Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Oktober
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Templat:OktoberCalendar2007Source
1 Oktober: Yom Kippur bermula ketika matahari terbenam (Agama Yahudi, 2006); Hari Kebangsaan di Republik Rakyat China (1949), Hari Kemerdekaan di Cyprus dan Nigeria (1960), Tuvalu (1978) dan Palau (1994).
- 331 SM - Alexander Agung dari Macedon menewaskan Darius III dari Persia dalam Pertempuran Gaugamela, dan kemudiannya dimahkotakan "Raja Asia" dalam satu upacara di Arbil.
- 1936 - Francisco Franco diisytiharkan sebagai Generalísimo dan ketua negara semasa Perang Saudara Sepanyol.
- 1958 - NASA bermula selepas menggantikan NACA.
- 1964 - Shinkansen Tōkaidō, rangkaian kereta api laju Shinkansen pertama di Jepun dilancarkan (gambar Shinkansen Siri 0).
- 1977 - Bintang bola sepak Brazil Edson Arantes do Nascimento, lebih dikenali sebagai Pelé, bermain dalam perlawanan bola sepak profesianal terakhirnya.
Hari-hari sebelum: 30 September – 29 September – 28 September
lihat - perbualan - sunting - sejarah
2 Oktober: Hari Pekerja di beberapa negeri di Australia (2006); Hari Kemerdekaan di Guinea (1958), Gandhi Jayanti di India.
- 1187 - Pengepungan Baitulmuqaddis: Tentera Dinasti Ayyub yang dipimpin Salahuddin Al-Ayubbi menawan Baitulmuqaddis, memulakan Perang Salib Ketiga.
- 1535 - Penjelajah Perancis Jacques Cartier (gambar) melayari Sungai Saint Lawrence dan sampai ke sebuah kubu Iroquois di sebuah pulau yang kini dikenali sebagai Montréal.
- 1835 - Askar berkuda (dragoon) Mexico yang dihantar untuk melucutkan senjata peneroka di Gonzales, Texas mendapat tentangan hebat dari militia Texas dalam Pertempuran Gonzales, pertempuran bersenjata pertama dalam Revolusi Texas.
- 1928 - Santa Josemaría Escrivá menubuhkan Opus Dei, sebuah pertubuhan pekerja sukarela gereja bagi Gereja Roman Katolik.
- 1950 - Peanuts, jalur komik sindiket oleh Charles M. Schulz, pertama kali diterbitkan di akhbar utama.
Hari-hari sebelum: 1 Oktober – 30 September – 29 September
lihat - perbualan - sunting - sejarah
3 Oktober: Hari Perpaduan Jerman
- 2333 SM - Dangun, seorang tokoh mitos, menubuhkan Kerajaan Go-Joseon (kini Korea).
- 1283 - Putera Wales Dafydd ap Gruffydd, pemerintah tempatan terakhir Wales yang menentang penguasaan England, dihukum mati dengan diseksa dan dibelah empat.
- 1935 - Itali menyerang Habsyah, memulakan Perang Itali-Abisinia Kedua.
- 1990 - Penyatuan semula Jerman: Lima negeri (Bundesländer) Jerman Timur secara rasminya bergabung dengan Jerman Barat.
- 1993 - Askar dari Malaysia, Pakistan dan Amerika Syarikat cuba menangkap hulubalang Somalia Mohamed Farrah Aidid (gambar) dalam Pertempuran Mogadishu.
Hari-hari sebelum: 2 Oktober – 1 Oktober – 30 September
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
4 Oktober: Hari Kemerdekaan di Lesotho (1966); Hari Perayaan Francis dari Assisi (Katolik); Hari Haiwan Sedunia.
- 1830 - Revolusi Belgium: Satu kerajaan sementara di Brussels mengumumkan pembentukan negeri merdeka dan neutral Belgium, dalam pemberontakan terhadap United Kingdom Belanda.
- 1883 - Kereta api Orient Express mula beroperasi.
- 1910 - Manuel II (gambar), Raja Portugal terakhir, lari ke United Kingdom apabila pemberontakan meletus di Lisbon dan istananya ditembak. Republik Pertama Portugal diisytiharkan hari berikutnya.
- 1957 - Kapal angkasa Soviet Sputnik 1 dilancarkan oleh roket R-7 dari Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh dan menjadi satelit buatan pertama mengorbit Bumi.
- 1993 - Krisis Perlembagaan Rusia: Kereta kebal membedil Rumah Putih di Moscow, di mana ahli parlimen terperangkap, atas arahan Presiden Boris Yeltsin.
Hari-hari sebelum: 3 Oktober – 2 Oktober – 1 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 Oktober: Hari Republik di Portugal (1910)
- 1864: Calcutta, ibu negeri India British, hampir sama sekali musnah akibat siklon yang mengorbankan 60,000 nyawa.
- 1877 - Selepas bertempur lebih tiga bulan dengan tentera Amerika Syarikat, Ketua Joseph dan sukunya Nez Percé menyerah kalah.
- 1908 - Putera Ferdinand (gambar) menjadi Tsar pertama Bulgaria sejak serangan Empayar Uthmaniyah pada abad ke-14.
- 1930 - Kapal udara British R101 terhempas di Perancis dalam perjalanan sulungnya ke India, mengorbankan 48 penumpang dan anak kapal.
- 1986 - Akhbar British The Sunday Times mendedahkan kewujudan senjata nuklear Israel di muka depannya.
Hari-hari sebelum: 4 Oktober – 3 Oktober – 2 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 Oktober: Sukkot bermula ketika matahari terbenam (Agama Yahudi), Perayaan Kuih Bulan mengikut Kalendar Cina (2006); Hari Jerman-Amerika di Amerika Syarikat.
- 105 SM - Orang Cimbri dan Teutons menang besar ke atas Republik Rom dalam Pertempuran Arausio.
- 1927 - Filem bercakap pertama yang berjaya, The Jazz Singer yang dibintangi Al Jolson ditayangkan.
- 1976 - Perdana Menteri Hua Guofeng mengarahkan penahanan Geng Empat dan sekutu mereka, menamatkan Revolusi Budaya di China.
- 1981 - Presiden Mesir Mohamed Anwar el-Sadat (gambar) dibunuh semasa menghadiri perarakan di Kaherah untuk memperingati penyeberangan Garis Bar Lev pada permulaan Perang Arab-Israel 1973.
- 1995 - Sebuah rencana dalam jurnal Nature melaporkan penemuan sebuah planet yang mengorbit 51 Pegasi sebagai planet luar suria pertama mengorbit bintang turutan-utama.
Hari-hari sebelum: 5 Oktober – 4 Oktober – 3 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
7 Oktober: Hari Perayaan St. Osyth
- 3761 SM: Permulaan zaman Kalendar Ibrani moden.
- 1571: Empayar Turki Uthmaniyyah tewas kepada Barat Kristian untuk kali pertama, apabila armada pimpinan Don John dari Austria mengalahkan tentera laut Turki berhampiran Teluk Corinth dalam Pertempuran Lepanto.
- 1949: Republik Demokratik Jerman diisytiharkan di Berlin Timur.
- 1985: Kapal persiaran Mediterranean Achille Lauro (gambar) dirampas oleh militan Barisan Pembebasan Palestin semasa berlayar dari Iskandariah ke Pelabuhan Said.
- 2001: Perang menentang Keganasan: Serangan Amerika Syarikat ke Afghanistan bermula pada 16:30 UTC dengan kempen pengeboman udara terhadap pasukan Taliban dan Al-Qaida.
Hari-hari sebelum: 6 Oktober – 5 Oktober – 4 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1600: San Marino, republik tertua yang masih wujud, menerima perlembagaan bertulisnya.
- 1871: Dua kebakaran bersejarah, Kebakaran Chicago Besar dan Kebakaran Peshtigo Wisconsin terjadi di Amerika Syarikat.
