Filem Gol & Gincu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Gol & Gincu dialihkan ke sini. Untuk siri televisyen yang menyusulinya, sila lihat Gol & Gincu The Series.
Filem Gol Dan Gincu merupakan sebuah filem berbentuk romantis dan bertemakan kehidupan wanita, arahan Bernard Chauly yang diterbitkan oleh Red Communications Sdn Bhd.
Perjalanan seorang gadis manja (Putri) yang pada asalnya berminat dengan fesyen kemudian mula bermain futsal untuk mengejar cinta. Putri merupakan seorang pelajar kolej yang bertekad untuk menawan kembali bekas teman lelakinya.
Putri telah belajar tentang kehidupan dan percintaan. Namun, Putri mendapati ianya bukanlah semudah yang disangka, terutamanya dalam menghadapi prasangka orang terhadap wanita dan sukan. Dalam cabaran dan kekusutan ini, Putri menjumpai kekuatan juara di dalam dirinya.
[Sunting] Pelakon Utama
- Nur Fazura - Putri
- Ashraf Sinclair - Eddy
- Sazzy Falak - Shasha
- Mohd Pierre Andre – Reza
- Sharifah Amani – Jijie
- Rafidah Abdullah – Zie
- Melissa Maureen Rizal
- Bernice Chauly
- Zahim Albakri
[Sunting] Lihat juga
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |