Gol & Gincu The Series
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Siri drama televisyen Gol & Gincu yang menyusuli kisah-kisah dalam filem Malaysia keluaran 2005 yang sama tajuknya ini mengisahkan perkembangan ahli-hali pasukan futsal wanita Bukan Team Biasa. Siri televisyen ini sudah melengkapkan musim pertamanya dari 4 Jun hingga 27 Ogos 2006 di 8TV dan sedang diulang tayang dalam saluran yang sama mulai 23 Mac 2007. Siri ini juga sedang disiarkan di Singapura melalui saluran Suria sejak 26 Disember 2006 hingga 20 Mac 2007.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kisah
Di samping kegemaran terhadap futsal dan ikatan tulus antara mereka, Putri dan Reza adalah sepasangan muda yang berasmara sungguhpun berlainan latar belakang. Putri seorang penuntut jurusan fesyen di Limkokwing yang berasal daripada keluarga yang kaya-raya manakala Reza seorang penuntut jurusan perundangan di Universiti Malaya yang terpaksa bekerja sambilan bagi menampung dirinya dan pembelajarannya.
Ayu sudah lama bercinta dengan Reza sejak tahun pertama mereka bersama sebagai rakan sekursus. Reza benar-benar tidak menyedari perasaan Ayu, lalu apabila Ayu memutuskan bahawa sudah tibanya waktu dia meluahkan perasaan hatinya kepada Reza, kemunculan Putri merosakkan rancangannya. Namun Ayu tidak mudah berputus asa, lalu merancangkan sesuatu untuk memutuskan perhubungan antara Putri dan Reza, sambil memastikan lawannya sentiasa rapat dengannya sebagai teman.
Reza mula berasa bahawa mungkin dia sedang keluar dengan seseorang yang cuma kurang sepadan dengannya. Pada masa yang sama, Putri mula mengalami masalah apabila sahabat karibnya Mia memutuskan untuk berkahwin dan menghentikan pembelajarannya, tambahan pula rakan-rakan sepasukan futsalnya semuanya asyik dengan masalah peribadi masing-masing, menyebabkan kehadiran unutk latihan futsal makin merosot dan ibunya Datin Aina mula murung kerana resah akan kehadiran semula seorang lelaki misteri daripada zaman silamnya.
Namun, tanpa disangka-sangka Putri berganding bahu dengan lawan tradisinya Shasha serta rakan-rakan sepasukannya yang lain iaitu Zie, Sarah, J, Dayang dan Ling, maka Putri mendapati bahawa apabila sekumpulan gadis bersatu, maka dapatlah mereka mengharungi apa-apa sahaja dalam hidup.
[Sunting] Episod
[Sunting] Musim pertama
- Kau, Aku, Dia dan Mereka
Ibu bapa Mia tidak setuju dengan hubungannya bersama Jeff, seorang lelaki yang cukup tua untuk menjadi bapanya. Mia berputus untuk melarikan diri, lalu mengejutkan ramai orang termasuk rakan karib sendirinya Putri. - Hari Ini Hari Engkau
Ayu merancangkan sesuatu agar dapat berpasangan dengan Reza untuk tugasan kelas mereka, dengan niat mendekati Reza meskipun sedar bahawa Reza sudah berasmara dengan Putri. Lepas itu, Reza mendapati dirinya tidak cukup meluangkan masanya bersama Putri, gara-gara kerja sekolah yang menjejaskan perhubungan antara mereka. Pada masa yang sama, Putri mengisi kelapangannya mengejar Eddy, bekas teman lelakinya yang bakal pergi ke Australia untuk melanjutkan pelajarannya. - Perempuan Melayu Terakhir