- 1962: Skandal Spiegel: Majalah akhbar Der Spiegel mendedahkan keadaan teruk angkatan tentera Jerman Barat (Bundeswehr). Ia dituduh khianat tidak lama selepas itu.
- 1967: Ketua revolusi Marxisme dan gerila Che Guevara (gambar) ditangkap berhampiran La Higuera, Bolivia.
- 2005: Satu gempa bumi besar terjadi di Kashmir yang mengorbankan lebih 74,500 nyawa di Pakistan, India dan Afghanistan.
Hari-hari sebelum: 7 Oktober – 6 Oktober – 5 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
9 Oktober: Hari Kesyukuran di Kanada (2006), Hari Hangul di Korea Selatan (1446), Hari Leif Erikson di Amerika Syarikat.
- 1514 - Mary Tudor, adik Henry VIII dari England, menjadi permaisuri Perancis.
- 1831 - John Capodistria, ketua negara Greece, dibunuh in Náfplio.
- 1888 - Monumen Washington (gambar), struktur tertinggi di dunia pada masa itu, dibuka secara rasmi kepada awam.
- 1962 - Uganda mendapat kemerdekaan dari United Kingdom, dengan Milton Obote sebagai Perdana Menteri.
- 1963 - Kejadian tanah runtuh menyesarkan air dari Empangan Vajont di utara Itali, menyebabkan gelombang dan banjir yang menghanyutkan beberapa kampung dan mengorbankan hampir 2,000 nyawa.
Hari-hari sebelum: 8 Oktober – 7 Oktober – 6 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
10 Oktober: Hari Kebangsaan di Fiji (1970) dan Republik China di Taiwan (1911).
- 732: Pertempuran Tours: Charles Martel dan orang Frank menewaskan tentera Muslim Andalus yang dipimpin Abdul Rahman Al Ghafiqi berhampiran Tours dan Poitiers, menghentikan kemaraan Islam dari Semenanjung Iberia.
- 1911: Revolusi Xinhai bermula dengan Pemberontakan Wuchang, menandakan permulaan runtuhnya Dinasti Qing di China.
- 1973: Naib Presiden Amerika Syarikat Spiro Agnew (gambar) meletakkan jawatan selepas didakwa mengelak cukai.
- 1979 - Permainan arked Pac-Man dipasarkan pertama kali di Jepun oleh Namco.
- 1987: Selepas dua rampasan kuasa di Fiji oleh Sitiveni Rabuka, kerajaan tentera membatalkan perlembagaan dan mengisytiharkan Fiji sebagai republik.
Hari-hari sebelum: 9 Oktober – 8 Oktober – 7 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1865: Pemberontakan Teluk Morant yang dipimpin Paul Bogle dan George William Gordon bermula di Jamaika. Ia disekat dengan kejam oleh Gabenor Edward John Eyre.
- 1899: Perang Boer Kedua meletus di Afrika Selatan antara United Kingdom dan orang Boer (gambar).
- 1954: Ho Chi Minh dan Viet Minh mengambil alih kuasa di Vietnam Utara.
- 1962: Paus John XXIII memanggil Mesyuarat Vatikan Kedua, mesyuarat menyatupadukan mazhab Kristian Gereja Roman Katolik pertama sejak 92 tahun.
- 1968: NASA melancarkan Apollo 7, misi yang dikendalikan manusia pertama Projek Apollo.
Hari-hari sebelum: 10 Oktober – 9 Oktober – 8 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
12 Oktober: Hari Hispanik di Sepanyol dan kebanyakan Amerika Latin, Hari Penentangan Orang Asli di Venezuela, Hari Wanita Kami Aparecida & Hari Kanak-kanak di Brazil.
- 1492 - Christopher Columbus mendarat di Caribbean, tetapi menyangka dia telah sampai ke Asia Timur.
- 1810 - Oktoberfest pertama diadakan di Munich untuk meraikan perkahwinan Putera Ludwig I dari Bavaria.
- 1859 - "Maharaja Amerika Syarikat dan Pelindung Mexico" Joshua A. Norton (gambar) "mengarahkan" Kongres Amerika Syarikat dibubarkan.
- 1984 - Tentera Republik Ireland Sementara (IRA) gagal dalam percubaannya membunuh Perdana Menteri British Margaret Thatcher dan kebanyakan kabinetnya dalam pengeboman hotel Brighton.
- 2002 - Satu siri bom kereta meletup di Bali, Indonesia, mengorbankan 202 orang dan mencederakan 209 yang lain.
Hari-hari sebelum: 11 Oktober – 10 Oktober – 9 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 54 - Claudius diracun oleh isterinya Agrippina yang Lebih Muda, menjadikan anaknya Nero sebagai Maharaja Rom seterusnya.
- 1307 - Beribu ahli Satria Templar (gambar mohor) ditahan serentak oleh ejen Philip IV dari Perancis dan diseksa untuk "mengaku" bidaah.
- 1843 - Mazhab Merdeka B'nai B'rith, pertubuhan perkhidmatan tertua Yahudi yang masih beroperasi, ditubuhkan di Bandaraya New York.
- 1943 - Perang Dunia II: Kerajaan baru Itali pimpinan Jeneral Pietro Badoglio memilih untuk menyertai Pihak Berikat dan mengisytiharkan perang terhadap Kuasa Paksi.
- 1994 - Pelayar web Mosaic Netscape 0.9, kemudian dipanggil Netscape Navigator dilancarkan.
Hari-hari sebelum: 12 Oktober – 11 Oktober – 10 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
14 Oktober: Hari Guru di Poland
- 1066: Pertempuran Hastings: Tentera Norman pimpinan William si Penakluk (gambar) menewaskan tentera Inggeris dan membunuh Harold Godwinson, raja Inggeris-Saxon terakhir.
- 1773: Kementerian Pendidikan pertama yang direkodkan, the Suruhanjaya Pendidikan Kebangsaan, dibentuk di Poland.
- 1926: Buku kanak-kanak yang memaparkan beruang rekaan A. A. Milne, Winnie-the-Pooh diterbitkan buat kali pertama.
- 1947: Memandu Bell X-1, juruterbang ujian Chuck Yeager menjadi orang pertama yang memecahkan batasan bunyi.
- 1953: Pembunuhan di Qibya: Komander tentera Israel Ariel Sharon dan pasukan khas Unit 101nya menyerang penghuni sebuah kampung di Tebing Barat.
Hari-hari sebelum: 13 Oktober – 12 Oktober – 11 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 Oktober: Simchat Torah dalam Agama Yahudi (2006), Hari Keselamatan Tongkat Putih di Amerika Syarikat, Hari Guru di Brazil.
- 1582 - Kalendar Gregory dilancarkan unruk mengganti kalendar Julian yang digunakan sejak 45 SM.
- 1917 - Penari eksotik Belanda Mata Hari (gambar) dihukum mati dengan ditembak kerana didakwa mengintip untuk Jerman.
- 1987 - Ribut Besar 1987 melanda England dan Perancis.
- 1990 - Pemimpin Kesatuan Soviet Mikhail Gorbachev dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel atas usahanya mengurangkan ketegangan semasa Perang Dingin.
- 2003 - Program angkasa lepas China: Shenzhou 5, penerbangan angkasa manusia China pertama dilancarkan, membawa angkasawan Yang Liwei.
Hari-hari sebelum: 14 Oktober – 13 Oktober – 12 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
16 Oktober: Hari Makanan Sedunia
- 456 - Magister militum Ricimer menewaskan Maharaja Avitus di Piacenza dan menjadi ketua Empayar Rom Barat.
- 1813 - Enam Kerajaan Campuran menyerang Napoleon dan Empayar Perancis Pertama dalam Pertempuran Leipzig, konflik terbesar dalam Perang Napoleon.
