Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/November
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Templat:NovemberCalendar2007Source
1 November: Hari Kebangsaan di Algeria, Hari Kemerdekaan di Antigua dan Barbuda (1981), Hari Para Orang Kudus dalam Katolik.
- 1512: Siling Gereja Sistine dicat semula dalam fresco oleh Michelangelo.
- 1521: Ferdinand Magellan mengetuai ekspedisi Eropah pertama untuk melayari Selat Magellan, laluan yang menghubungkan Lautan Pasifik dan Atlantik di selatan tanah besar Amerika Selatan.
- 1755: Gempa bumi besar dan tsunami memusnahkan Lisbon, dan mengorbankan lebih 100,000 nyawa di Portugal dan Morocco.
- 1954: Front de Libération Nationale memulakan Perang Kemerdekaan Algeria menentang pemerintahan Perancis, dengan serangan gerila di pelbagai kawasan di Algeria.
- 1963: Balai Cerap Arecibo, dengan teleskop radio (gambar) terbesar di dunia, dibuka secara rasmi di Arecibo, Puerto Rico.
Hari-hari sebelum: 31 Oktober – 30 Oktober – 29 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
2 November: Hari Orang Mati di Mexico, Hari Para Arwah dalam Katolik.
- 1917 - Arthur Balfour mengeluarkan Pengisytiharan Balfour, yang mengumumkan sokongan British untuk petempatan Yahudi di Palestin.
- 1936 - BBC Television Service, stesen televisyen definisi-tinggi tertua di dunia dilancarkan.
- 1947 - Howard Hughes menerbangkan Spruce Goose (gambar), kapal terbang laut terbesar pernah dibina, untuk penerbangan sulungnya di Long Beach, California.
- 1964 - Raja Arab Saudi, Raja Saud disingkirkan melalui rampasan kuasa keluarga, dan digantikan oleh adik tirinya Raja Faisal.
- 2000 - Anak kapal pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Hari-hari sebelum: 1 November – 31 Oktober – 30 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
3 November: Hari Kemerdekaan di Panama (1903), Dominica (1978) dan Micronesia (1986)
- 1838 - The Times of India, akhbar terbitan lebar sehelai harian bahasa Inggeris dengan edaran terbanyak di dunia, diasaskan.
- 1848 - Perlembagaan baru yang disediakan Johan Rudolf Thorbecke (gambar) diisytiharkan, membataskan kuasa raja Belanda dengan banyak.
- 1957 - Kapal angkasa lepas Sputnik 2 dilancarkan, membawa Laika seekor anjing angkasa Rusia sebagai makhluk hidup pertama mengorbit Bumi.
- 1971 - Manual Pengaturcara UNIX diterbitkan buat pertama kali.
- 1982 - Kebakaran terowong Salang di Afghanistan mengorbankan kira-kira 2,000 orang, menjadikannya kemalangan jalan raya paling teruk di dunia.
Hari-hari sebelum: 2 November – 1 November – 31 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
4 November: Hari Bendera di Panama, Hari Perpaduan di Rusia.
- 1852 - Count Cavour (gambar) menjadi Perdana Menteri Piedmont-Sardinia, yang kemudian berkembang menjadi Kerajaan Itali.
- 1869 - Nature, salah satu jurnal sains umum yang tertua dan bereputasi, diterbitkan buat pertama kali.
- 1918 - Revolusi Jerman bermula apabila empat puluh ribu kelasi merampas pelabuhan Kiel.
- 1979 - Kelompok radikal Iran menawan kedutaan Amerika Syarikat di Tehran dan menahan penghuninya sebagai tebusan selama 444 hari.
- 1995 - Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dibunuh oleh Yigal Amir di Tel Aviv.
Hari-hari sebelum: 3 November – 2 November – 1 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 November: Malam Guy Fawkes di United Kingdom (1605)
- 1838: Kejatuhan Republik Kebangsaan Amerika Tengah bermula apabila Honduras keluar daripada persekutuan.
- 1872: Susan B. Anthony (gambar) menjadi pengundi wanita pertama dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Dia kemudian didenda $100.
- 1911: Selepas mengisytiharkan perang terhadap Empayar Turki Uthmaniyyah pada akhir September, Itali merampas Tripoli dan Cyrenaica.
