Singapura
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Republic of Singapore 新加坡共和国 சிங்கப்பூர் குடியரசு Republik Singapura |
|||||
|
|||||
Cogan kata: Majulah Singapura | |||||
Lagu kebangsaan: Majulah Singapura | |||||
Ibu negara | Bandar Raya Singapura 1 1°17′ N 103°51′ E |
||||
Kota terbesar | Bandar Raya Singapura1 | ||||
Bahasa rasmi | bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Mandarin, Tamil | ||||
Kerajaan | Republik berparlimen | ||||
- Presiden | Sellapan Ramanathan | ||||
- Perdana Menteri | Lee Hsien Loong | ||||
Kemerdekaan | |||||
- Perisytiharan unilateral (dari UK) | 31 Ogos 1963 | ||||
- Secara rasmi dari UK (sebagai negeri di Malaysia) | 16 September 1963 | ||||
- Dari Malaysia | 9 Ogos 1965 | ||||
Keluasan | |||||
---|---|---|---|---|---|
- Jumlah | 699.4 km² (ke-188) 270 km persegi |
||||
- Air (%) | 1.444 | ||||
Penduduk | |||||
- Anggaran Disember 2006 | 4,483,900 (ke-117) | ||||
- Bancian 2000 | 4,117,700 | ||||
- Kepadatan | 6,208/km² (4) 16,392/km persegi |
||||
KDNK (KKP) | Anggaran 2006 | ||||
- Jumlah | $123.4 billion (57) | ||||
- Per kapita | $28,368 (22) | ||||
IPM (2004) | ![]() |
||||
Mata wang | Dolar Singapura (SGD ) |
||||
Zon waktu | SST (UTC+8) | ||||
- Musim panas (DST) | tidak diperhatikan (UTC+8) | ||||
Internet TLD | .sg | ||||
Kod panggilan | +652 | ||||
1 Singapura adalah merupakan negara bandar raya. 2 02 dari Malaysia. |
Republik Singapura ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung Malaysia, berhampiran dengan Negeri Johor Darul Takzim (Malaysia) dan Kepulauan Riau (Indonesia).
Negara yang seluas 692.7 km persegi ini mempunyai penduduk yang berjumlah 4.16 juta, terdiri daripada bangsa Cina (76.8%); Melayu (13.9%); India (7.9%) dan lain-lain (1.4%).
Bahasa-bahasa yang digunakan di Singapura adalah Inggeris (rasmi dan perantaraan), Melayu (bahasa kebangsaan), Cina (Mandarin) dan India (Tamil).
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Singapura
Sejarah Singapura bermula pada kurun ke-14 Masihi. Pada masa itu, Singapura dikenali sebagai Temasek, salah satu pelabuhan dan bandar terpenting di rantau Nusantara. Ia berada di bawah pemerintahan kerajaan Srivijaya yang pada masa itu sedang mengalami kemunduran.
Selepas hilangnya kuasa Srivijaya ke atas Temasek, ia dituntut oleh kerajaan Majapahit dan kerajaan Ayuthia (Siam). Namun kubu pertahanan bandar tersebut berhasil menghalang serangan Siam. Pada waktu itu juga, nama Temasek berubah menjadi Singha Pura, atau "Bandar Singa" dalamsing bahasa Sanskrit.
Inggeris tiba di Singapura pada tahun 1819 Sir Thomas Stamford Raffles menetapkannya sebagai sebuah pusat perdagangan.
Dari kurun 19 hingga 20, Singapura merupakan jajahan Inggeris dan menjadi salah satu anggota Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements) bersama Pulau Pinang dan Melaka.
Singapura berada di bawah penjajahan Jepun pada tahun 1942 hingga 1945 iaitu pada ketika Inggeris kalah dalam Perang Dunia II. Singapura dikembalikan kepada kerajaan Inggeris pada akhir Perang Dunia. Dan pada tahun 1959 diberi hak untuk memerintah secara sendiri. Pada September 1963, Singapura menganggotai Persekutuan Malaysia tetapi berpisah dua tahun kemudian. Pada 9 Ogos 1965, Singapura merdeka dan didirikan sebagai sebuah negara republik.
Singapura membangun dengan pesat dan menjadi sebuah negara yang berjaya dari segi ekonomi. Ia mempunyai perhubungan dagang yang kuat, sebuah perlabuhan yang sibuk, dan GDP per kapita yang setanding dengan negara-negara di Eropah Barat.
[Sunting] Politik
Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Singapura
Perlembagaan Singapura berdasarkan sistem Westminster kerana Singapura merupakan bekas jajahan United Kingdom. Jawatan Presiden adalah simbolik dan kuasa memerintah berada di tangan Perdana Menteri yang merupakan ketua parti politik yang memiliki kedudukan majoriti di Parlimen.