- 1940 - Perang Dunia II: Hans Frank menubuhkan Perumahan Warsaw, perumahan Yahudi terbesar di Poland yang diduduki.
- 1978 - Karol Józef Wojtyła, kardinal dari Kraków, Poland, menjadi Paus John Paul II (gambar), paus bukan-Itali pertama sejak abad ke-16 dan pertama dari negara Slavik.
- 1995 - Louis Farrakhan dari Nation of Islam menganjurkan Perarakan Sejuta Orang di Washington, D.C.
Hari-hari sebelum: 15 Oktober – 14 Oktober – 13 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
17 Oktober: Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa
- 1346 - Raja David II dari Scotland memimpin serangan ke atas England semasa Perang Seratus Tahun, tetapi ditangkap dalam Pertempuran Neville's Cross.
- 1604 - Bintang Kepler: Ahli astronomi Jerman Johannes Kepler (gambar) melihat satu bintang yang mata terang yang muncul tiba-tiba di buruj Ophiuchus.
- 1662 - Raja Charles II dari England menjual Dunkerque kepada Perancis dengan harga £40,000.
- 1989 - Gempa bumi Loma Prieta, gempa bumi terbesar di Sesar San Andreas di California sejak 1906, melanda Kawasan Teluk San Francisco.
- 2003 - Kemuncak pencakar langit 106-tingkat Taipei 101 dipasang, membolehkannya menjadi bangunan tertinggi di dunia mengatasi Menara Berkembar Petronas.
Hari-hari sebelum: 16 Oktober – 15 Oktober – 14 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 Oktober: Hari Alaska, Perayaan Santo Luke.
- 1009 - Gereja Holy Sepulchre, sebuah gereja Kristian yang kini dalam lingkungan Bandar Lama Baitulmuqaddis, dimusnahkan oleh khalifah Fatimiyyah Al-Hakim bi-Amr Allah.
- 1016 - Tentera Denmark pimpinan Canute Agung menewaskan dengan mutlak Edmund Ironside dalam Pertempuran Ashingdon, dan mengawal hampir keseluruhan Kerajaan England.
- 1851 - Moby-Dick, sebuah novel oleh Herman Melville (gambar), diterbitkan sebagai The Whale.
- 1922 - British Broadcasting Company ditubuhkan oleh sebuah konsortium untuk mewujudkan rangkaian pemancar radio bagi menyediakan khidmat penyiaran di seluruh United Kingdom.
- 1954 - Texas Instruments memperkenalkan radio transistor pertama.
Hari-hari sebelum: 17 Oktober – 16 Oktober – 15 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
19 Oktober: Hari Perlembagaan di Niue (1974); Hari Ibu Teresa di Albania.
- 202 SM - Prokonsul Scipio Africanus dari Republik Rom menewaskan Hannibal dan orang Carthage dalam Pertempuran Zama, mengakhiri Perang Punic Kedua.
- 1469 - Ferdinand II dari Aragon mengahwini Isabella dari Castile (gambar), satu perkahwinan yang membuka jalan ke arah penyatuan Aragon dan Castile menjadi Sepanyol.
- 1781 - Perang Revolusi Amerika: Tentera British pimpinan Lord Charles Cornwallis secara rasminya menyerah kepada tentera Perancis-Amerika pimpinan George Washington, menamatkan Pengepungan Yorktown.
- 1943 - Streptomycin, ubat antibiotik pertama untuk batuk kering, diasingkan oleh penyelidik di Universiti Rutgers.
- 1987 - Dow Jones Industrial Average jatuh 22% pada Isnin Hitam, kemerosotan satu-hari terbesar dalam sejarah.
Hari-hari sebelum: 18 Oktober – 17 Oktober – 16 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
20 Oktober: Hari al-Quds di Iran (2006); Hari Kelahiran Báb (Bahai).
- 1740 - Maria Theresa (gambar) menaiki takhta Austria, akibat Persetujuan Pragmatik 1713.
- 1818 - United Kingdom dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian 1818, yang menetapkan sempadan Kanada-Amerika Syarikat mengikut selarian ke-49 utara.