- 1917: St. Tikhon dari Moscow dilantik sebagai Patriarch Moscow dan Gereja Ortodoks Rusia.
- 1935: Permainan papan Monopoly versi Parker Brothers dikeluarkan.
Hari-hari sebelum: 4 November – 3 November – 2 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 November: Hari Perlembagaan di Republik Dominica (1844) dan Tajikistan (1994); Hari Gustavus Adolphus di Sweden; Hari Bendera di Finland.
- 1860: Abraham Lincoln (gambar) menjadi calon Republikan pertama memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
- 1935: Edwin Howard Armstrong membentangkan kertasnya mengenai modulasi frekuensi (FM) untuk kegunaan radio kepada Institut Jurutera Radio.
- 1962: Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 1761, yang mengecam polisi aparteid Afrika Selatan.
- 1963: Duong Van Minh secara rasmi mengambil alih kerajaan Vietnam Selatan beberapa hari selepas pembunuhan Presiden Ngo Dinh Diem.
- 1999: Rakyat Australia mengundi untuk mengekalkan raja British sebagai ketua negara dalam referendum republik Australia.
Hari-hari sebelum: 5 November – 4 November – 3 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
November 7: Hari Pilihan Raya di Amerika Syarikat (2006)
- 1665: Warta London, akhbar bahasa Inggeris tertua yang masih wujud, diterbitkan buat pertama kali.
- 1885: Pembinaan Landasan Keretapi Pasifik, landasan kereta api rentas benua melalui Kanada yang pertama, disiapkan dengan Sir Donald Smith memasang pepaku terakhir pada landasan di Craigellachie, British Columbia.
- 1917: Vladimir Lenin (gambar) mengetuai pemberontakan Bolshevik terhadap Kerajaan Sementara Alexander Kerensky, dan mencetuskan Revolusi Oktober di Rusia.
- 1987: Zine El Abidine Ben Ali menggulingkan Habib Bourguiba untuk menjadi Presiden Tunisia.
- 1996: NASA melancarkan Peninjau Sejagat Marikh.
Hari-hari sebelumnya: November 6 – November 5 – November 4
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
November 8: Hari St. Demetrius di Bosnia dan Herzegovina
- 1519 - Sepanyol menakluki Mexico: Hernán Cortés memasuki Tenochtitlan di mana tlatoani Aztec Moctezuma II menyambutnya dengan meriah seolah-olah datangnya dewa.
- 1793 - Di Paris, Louvre dibuka kepada orang ramai sebagai muzium ketika Revolusi Perancis.
- 1895 - Wilhelm Conrad Röntgen (gambar) menemui sinar-x.
- 1923 - Adolf Hitler, Erich Ludendorff dan ahli Kampfbund lain memulakan Beer Hall Putsch, percubaan yang gagal untuk menguasai Jerman.
- 2002 - Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan Resolusi 1441, memaksa Iraq untuk menyerah atau berhadapan dengan "keadaan yang serius".
Hari-hari sebelumnya: November 7 – November 6 – November 5
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
November 9: Hari Muhammad Iqbal di Pakistan; Hari Pencipta di Jerman, Austria dan Switzerland; Schicksalstag di Germany.
- 1799 - Kejayaan 18 Brumaire diketuai oleh Emmanuel Joseph Sieyès (gambar) dan Napoléon Bonaparte menggulingkan kerajaan Perancis lalu digantikan dengan Dewan Revolusi Perancis bersama Konsulat.
- 1872 - Kebakaran Besar Boston 1872 memusnahkan lebih 700 buah bangunan di Boston, Massachusetts.
- 1918 - Maharaja Jerman William II turun takhta, Putera Maximilian dari Baden meletakkan jawatan sebagai Canselor, dan Philipp Scheidemann mengisytiharkan Republik Weimar.
- 1953 - Kemboja memperoleh kemerdekaan daripada Perancis dan menjadi sebuah negara monarki berperlembagaan di bawah Raja Norodom Sihanouk.
- 1989 - Tembok Berlin runtuh, menandakan secara simbolik akan tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Pakatan Warsaw, serta bermulanya pengakhiran komunisme Soviet.
