Bahasa Jepun
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bahasa Jepun 日本語 Nihongo |
||
---|---|---|
Nihongo (Jepun) dalam skrip Jepun: | ||
Dituturkan di: | Jepun, Brazil, Amerika Syarikat (teru. Hawaii), Guam, Kepulauan Marshall, Palau, Taiwan, Australia | |
Bil. penutur: | 127 juta [1] | |
Kedudukan: | 9 | |
Keluarga bahasa: | Japonik Bahasa Jepun |
|
Sistem tulisan: | Lolograf Jepun dan suku kata | |
Status rasmi | ||
Bahasa rasmi: | Angaur (Palau) De facto di Jepun |
|
Dikawal oleh: | Tiada Kerajaan Jepun memainkan peranan penting |
|
Kod bahasa | ||
ISO 639-1: | ja | |
ISO 639-2: | jpn | |
ISO/FDIS 639-3: | jpn — [[]] | |
Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris. |
Bahasa Jepun (Nihon-go, 日本語) adalah bahasa rasmi negara Jepun dan dituturi 125 juta orang.
Bahasa Jepun juga digunakan oleh sebilangan rakyat dari negara yang pernah ditaklukinya seperti Korea dan Taiwan. Ia juga dituturi di Amerika Syarikat (California dan Hawaii) dan Brazil akibat penghijrahan orang Jepun ke sana. Namun keturunan mereka yang dipanggil 'nisei' (二世, generasi kedua), tidak lagi fasih dalam bahasa tersebut.
Bahasa Jepun terbahagi kepada dua bentuk iaitu Hyoujungo (標準語), pertuturan standard, dan Kyoutsugo (共通語), pertuturan umum. Hyoujungo adalah bentuk yang diajar di sekolah dan digunakan di televisyen dan segala perhubungan rasmi.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sebutan vokal
Bahasa Jepun mempunyai 5 huruf vokal iaitu /a/, /i/, /u/, /e/, dan /o/.
Sebutan vokal bahasa Jepun seakan-akan bahasa Melayu. Contohnya:
- /a/ seperti "bapa"
- /i/ seperti "ibu"
- /u/ seperti "urut"
- /e/ seperti "esok"
- /o/ seperti "obor"
[Sunting] Tulisan bahasa Jepun
Tulisan bahasa Jepun berasal daripada tulisan bahasa Cina (漢字) yang diperkenalkan pada kurun keempat Masihi. Sebelum itu, orang Jepun tiada sistem tulisan sendiri.
Tulisan Jepun terbahagi kepada tiga:
- Kanji (漢字) yang berasal dari negara China. Tulisan kanji digunakan pada kebanyakan perkataan Jepun yang diambil aksaranya dari tulisan Cina.
- Hiragana (ひらがな) yang diolah daripada tulisan kanji oleh golongan wanita bangsawan. Tulisan hiragana digunakan pada perkataan asli Jepun yang tidak terdapat sebarang aksara kanji baginya.
- Katakana (カタカナ) yang diolah daripada tulisan kanji pada kurun kelapan Masihi oleh sami Buddha. Tulisan katakana digunakan bagi semua perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing kecuali Bahasa Cina.