- 1827 - Tentera laut bersekutu United Kingdom, Perancis dan Rusia dan memusnahkan gabungan armada Turki dan Mesir di Pertempuran Navarino.
- 1941 - Perang Dunia II: Beribu-ribu orang awam di Kragujevac di Serbia yang diduduki Jerman dibunuh dalam Pembunuhan Kragujevac.
- 1973 - Sydney Opera House di Sydney, Australia dibuka secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II.
Hari-hari sebelum: 19 Oktober – 18 Oktober – 17 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
21 Oktober: Hari Deepavali (Hinduisme, Jainisme, agama Buddha dan Sikh) (2006); Hari Orang Cina Seberang Laut di Taiwan.
- 1805 - Perang Napoleon: Lord Nelson membawa armada British kepada kemenangan dalam Pertempuran Trafalgar, menewaskan Pierre-Charles Villeneuve dan gabungan tentera laut Perancis dan Sepanyol.
- 1824 - Tukang batu, penurap bata dan pereka Inggeris Joseph Aspdin mematen simen Portland.
- 1854 - Florence Nightingale (gambar) dan 38 kakitangan jururawat dihantar ke Perang Crimea.
- 1944 - Perang Dunia II: HMAS Australia terkena dalam serangan kamikaze pertama; 30 anak kapal, termasuk pegawai pemerintahnya terbunuh.
- 1969 - Siad Barre menjadi presiden selepas satu rampasan kuasa tentera di Somalia.
Hari-hari sebelum: 20 Oktober – 19 Oktober – 18 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
22 Oktober: Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa
- 1383 - Kemelut 1383–1385 di Portugal: Perang saudara dan anarki terjadi apabila Raja Ferdinand I mangkat tanpa meninggalkan pewaris lelaki untuk takhta Portugal.
- 1924 - Pertubuhan Toastmasters International diasaskan.
- 1962 - Kemelut Peluru Berpandu Cuba: Presiden AS John F. Kennedy mengumumkan di televisyen bahawa senjata nuklear Soviet telah ditemui di Cuba dan dia telah mengarahkan "kuarantin" laut terhadap negara pulau tersebut.
- 1972 - Perang Vietnam: Presiden Nixon menghentikan operasi pengeboman Linebacker sempena pilihan raya presiden AS.
- 1999 - Pegawai Perancis Vichy Maurice Papon dipenjarakan kerana kezaliman terhadap manusia yang dilakukan semasa Perang Dunia II.
Hari-hari sebelum: 21 Oktober – 20 Oktober – 19 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
23 Oktober: Aidil Fitri bermula pada waktu maghrib (Islam, 2006), Hari Mol.
- 1911 - Kegunaan pertama pesawat lebih berat-dari-udara dalam peperangan: seorang juruterbang Itali terbang dari Libya untuk meninjau barisan Turki semasa Perang Itali-Turki.
- 1956 - Revolusi menentang Stalinisme dan pendudukan Soviet bermula di Budapest dengan tunjuk perasaan aman 20,000 orang.
- 1958 - Pelukis kartun Belgium Peyo memperkenalkan watak jalur komik baru, Smurf.
- 1983 - Perang Saudara Lubnan: Pengebom berani mati memusnahkan dua berek di Beirut, Lubnan, mengorbankan 241 tentera marin Amerika Syarikat dan 58 askar payung terjun Perancis yang merupakan sebahagian pasukan menjaga keamanan antarabangsa.
- 2002 - Pejuang Chechen menawan sebuah panggung di Moscow, dan menjadikan lebih 700 pengunjung dan penghibur sebagai tebusan dalam kemelut tebusan panggung Moscow.
Hari-hari sebelum: 22 Oktober – 21 Oktober – 20 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
24 Oktober: Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; Hari Kemerdekaan di Zambia (1964).
- 1260: Katedral Chartres ditahbiskan di hadapan Raja Louis IX dari Perancis.