Hari-hari sebelumnya: November 8 – November 7 – November 6
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1520 - Selepas taklukan yang berjaya ke atas Sweden, tentera Denmark bawah Raja Christian II membunuh ramai pemimpin Sweden dalam Mandian Darah Stockholm.
- 1865 - Henry Wirz, pengawal Penjara Andersonville, digantung, menjadikan satu-satunya askar Perang Saudara Amerika dibunuh kerana jenayah perang.
- 1871 - "Dr. Livingstone, rasanya, kan?" – Henry Morton Stanley mengesan mubaligh dan pengembara, David Livingstone (pictured) di Ujiji, berhampiran Tasik Tanganyika kini di Tanzania.
- 1969 - Sesame Street muncul buat julung kalinya di rangkaian Televisyen Pendidikan Kebangsaan di Amerika Syarikat.
- 1995 - Penulis drama dan penggerak alam sekitar Ken Saro-Wiwa dan lapan yang lain dari Pergerakan Kemandirian Orang Ogoni telah dibunuh oleh kerajaan tentera Nigeria.
Hari-hari sebelumnya: November 9 – November 8 – November 7
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
November 11: Hari Kemerdekaan Poland (1918) dan Angola (1975); Hari St. Martin di Belanda; Hari Peringatan dalam Kesatuan Komanwel, Hari Perjanjian Gencatan Senjata di Eropah dan Hari Bekas Perajurit di Amerika Syarikat.
- 1675 - Gottfried Leibniz (gambar) mendemonstrasikan kamiran kalkulus buat pertama kalinya untuk mencari luas di bawah graf bagi fungsi y = f(x) dengan menggunakan anti-pembezaan.
- 1930 - Paten dianugerahkan kepada Albert Einstein dan Leó Szilárd bagi ciptaan mereka, peti sejuk Einstein.
- 1965 - Ian Smith, Orang utama Jajahan Mahkota British Rhodesia Selatan, mengisukan Perisytiharan Satu Pihak Kemerdekaan Rhodesia.
- 1975 - Krisis Perlembagaan Australia 1975 berlaku apabila Perdana Menteri Australia Gough Whitlam disingkirkan oleh Gabenor-Jeneral Australia, Sir John Kerr.
- 1978 - Maumoon Abdul Gayoom memulakan penggal pertamanya sebagai Presiden Maldives.
Hari-hari sebelumnya: November 10 – November 9 – November 8
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
November 12: Kelahiran Bahá'u'lláh, hari suci bagi agama Bahá'í.
- 1927 - Leon Trotsky (gambar) dibuang dari Parti Komunis, meninggalkan Joseph Stalin mengawal Kesatuan Soviet.
- 1936 - Di California, Jambatan Teluk San Francisco-Oakland dibuka untuk lalu lintas.
- 1970 - Bahagian Lebuhraya Oregonn cuba untuk memusnahkan bangkai ikan paus Sperma yang terdampar dengan letupan yang kemudian dikenali sebagai peristiwa letupan paus.
- 1991 - Tentera Indonesia mula menyerang semula penunjuk perasaan pelajar dalam Pembunuhan Beramai-ramai Díli.
- 2001 - Tentera Taliban meninggalkan Kabul, ibu negara Afghanistan, dan melanjutkan askar Perikatan Afghan Utara.
Hari-hari sebelumnya: November 11 – November 10 – November 9
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1887 - Ahad Berdarah berlaku di Dataran Trafalgar
- 1970 - Siklon Bhola: Siklon tropika berkelajuan 100-batu sejam menghentam kawasan Muara Sungai Ganges di Timur Pakistan (kini Bangladesh), meragut nyawa sebanyak 500,000 orang (ini dianggap sebagai bencana siklon terburuk abad ke-20).
- 1982 - Peringatan Bekas Perajurit Vietnam diumumkan khas di Washington D.C. selepas perarakan oleh ribuan bekas perajurit Perang Vietnam.
- 1985 - Gunung berapi Nevado del Ruiz meletus, menyebabkan lahar menenggelamkan Armero, Colombia, membunuh kira-kira 23,000 orang.
