Guangzhou
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Guangzhou (Bahasa Cina Tradisional: 廣州; Bahasa Cina Sederhana: 广州; pinyin: Guǎngzhōu; Wade-Giles: Kuang-chou; Jyutping: Gwong2zau1; Yale: Gwóngjaū; ialah bandar raya terbesar di China selatan dan ibu negeri Wilayah Guangdong. Guangzhou merupakan bandar raya terbesar di dunia di awal abad ke-19. Penduduknya yang berpendidikan tinggi selalunya aktif dalam kegiatan politik, terlibat dalam Kebangkitan Kanton 1911 yang mencetuskan Revolusi China menentang Dinasti Manchu.
Di sini Festival Pertengah Musim Bunga memperlihatkan pelbagai koleksi bunga, pelbagai muzium bersejarah serta universiti-universiti berkembang pesat termasuk Universiti Sun Yat Sen, Universiti Teknologi Selatan China dan Universiti Jinan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Daerah
Guangzhou terletak di tepi utara Sungai Mutiara. Daerah Yueh Hsiu di penempatan lama tetap menjadi pusat perdagangan dan kedudukan kerajaan. Pada masa lalu, di sinilah tempat pertemuan manusia, dan kini dengan bangunan moden pencakar langit, taman, dan jalan raya telah banyak mendominasi. Di antara monumen-monumen menarik di daerah ini ialah Muzium Kerajaan Bandar Raya Guangzhou iaitu sebuah pagoda merah yang didirkan pada 1380; Lembaga Gerakan Petani, terletak berhampiran pusat bandar raya, dan Masjid Huai Sheng (dibangunkan pada 62) dianggap masjid tertua di China.
[Sunting] Penduduk
Kepadatan penduduk di pusat bandar raya ialah seramai 3 juta orang, dengan kebanyakannya menggunakan dialek Kantonis.
[Sunting] Sejarah
Bandar raya ini didirikan pada tahun 214 SM. Bandar raya ini berkembang pesat di bawah regim China lama, di mana kuil Buddha tumbuh bercambah dengan kominiti yang lebih padat. Lebih-lebih lagi dengan bantuan dan sokongan dari pedagang Arab dan Hindu. Sempadan bandar diperluas bagi menampung pertumbuhan dan kepadatan penduduk di dalam Dinasti Sung (960-1279) dan imigrasi penduduk selatan China untuk menghindari serangan Mongol dari utara abad 13-14. Dinasti Man Chu memerintah 1644-1911, dan Guangzhou menjadi ibu negeri Guangdong dan Guangxi. EIC mulai berdagang pada 1699, dan Perang Candu I (1839-1842) berakhir apabila penduduk Guangzhou merampas dan menghancurkan candu-candu haram yang diselupkan oleh Inggeris, yang mendorong penggunanya melemahkan pekerja India dan China.
Perang Candu II terjadi di antara Inggeris, Perancis, dan China pada 1856, dan Guangzhou dijajah oleh pihak Inggeris-Perancis sehingga tahun 1861. Pada ketika itu juga permusuhan di dalam dinasti yang berkuasa meletuskan Pemberontakan Tai Ping (1820-1864). Gerakan ini menjadi gerakan bawah tanah selepas kekalahan pertama pemberontak dalam susah payahnya dan kemudian muncul lagi bersama Sun Yat Sen pada 1885.
Pada tahun 1949, setelah penjajahan Jepun di dalam Perang Dunia II, pemerintahan komunis mengambil alih kekuasaan dan pertumbuhan banda raya dan berlanjutan sehingga wujudnya Revolusi Kebudayaan pada 1966-1967.
[Sunting] Ekonomi
Kini Guangzhou muncul sebagai salah satu bandar raya yang padat dan penting di negara China kerana ia merupakan salah satu pusat perniagaan penting bercirikan peradaban gaya Barat yang kian menular bersama dengan kapitalisme.