin" yang tidak berhenti-henti bertiup dari matahari, dan mengisi ruang angkasa dengan gas plasma. Ini bermakna ruang angkasa lepas bukan lagi vakum seperti yang difikirkan sebelum itu. Hipotesis Parker itu mendatang tentangan kuat daripada saintis lain, sehinggalah tahun 1960-an apabila fenomena tersebut dapat dilihat melalui cerapan satelit.
[Sunting] Sifat
Komposisi angin suria adalah sama dengan komposisi korona matahari, iaitu kira-kira 73% hidrogen, 25% nitrogen dan selebihnya adalah bendasing.
Apabila angin suria sampai ke bumi, ia mempunyai kelajuan antara 200-889 kilometer sejam, ataupun purata 450 km/j. Oleh itu semua planet yang terdapat dalam sistem suria matahari adalah terdedah kepada zarah-zarah bercas ini.
Medan magnet bumi membalikkan sebahagian daripada angin suria untuk membentuk Lengkungan Radiasi Van Allen. Angin suria yang melepasi medan magnet bumi akan membentuk Tabir Cahaya Utara (Aurora borealis) dan Tabir Cahaya Selatan (Aurora australis). Aktiviti tompokan matahari (sun spot) dan marakan matahari (solar flare) meningkatkan kekuatan angin suria dan ini menambah tahap radiasi yang sampai ke bumi, hingga boleh merosakkan satelit dan stesen angkasa, yang akan menganggu sistem komunikasi bumi. Satelit dan stesen angkasa juga boleh mengalami pergeseran dengan angin suria dan ini yang akan memperlahankan orbit mereka, dan memberikan kemungkinan satelit tersebut terkeluar daripada landasannya dan terhempas ke bumi.