- 1990 - Laman web pertama yang dikenali ditulis. [1]
Hari-hari sebelumnya: November 12 – November 11 – November 10
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
14 November: Hari Kanak-Kanak di India
- 1889 - Nellie Bly (gambar), pemberita New York World, bertolak untuk percubaannya mengembara Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari.
- 1940 - Katedral Coventry dan sebahagian besar pusat bandar Coventry, England musnah dalam pengeboman Luftwaffe.
- 1971 - Mariner 9 sampai ke Marikh, menjadi kapal angkasa lepas pertama mengorbit planet lain.
- 1990 - Jerman dan Poland menandatangani satu perjanjian yang mengesahkan sempadan mereka di Garisan Oder-Neisse.
- 1991 - Putera Kemboja Norodom Sihanouk kembali ke Phnom Penh selepas tiga belas tahun dalam buangan.
Hari-hari sebelum: 13 November – 12 November – 11 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 November: Hari Republik di Brazil (1889), Shichigosan di Jepun.
- 1864 - Perang Saudara Amerika: William Tecumseh Sherman (gambar) memulakan "Perarakan ke Laut" selepas membakar Atlanta, Georgia.
- 1920 - Perhimpunan agung pertama Liga Bangsa diadakan di Geneva, Switzerland.
- 1971 - Intel mengeluarkan 4004, mikropemproses cip-tunggal pertama di dunia.
- 1988 - Bolak-balik Soviet Buran dilancarkan untuk penerbangan sulung dan tunggalnya.
- 2001 - Microsoft melancarkan Xbox, konsol permainan video pertamanya.
Hari-hari sebelum: 14 November – 13 November – 12 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
16 November: Hari Toleransi Antarabangsa; Loy Krathong di Thailand.
- 1384 - Jadwiga dimahkotakan sebagai "Raja Poland", walaupun beliau merupakan seorang wanita.
- 1532 - Sapa Inca Atahualpa (gambar) ditangkap oleh Francisco Pizarro dalam Pertempuran Cajamarca.
- 1885 - Louis Riel, pemimpin pemberontak Métis Kanada dan "Bapa Manitoba", menjalani hukuman mati kerana derhaka besar.
- 1979 - Laluan pertama Metro Bucharest dibuka di Bucharest, Romania.
- 2002 - Penyakit SARS pertama kali direkodkan di Guangdong, China.
Hari-hari sebelum: 15 November – 14 November – 13 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
17 November: Hari Pelajar Antarabangsa
- 1558 - Elizabeth I (gambar) menaiki Takhta British.
- 1869 - Terusan Suez yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah dirasmikan dalam satu upacara.
- 1969 - Perundingan SALT I antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat bermula di Helsinki.
- 1970 - Douglas Engelbart mendapat paten untuk tetikus komputer.
- 1989 - Revolusi Baldu bermula di Czechoslovakia.
Hari-hari sebelum: 16 November – 15 November – 14 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 November: Hari Kemerdekaan di Latvia (1918), Hari Kebangsaan di Oman (1940).
- 1307 - William Tell, ahli tembak legenda di Switzerland, dikatakan berjaya menembak sebiji epal di atas kepala anaknya dengan satu percubaan.
- 1626 - Gereja St. Peter (gambar bahagian dalam) ditahbiskan.
- 1905 - Putera Carl dari Denmark menjadi Haakon VII, Raja Norway pertama selepas penyatuan Sweden-Norway dibubarkan.
- 1985 - Calvin dan Hobbes, sebuah jalur komik oleh Bill Watterson, disiarkan buat pertama kali.
- 1993 - 21 parti politik mempersetujui perlembagaan baru di Afrika Selatan.
Hari-hari sebelum: 17 November – 16 November – 15 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
19 November: Hari Pembebasan di Mali
- 1493 - Christopher Columbus menjadi orang Eropah pertama mendarat di Puerto Rico, sebuah pulau yang dinamakannya San Juan Bautista.
- 1794 - Amerika Syarikat dan Kerajaan Great Britain menyetujui Perjanjian Jay.
- 1863 - Presiden AS Abraham Lincoln menyampaikan Ucapan Gettysburg.
- 1942 - Tentera Soviet di bawah Jeneral Georgy Zhukov (gambar) melancarkan Operasi Uranus semasa Pertempuran Stalingrad, menukar arus pertempuran menyebelahi Kesatuan Soviet.
