Batuk kokol
Dari Wikipedia bahasa Melayu
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Batuk kokol atau juga dikenali dalam bahasa Inggeris (Pertussis), atau (whooping cough), adalam penyakit yang amat berjangkit dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian. Terdapat 30-50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setahun. 90% semua kes berlaku di negara membangun.
Penyakit batuk kokol disebabkan bakteria Bordetelia pertussis dan berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang tersekat-sekat terutama di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun. Tanda-tandanya ialah batuk sekali-sekala dan melarat menjadi batuk kokol berpanjangan dan akhirnya muntah.
Batuk kokol jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan otak. Terdapat kira-kira 40 juta kes baru setiap tahun dan mengakibatkan 340,000 kematian di mana satu peratus daripadanya dikalangan bayi berumur kurang setahun. Pembawa kuman pertussis ialah manusia dan kumannya hidup di saluran pernafasan.
Bakteria batuk kokol sensitif kepada faktor alam sekitar termasuk kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari dan mudah tersebar melalui pernafasan. Batuk kokol boleh menyebabkan pneumonia, konvulsi, pendarahan dan kekeringan.
Batuk kokol atau juga dikenali sebagai Pertusis, adalah penyakit yang cepat berjangkit dan merupakan salah satu daripada penyebab kematian utama bagi penyakit yang mempunyai vaksin pencegah kematian. Dianggarkan terdapat 30-50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setiap tahun. 90% daripada kes berlaku dinegara membangun.
Penyakit batuk kokol mula dikenal pasti dan digambarkan seawal tahun 1578, dan organisma penyebabnya, Bordetella pertussis, telah diasingkan dalam kultur ditulenkan pada tahun 1906 oleh Jules Bordet dan Octave Gengou. Pasangan asas genome B. pertussis lengkap berjumlah 4,086,186 telah dipetakan turutannya pada tahun 2002.
Ciri-ciri benyakit batuk kokol adalah batuk, demam, bersin, dan hidung berair. Selepas beberapa minggu batuk bertukar sifat, dengan baruk ( paroxysms ) diikuti serta merta dengan bunyi "whooping". Gejala batuk Coughing fits berkemungkinan diikuti dengan muntah, yang dalam kes teruk boleh menyebabkan kekurangan zat ( malnutrition ). Kerumitan lain penyakit batuk kokol termasuk paru-paru berair ( pneumonia ), encephalitis, dan ( superinfeksi ) bakteria kedua.
Penyakit batuk kokol merebak melalui semburan melalui udara dari selaput hingus ( mucous membranes ) pesakit. Rawatan penyakit kokol melalui antibiotik (sering kali erythromycin atau chloramphenicol) menyebabkan pesakit kurang berjangkit tetapi berkemungkinan tidak mengurangkan penyakit batuk kokol dengan berkesannya.
Vaksin batuk kokol mulanya diformula pada tahun 1926 sebagai persiapan sel lengkap tetapi sekarang terdapat sebagai persiapan asellular, yang menyebabkan kesan sampingan yang kurang. Vaksin batuk kokol menawarkan perlindungan hanya untuk beberapa tahun, dan diberikan agar keimune tahan sepanjang masa kecil( childhood ), masa pendedahan dan risiko terbesar. Imunisasi sering diberikan sebagai gabungan bersama kancing gigi ( tetanus ) dan keimune diphtheria, pada usia 2, 4, dan 6 bulan, dan kemudian pada usia 15-18 bulan dan 4-6 tahun. Persedian vaksin asellular sedang dikaji untuk keselamatannya pada remaja dan dewasa. Secara tradisi vaksin pertusis tidak diberikan selepas usia tujuh tahun, kerana peningkatan kes kesan sampingan yang dikaitkan dengan pelalian meningkat mengikut usia. Kesan sampingan pelalian adalah neurologi: ia termasuk sawan dan episod hypotonik.
Penyakit batuk kokol kurang jelas pada orang dewasa dan kebanyakan kes tidak dikesan ( undiagnosed ).
Kebanyakan kes batuk kokol disebabkan B. pertussis, pada awalnya dijangkakan sebagai punca tunggal batuk kokol manusia: bagaimanapun dalam sebahagian kes batuk kokol ianya disebabkan oleh bakterium, B. parapertussis. Sindrom serupa dalam haiwan disebabkan oleh B. bronchiseptica dan bagi burung oleh B. avium dan B. hinzii.
Bordetella pertussis meningkatkan lagi faktor menular ( virulence factors ), termasuk toksin pertussis, toksin ( adenylate cyclase ), ( filamentous hemagglutinin, tracheal cytotoxin, fimbriae, dan pertactin.