- 1648: Keamanan Westphalia ditandatangani, menamatkan Perang Tiga Puluh Tahun dan "secara rasminya" mengiktiraf Republiek der Zeven Verenigde Nederlanden/Provinciën dan Confoederatio Helvetica.
- 1929: Kemelesetan Besar: Bursa Saham New York jatuh pada "Khamis Hitam", menyebabkan rentetan kemuflisan dan mencetuskan kemelesetan ekonomi di seluruh dunia.
- 1930: Sejarah Brazil: Satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah menyingkirkan Presiden Washington Luís Pereira de Sousa dan bakal Presiden Júlio Prestes.
- 1945: Piagam PBB, perlembagaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu {gambar bendera), mula berkuatkuasa.
Hari-hari sebelum: 23 Oktober – 22 Oktober – 21 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 Oktober: Hari Republik di Kazakhstan; Hari Penyerahan Kembali Taiwan di Republik China.
- 1415: Perang Seratus Tahun: Henry V dari England dengan infantri dan pemanah berperisai ringannya menewaskan pasukan berkuda Perancis yang berperisai lengkap dalam Pertempuran Agincourt (gambar).
- 1854: Serangan Briged Ringan: Lord Cardigan membawa pasukan berkudanya kepada kehancuran dalam Pertempuran Balaclava semasa Perang Krimea.
- 1944: Pertempuran Teluk Leyte mengesahkan kekalahan Tentera Laut Empayar Jepun dalam kancah Pasifik Perang Dunia II.
- 1971: Republik Rakyat China menggantikan Republik China sebagai wakil China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 1983: Operasi Urgent Fury: Amerika Syarikat dan sekutu Caribbean menyerang Grenada, enam hari selepas rampasan kuasa ganas Bernard Coard.
Hari-hari sebelum: 24 Oktober – 23 Oktober – 22 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
26 Oktober: Hari Angam di Nauru, Hari Kebangsaan di Austria.
- 1597 - Dua belas buah kapal Korea di bawah kuasa pemerintahan Laksamana Yi Sunsin menyerang searmada besar kapal serang Jepun dalam Perang Myeongnyang.
- 1863 - Persatuan Bola Sepak, badan pentadbiran bola sepak yang tertua, dibentuk di London, England.
- 1881 - Tembak-menembak di O.K. Corral berlaku di Tombstone, Arizona, Amerika Syarikat.
- 1937 - Perang China-Jepun Kedua: Xie Jinyuan dan hanya satu 'Batalion Tunggal' askar Cina memulakan Pertahanan Gudang Sihang terhadap gelombang-gelombang penyerang Jepun semasa Perang Shanghai.
- 1955 - Perdana Menteri Ngô Đình Diệm (gambar) menjadi Presiden pertama Vietnam Selatan, menggantikan Bảo Đại Maharaja Nguyễn sebagai ketua negara.
Hari-hari sebelum: 25 Oktober – 24 Oktober – 23 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
27 Oktober: Hari Kemerdekaan di Santo Vincent dan Grenadines (1979) serta di Turkmenistan (1991)
- 1553 - Dihukum sebagai pembidaah, Michael Servetus dibakar di kayu pancang di luar Geneva.
- 1904 - Bahagian pertama Laluan Bawah Tanah Bandaraya New York antara Dewan Bandaraya dan Bronx dibuka.
- 1958 - Jeneral Ayub Khan menggulingkan Iskander Mirza dalam sebuah rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah untuk menjadi Presiden Pakistan kedua, kurang daripada tiga minggu selepas Mirza dilantik sebagai penguatkuasa pemerintahan tentera.
- 1961 - NASA melancarkan roket Saturn I yang pertama (gambar).
- 1971 - Republik Demokratik Congo dinamakan semula sebagai Zaire.
Hari-hari sebelum: 26 Oktober – 25 Oktober – 24 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
28 Oktober: Hari Okhi di Greece (1940)
- 312 - Constantine Agung, Maharaja Rom, menewaskan Maxentius dalam Perang Jambatan Milvian dan dengan itu, menamatkan Tetrarki. Menurut legenda, beliau memberi penghargaan kepada Tuhan agama Kristian atas kemenangannya.