- 1969 - Pemain bola sepak Brazil Edson Arantes do Nascimento, lebih dikenali sebagai Pelé, menjaringkan gol ke-1000nya.
Hari-hari sebelum: 18 November – 17 November – 16 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
20 November: Hari Zumbi di Brazil, Hari Revolusi di Mexico, Hari Guru di Vietnam.
- 1700 - Perang Utara Besar: Angkatan pimpinan Raja Charles XII dari Sweden menewaskan tentera Rusia pimpinan Tsar Peter Agung dalam Pertempuran Narva.
- 1910 - Revolusi Mexico: Francisco I. Madero menyebarluas Rancangan San Luis Potosí, memulakan pemberontakan menentang Presiden Porfirio Díaz.
- 1945 - Perbicaraan Nuremberg terhadap 24 anggota Nazi terkemuka yang terlibat dalam Holokus dan jenayah perang lain semasa Perang Dunia II bermula.
- 1984 - Projek SETI ditubuhkan.
- 1998 - Zarya (gambar), modul pertama Stesen Angkasa Antarabangsa, dilancarkan oleh sebuah roket Proton dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.
Hari-hari sebelum: 19 November – 18 November – 17 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1783 - Penerbangan manusia pertama yang berjaya dibuat di atas belon udara panas buatan Montgolfier bersaudara.
- 1877 - Penciptaan peti nyanyi (gambar) oleh Thomas Edison diumumkan.
- 1964 - Jambatan Verrazano-Narrows, jambatan gantung terbesar di dunia ketika itu, dibuka untuk trafik.
- 1995 - Persetujuan Perdamaian Dayton ditandatangani di Dayton, Ohio, menamatkan perang saudara selama tiga setengah tahun di Bosnia dan Herzegovina.
Hari-hari sebelum: 20 November – 19 November – 18 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
22 November: Hari Kemerdekaan di Lubnan (1943)
- 1963 - Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-36 di atas Air Force One (gambar) selepas pembunuhan Presiden John F. Kennedy.
- 1967 - Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB diterima sebulat suara selepas Perang Enam Hari antara Israel dan jiran Arabnya Mesir, Jordan dan Syria.
- 1922 - Howard Carter, dibantu oleh Earl Carnarvon, membuka makam Tutankhamun.
- 1986 - Mike Tyson menewaskan Trevor Berbick untuk memenangi kejohanan tinju heavyweight World Boxing Council, dan menjadi juara tinju termuda di dunia.
- 1988 - Pesawat pengebom senyap B-2 Tentera Udara Amerika Syarikat diperlihatkan kepada umum buat pertama kali.
Hari-hari sebelum: 21 November – 20 November – 19 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
23 November: Hari Kesyukuran Buruh di Jepun, Hari St George di Georgia, Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (2006).
- 1644 - John Milton menerbitkan Areopagitica, mengemukakan alasan untuk kebebasan bersuara dan menentang penapisan penerbitan semasa Perang Saudara Inggeris.
- 1869 - Cutty Sark (gambar), salah satu kapal layar terakhir dibina, dilancarkan di Dumbarton, Scotland.
- 1971 - Republik Rakyat China pertama kali duduk di kerusi tetap China di Majlis Keselamatan PBB.
- 1985 - Omar Rezaq dan dua lagi dari kumpulan militan Abu Nidal merampas Penerbangan 648 EgyptAir di atas Laut Mediterranean.
- 2003 - Revolusi Ros: Eduard Shevardnadze meletakkan jawatan sebagai Presiden Georgia selepas bantahan besar-besaran yang mempertikaikan keputusan pilihan raya.
Hari-hari sebelum: 22 November – 21 November – 20 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1642 - Penjelajah Belanda Abel Tasman sampai ke Tasmania. Dia menamakan pulau tersebut Anthoonij van Diemenslandt (Tanah Van Diemen).
- 1859 - Asal Spesies (The Origin of Species) oleh ahli sejarah semula jadi British Charles Darwin diterbitkan, dan habis terjual pada hari yang sama.
- 1963 - Dalam siaran langsung, Jack Ruby menembak mati Lee Harvey Oswald, yang dikatakan membunuh Presiden John F. Kennedy.