Arena politik dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah sejak Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-undang yang tidak memberi kesempatan untuk parti-parti pembangkang tumbuh dengan efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada autoritarian daripada demokrasi yang sebenarnya. Namun, cara pemerintahan tersebut berhasil menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas daripada rasuah dan memiliki pasaran ekonomi yang terbuka. Para ahli politik menganggap Singapura sebuah negara yang berfahaman 'Demokrasi Sosialis'
[Sunting] Ekonomi
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Singapura
Singapura memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan GDP (Hasil Dalam Negeri Kasar) per kapita kelima tertinggi di dunia. Bidang eksport, perindustrian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi Singapura. Kerajaan Singapura memiliki simpanan wang yang tinggi dengan memperkenalkan sistem penyimpanan wang wajib kepada para pekerja. Lihat: Tabung Simpanan Pekerja (CPF). Singapura juga mengambil berat akan bidang pendidikan dan teknologi. Era globalisasi yang terjadi pada saat ini menyebabkan Singapura memberi lebih perhatian kepada usaha untuk menjadikan negara tersebut sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi di rantau Asia.
[Sunting] Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Geografii Singapura
Singapura, sebuah negara pulau sebesar 692.7 km² tercantum kepada Johor melalui sebuah tambak di Woodlands. Singapura juga mempunyai sebuah jambatan (Laluan Kedua Tuas) yang bersambung dengan kawasan Gelang Patah di Johor. Jambatan tersebut dikenali sebagai 'Linkedua' di Malaysia. Singapura memiliki beberapa pulau-pulau kecil yang lain seperti Pulau Tekong, Pulau Ubin dan Sentosa.
[Sunting] Demografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Singapura
Singapura merupakan salah satu negara yang paling padat di dunia. 85% daripada rakyatnya tinggal di rumah pangsa yang disediakan oleh Majlis Pembangunan Perumahan (HDB). Sumber: Jabatan Statistik Singapura
Penduduk Singapura terdiri daripada majoriti etnik Cina (76.8%), etnik Melayu yang merupakan penduduk asal (13.9%), dan etnik India (7.9%). Sumber: Jabatan Statistik Singapura Banci Penduduk 2000.
Bahasa-bahasa rasmi adalah Inggeris, Melayu, Cina (Mandarin) dan Tamil. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan tetapi lebih bersifat simbolik; ia digunakan untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan juga sewaktu latihan kawat pasukan tentera dan polis. Pemerintah PAP lebih cenderung kepada penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (lingua franca) dan penggunaan bahasa kebangsaan hanya terbatas kepada kaum Melayu saja. Hanya segelintir daripada kaum Cina dan India yang fasih dalam bahasa Melayu (majoriti daripada mereka telah melalui masa Singapura sebelum merdeka).
[Sunting] Budaya
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya Singapura
Singapura adalah sebuah negara kecil yang didiami keturunan pendatang dari pelbagai kaum. Pada masa ini sebuah budaya "Singapura" yang unik belum berputik kerana tren perkahwinan antara kaum tidak berleluasa. Namun, sebuah kumpulan masyarakat yang dikenali sebagai kaum Peranakan atau 'Baba' wujud akibat perkahwinan di antara masyarakat Melayu dan Cina pada masa silam. Setiap kaum di Singapura masih berpegang teguh kepada adat dan budaya masing-masing dan ini dibuktikan dengan adanya pelbagai perayaan yang terdapat di Singapura seperti: Tahun Baru Cina, Hari Vesak, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru.
[Sunting] Lihat juga
- Lambang-lambang negara Singapura
- Ahli Parlimen Singapura
- Parti-parti politik Singapura
- Presiden-presiden Singapura
- Sir Stamford Raffles
- Berita Harian (Singapura)
- Tentera Laut Singapura
- Hari-hari cuti di Singapura
- ASEAN
- Tambak Laut Singapura
[Sunting] Pautan luar
Negara Negara di Benua Asia | ||
---|---|---|
Afghanistan · Arab Saudi · Armenia · Azerbaijan1 · Bahrain · Bangladesh · Bhutan · Brunei · China · China (Taiwan)2 · Cyprus · Emiriah Arab Bersatu · Filipina · Georgia1 · India · Indonesia4 · Iran · Iraq · Israel · Jepun · Jordan · Kazakhstan1 · Kemboja · Korea Utara · Korea Selatan · Kuwait · Kyrgyzstan · Laos · Lubnan · Malaysia · Maldives · Mesir3 · Mongolia · Myanmar · Nepal · Oman · Pakistan · Qatar · Rusia1 · Singapura · Sri Lanka · Syria · Tajikistan · Thailand · Timor-Leste (Timor Timur)4 · Turki1 · Turkmenistan · Uzbekistan · Vietnam · Yaman3 ·
|
![]() |
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) | ||
---|---|---|
Brunei • Kemboja • Indonesia • Laos • Malaysia • Myanmar • Filipina • Singapura • Thailand • Vietnam |