Demashita! Powerpuff Girls Z
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Demashita! Powerpuff Girls Z (Bahasa Jepun : 出ましたっ!パワパフガールズZ) adalah siri anime dari Jepun yang telah diadoptasikan dari siri kartun The Powerpuff Girls di Amerika Syarikat. Siri anime ini telah diterbitkan oleh TV Tokyo, Toei Animation, Aniplex dan Cartoon Network.
[Sunting] Watak-watak
[Sunting] Watak protagonis
Tiga gadis dalam anime Demashita! Powerpuff Girls Z adalah:
- Momoko Akatsutsumi, (Blossom): Pemimpin utama, seorang yang cantik. Menjelma sebagai "Hyper Blossom".
- Miyako Goutokuji, (Bubbles): Seorang yang comel, periang dan manja. Menjelma sebagai "Rolling Bubbles".
- Kaoru Matsubara, (Buttercup): Seorang yang berani, gagah dan kuat. Menjelma sebagai "Powered Buttercup".
Watak-watak lain dalam anime Demashita! Powerpuff Girls Z adalah:
- Professor Utonium: Versi Jepun yang diadoptasikan dari watak Professor Utonium. Seorang yang bijaksana, pandai dan tegas.
- Ken Kitazawa: Seorang budak lelaki yang bijaksana berumur 8 tahun. Anak kepada Professor Utonium.
- Peach: Seekor anjing robot milik Professor Utonium.
- Mayor Mayor: Seorang Datuk Bandar di bandar raya Tokyo, Jepun. (Seperti juga Mr Mayor sebagai Datuk Bandar Townsville!)
- Miss Bellum: Penasihat kepada Mayor Mayor.
- Miss Keane: Seorang guru di Sekolah Tinggi Tokyo.
[Sunting] Watak antagonis
- Mojo Jo Jo: Musuh yang jahat dan suka melakukan kemusnahan pada bandar raya Tokyo.
- Himeko Shirogane aka Princess Sama: Seorang puteri yang berasal dari kerabat diraja orang kaya Shirogane. Wataknya seakan-akan Princess Morbucks.
- The Kat: Seekor kucing peliharaan milik puteri Himeko Shirogane.
- Fuzzy Lumpkins: Seorang makhluk yang tingal di dalam hutan.