Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/6 November
Dari Wikipedia bahasa Melayu
6 November: Hari Perlembagaan di Republik Dominica (1844) dan Tajikistan (1994); Hari Gustavus Adolphus di Sweden; Hari Bendera di Finland.
- 1860: Abraham Lincoln (gambar) menjadi calon Republikan pertama memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
- 1935: Edwin Howard Armstrong membentangkan kertasnya mengenai modulasi frekuensi (FM) untuk kegunaan radio kepada Institut Jurutera Radio.
- 1962: Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 1761, yang mengecam polisi aparteid Afrika Selatan.
- 1963: Duong Van Minh secara rasmi mengambil alih kerajaan Vietnam Selatan beberapa hari selepas pembunuhan Presiden Ngo Dinh Diem.
- 1999: Rakyat Australia mengundi untuk mengekalkan raja British sebagai ketua negara dalam referendum republik Australia.
Hari-hari sebelum: 5 November – 4 November – 3 November