Putri cuba sedaya upaya untuk menampilkan imej kemelayuan agar dapat mengekalkan hubungannya dengan Reza yang kian tercabar akibat perbezaan cara hidup. Jay terpilih untuk bermain futsal untuk pasukan negeri dengan syarat bahawa dia cepat menurunkan badan. Sarah mencadangkan Jay mengambil pil mengurangan badan tanpa menyedari bahawa pil-pil tersebut mengandungi bahan yang diharamkan. - Percayalah
Puteri menemui seulas rantai leher dalam beg Reza secara kebetulan, lalu menyangka rantai itu sebagai hadiah kejutan untuknya, sehinggalah dia mendapati bahawa rantai itu kepunyaan Ayu. Pasukan Jay hilang kelayakan dan kejuaraan mereka ditarik balik setelah Jay diuji positif mengambil dadah haram. Dengan hati yang hancur, Jay menyalahkan Sarah kerana membawa masalah kepadanya. - Cinta Monyet
Ainah cuba menjauhkan masalah peribadinya dari diketahui Putri – suatu rahsia gelap yang sedang menghantuinya. Pada masa yang sama, Putri meluangkan masanya di luar rumah dengan rakan-rakan sejak kepulangan Mia dan lawatan Jijie ke KL. - Jerangkung Dalam Almari
Reza meluahkan pengakuan yang memeranjatkan kepada Putri mengenai keadaan kesihatannya, manakala Ainah cuba menghalau Marwan dari rumahnya, lalu mengharapkan agar Marwan tidak berpeluang lagi untuk mendedahkan rahsia gelap mengenai dia dan Ainah kepada Putri. - Hujan Di Tengah Hari
Ayu bertindak menghampiri Reza yang baru berpecah dengan Putri yang sukar menerima hakikat bahawa Reza menghidap HIV. Namun, Reza masih tidak boleh melupakan Puteri mahupun membenarkan Ayu menggantikan tempat Putri dalam hatinya. - Mungkin Nanti
Puteri dan kawan-kawannya sesat dalam hutan sewaktu berkhemah di sana, manakala Ayu merancangkan makan malam romantis yang mahal bersama Reza untuk menceriakan Reza dan meluahkan perasaannya kepada Reza. Namun, keadaan bertambah buruk setelah Reza menolak pelawaan Ayu. - Diari Seorang Lelaki
Haikal berkongsi zaman kanak-kanak yang pedih dalam blognya tanpa menyedari bahawa dia sedang berkomunikasi dengan Shasha yang meninggalkan mesej dukungan kepadanya. Pada masa yang sama Haikal terlibat dalam pertaruhan dengan kawan-kawannya untuk mengambil gambar Shasha berbogel. - Di Antara Empat Dinding
Putri mengetahui identiti sebenar Marwan, manakala Sarah, Ling dan Zee ditahan polis dalam operasi menentang maksiat ketika merakam dalam sebuah rumah pelacuran bagi projek sekolah. - Kiri Kanan Orang Bercinta
Eddie berahsia dari Puteri bahawa dia sedang berasmara seoranggadis yang lain. Ibu Jay cuba memadankannya dengan anak lelaki seorang kawan, namun anak lelaki tersebut tidak minat terhadap kaum hawa. Zee sedang dikejar oleh teman lelaki zaman kanak-kanaknya setelah mereka bertemu semula setelah sekian lama terpisah. - Pinang Dibelah Dua
Jay masih cuba menerima rancangan ibunya untuk mengahwinkannya. Dia hendak meluahkan niat sebenarnya kepada ibunya. - Inikah Cinta
Putri menganjurkan pertunjukan fesyen untuk mengumpul dana sebagai sebahagian projek sekolahnya. Rancangan tersebut tidak dimulakan dengan baik akibat ketiadaan sokongan daripada ahli-ahli sekumpulannya. Pada malam pertunjukan, Puteri diserang sewaktu bersedia untuk peragaan.
[Sunting] Pelakon
- Nur Fazura – Putri
- Pierre Andre – Reza
- Sazzy Falak – Shasha
- Ashraf Sinclair – Eddy
- Melissa Maureen – Mia
- Mazlina Hassan – Ayu
- Rafidah Abdullah – Zie
- Zarina Zainoodin – Dayang
- Kartini Kamalul Arifin – Sarah
- Celina Khor – Ling
- Fasha – Juita ("Jay")