Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/21 Oktober
Dari Wikipedia bahasa Melayu
21 Oktober: Hari Deepavali (Hinduisme, Jainisme, agama Buddha dan Sikh) (2006); Hari Orang Cina Seberang Laut di Taiwan.
- 1805 - Perang Napoleon: Lord Nelson membawa armada British kepada kemenangan dalam Pertempuran Trafalgar, menewaskan Pierre-Charles Villeneuve dan gabungan tentera laut Perancis dan Sepanyol.
- 1824 - Tukang batu, penurap bata dan pereka Inggeris Joseph Aspdin mematen simen Portland.
- 1854 - Florence Nightingale (gambar) dan 38 kakitangan jururawat dihantar ke Perang Crimea.
- 1944 - Perang Dunia II: HMAS Australia terkena dalam serangan kamikaze pertama; 30 anak kapal, termasuk pegawai pemerintahnya terbunuh.
- 1969 - Siad Barre menjadi presiden selepas satu rampasan kuasa tentera di Somalia.
Hari-hari sebelum: 20 Oktober – 19 Oktober – 18 Oktober