Filem Leftenan Adnan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Rencana ini ialah mengenai sebuah filem. Untuk rencana mengenai tokoh Leftenan Adnan, sila lihat Leftenan Adnan Saidi.
Leftenan Adnan | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Pengarang | Aziz M. Osman AR Sulaiman Mejar Ramli Abu Bakar |
Pelakon | Hairie Othman Umie Aida Rambo Chin |
Penerbit | Kementerian Pertahanan Malaysia |
Pengedar | Grand Brilliance Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 31 Ogos 2000 |
Bahasa | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Jepun |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem Leftenan Adnan adalah mengenai perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Filem ini ditayangkan semasa Hari Kemerdekaan Malaysia. Azri Iskandar tersingkir daripada memegang watak Leftenan Adnan dan tempatnya diganti oleh Hairie Othman. Azri telah melakonkan 12 babak yang terpaksa dilakonkan semula oleh Hairie.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Diskson. Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.
[Sunting] Pelakon
Pelakon | Watak |
---|---|
Hairie Othman | Leftenan Adnan |
Umie Aida | Safiah (Isteri Leftenan Adnan) |
Farid Amirul | Mejar Fujiwara |
Faizal Hussein | Prebet Ayob |
Rusdi Ramli | Prebet Malik |
Shaharuddin Thamby | Ibrahim Yaakob |
Wahid (Senario) | Ismail Malim Mas |
M. Osman | Pak Saidi |
Sherie Merlis | Tumirah |
Rambo Chin | Jeneral Yamashita |
TS Jeffry | Pemimpin Komunis |
Zul Yahya | Ahmad |
Johan Abdullah | Pegawai Tentera British |
Mejar Mohd Razak Omar | Sarjan Ngah |
Koperal Wan Shakri Wan Ee | Prebet Ali |
[Sunting] Pengarah
- Aziz M. Osman
[Sunting] Pencapaian
- Festival Filem Asia Pasifik ke-45, 2000 (Hanoi)
- Penataan Bunyi Terbaik - Azman Abu Hassan
- Anugerah Khas Juri - Pemupukan semangat patriotisme dan nasionalisme
- Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
- Filem Terbaik
- Pengarah Terbaik - Aziz M. Osman
- Penataan Seni Terbaik - Wan Nazrul Ashraff
- Anugerah Khas Juri - Usaha mengangkat jasa wira bangsa