- 1886 - Di Pelabuhan New York, Grover Cleveland, Presiden Amerika Syarikat, mentahbiskan Patung Liberty (gambar) yang merupakan hadiah daripada Perancis untuk memperingati hari ulang tahun Pengisytiharan Kemerdekaaan Amerika Syarikat ke-100.
- 1918 - Czechoslovakia mencapai kemerdekaan daripada Austria-Hungary.
- 1922 - Blackshirts, kumpulan Fasis, berarak menuju ke Rom untuk mengambil alih kerajaan Itali.
- 1940 - Itali menyerang Greece dari Albania sebagai sebahagian Kempen Balkannya dalam Perang Dunia II.
Hari-hari sebelum: 27 Oktober – 26 Oktober – 25 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
29 Oktober: Hari Republik di Turki
- 1268 - Conradin, Duke Swabia terakhir, dipancung kepala di Naples selepas gagal menuntut kembali Sicily daripada Charles dari Anjou bagi pihak Kerabat Diraja Hohenstaufen.
- 1787 - Persembahan pertama Don Giovanni, opera Mozart, diadakan di Prague.
- 1923 - Mustafa Kemal Atatürk (gambar) menjadi Presiden pertama Republik Turki, sebuah negara baru yang ditubuhkan daripada saki-baki Empayar Otoman.
- 1956 - Permulaan Krisis Suez: Israel menyerang Semenanjung Sinai dan mengundurkan angkatan tentera Mesir ke Terusan Suez.
- 1998 - Selepas melebihi tiga dekad, John Glenn yang berumur 77 tahun kembali ke angkasa lepas di dalam bolak-balik angkasa lepas Discovery dalam misi STS-95 untuk mengkaji kesan-kesan penerbangan angkasa lepas pada orang-orang tua.
Hari-hari sebelum: 28 Oktober – 27 Oktober – 26 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
30 Oktober: Perayaan Sembilan Kembar dalam kalendar Cina (2006)
- 1470 - Richard Neville, Earl Warwick, mengembalikan Henry VI sebagai Raja England semasa Peperangan Ros.
- 1831 - Hamba abdi Afrika Amerika Nat Turner ditangkap selepas memimpin satu pemberontakan perhambaan yang ditumpaskan dengan kejam.
- 1905 - Revolusi Rusia: Tsar Nicholas II (gambar) dengan berat hati menandatangani "Manifesto Oktober", mewujudkan Negeri Duma sebagai badan perundangan yang dipilih dalam Empayar Rusia.
- 1938 - Drama radio The War of the Worlds menakutkan ramai pendengar di Amerika Syarikat yang percaya serangan orang Marikh sedang berlaku.
- 1961 - Bom hidrogen Soviet Tsar Bomba diledakkan di Pulau Novaya Zemlya di Laut Artik sebagai ujian; ia merupakan senjata nuklear terbesar pernah diletupkan.
Hari-hari sebelum: 29 Oktober – 28 Oktober – 27 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
31 Oktober: Halloween
- 1517 - Mengikut kisah tradisional, Martin Luther memaku Tesis 95nya di pintu sebuah gereja di Wittenberg, Germany, menandakan permulaan Reformasi Protestan.
- 1922 - Benito Mussolini menjadi Premier paling muda dalam sejarah Itali pada umur 39.
- 1941 - Gutzon Borglum dan 400 pekerja menyiapkan patung raksasa Presiden AS George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt dan Abraham Lincoln di Gunung Rushmore (gambar).
- 1984 - Perdana Menteri India Indira Gandhi dibunuh oleh dua pengawal peribadinya. Rusuhan kemudiannya berlaku di New Delhi.
- 2003 - Selepas 22 tahun berkuasa, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Hari-hari sebelum: 30 Oktober – 29 Oktober – 28 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah