Bikam
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bikam merupakan sebuah kawasan berhampiran dengan Bidor, Perak. Ladang Bikam berhampiran dengan Lebuh raya Utara Selatan dan terdapat sebuah hentian rehat di sana . Ladang Bikam wujud dan berkembang semasa zaman penjajahan British, di mana peladang British mengusahakan ladang-ladang getah di negeri Perak sesuai dengan ledakan industri pengangkutan di Eropah.