David Teo
Dari Wikipedia bahasa Melayu
David Teo, adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG). Selain MIG, ia turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti Metrowealth Movies Production (MMP), MIG Records, MIG Sound, MIG Talent, MIG Publishing dan Metrowealth Cinema.David Teo merupakan penerbit yang banyak menghasilkan filem Melayu ketika ini.
David Teo berasal dari Segamat, Johor, David menerbitkan filem pertamanya, Syukur 21 pada 2000 dan sehingga Oktober 2006, MMP sudah pun menghasilkan 21 filem. Setakat ini, Remp-It adalah filem paling berjaya apabila memungut kutipan melebihi RM4 juta.
Pada masa yang sama, Metrowealth Cinema menyediakan lapan sinipleks di tiga lokasi iaitu di Kajang, Selangor; Kuching, Sarawak dan Alor Setar, Kedah.Drama pertama terbitan syarikatnya adalah Biar Rahsia yang disiarkan sebanyak 26 episod menerusi RTM.
Selepas bergelumang sebagai produser, kini David berjinak-jinak pula sebagai pelakon. Dia tampil sebagai cameo menerusi filem Remp-It dan Susuk, selain itu memegang watak utama menerusi Cerekarama TV3, Sederet 2 X 5 yang ke udara pada 17 November 2006.
[Sunting] Filem Terbitannya
- Remp-it
- Tentang Bulan - arahan Ahmad Idham
- Jangan Pandang Belakang
- Anak Mami The Movie
- Anak Mami Kembali
- Mami Jarum
- Mami Jarum Junior
- Jutawan Fakir
- Kuliah Cinta
- Tangkai Jering
- Lady Boss
- Syukur 21
- No Problem
- Mistik
- Potret Mistik