- 1971 - Selepas mengutip wang tebusan US$200,000, "D. B. Cooper" terjun dari tangga belakang kapal terbang yang dirampasnya dan menghilangkan diri.
- 1974 - Rangka 3.18 juta tahun "Lucy" (gambar) dijumpai di Lekukan Afar di Habsyah.
Hari-hari sebelum: 23 November – 22 November – 21 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 November: Hari Kebangsaan di Bosnia dan Herzegovina (1943), Hari Kemerdekaan di Suriname (1975)
- 1034 - Donnchad, anak lelaki puteri kedua Raja Máel Coluim, dan bukan Mac Bethad, anak lelaki puteri sulungnya, mewarisi takhta untuk menjadi Raja Scotland.
- 1795 - Stanisław August Poniatowski (gambar), Raja Poland terakhir, dipaksa turun takhta selepas Pemecahan Poland oleh Austria, Prussia dan Rusia.
- 1950 - Republik Rakyat China menyertai Perang Korea, menghantar ribuan askar menyeberangi sungai Yalu untuk menghadapi pasukan PBB.
- 1984 - Band Aid: 36 ahli muzik pop terkemuka Britain dan Ireland berkumpul di sebuah studio Notting Hill untuk merakam lagu Do They Know It's Christmas untuk memungut wang bagi bantuan kebuluran di Habsyah.
- 1992 - Pembubaran Czechoslovakia: Penggubal undang-undang di Czechoslovakia mengundi memisahkannya kepada Republik Czech dan Slovakia bermula 1 Januari 1993.
Hari-hari sebelum: 24 November – 23 November – 22 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1778 - Ekspedisi pimpinan James Cook sampai ke Maui, pulau kedua terbesar di Kepulauan Hawaii.
- 1922 - Howard Carter dan Earl Carnarvon menjadi orang pertama memasuki makam Firaun Tutankhamun dalam masa 3000 tahun.
- 1942 - Perang Dunia II: Josip Tito (gambar) dan Partisan Yugoslav mengadakan mesyuarat pertama AVNOJ di Bihać di timur laut Bosnia.
- 1950 - Pertempuran Takungan Chosin: Tentera China di Korea Utara melancarkan serangan balas besar terhadap tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
- 2003 - Penerbangan terakhir Concorde, dari Heathrow ke Bristol di United Kingdom.
Hari-hari sebelum: 25 November – 24 November – 23 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1095 - Di Majlis Clermont, Paus Urban II menyeru kepada Perang Salib Pertama.
- 1895 - Alfred Nobel (gambar) menandatangani wasiatnya, memperuntukkan sebahagian besar harta pusakanya untuk mewujudkan Hadiah Nobel.
- 1946 - Perdana Menteri India Jawaharlal Nehru merayu kepada Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet untuk mengakhiri ujian nuklear dan memulakan pelucutan senjata.
- 1992 - Untuk kali kedua dalam setahun, angkatan tentera cuba menggulingkan Presiden Venezuela Carlos Andrés Pérez.
- 2001 - Teleskop Angkasa Hubble mengesan natrium di atmosfera planet luar suria HD 209458 b, atmosfera planet pertama di luar sistem suria.
Hari-hari sebelum: 26 November – 25 November – 24 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
28 November: Hari Kemerdekaan di Albania (1912) dan Mauritania (1960)
- 1660 - Di London, Robert Boyle (gambar), John Wilkins, Christopher Wren dan ahli sains terkemuka lain menubuhkan satu masyarakat terpelajar yang kini dikenali sebagai Royal Society.
- 1905 - Nasionalis Ireland Arthur Griffith membentangkan Polisi Sinn Féinnya, mengisytiharkan bahawa Akta Penyatuan Great Britain dan Ireland 1800 tidak sah.
- 1966 - Penerbangan tanpa manusia pertama kapal angkasa lepas Soyuz dilancarkan.
- 1975 - Timor Leste mengisytiharkan kemerdekaan dari Portugal.
- 1979 - Penerbangan 901 Air New Zealand terhempas ke Gunung Erebus Antartika, menyebabkan kesemua 257 di atas pesawat terbunuh.
Hari-hari sebelum: 27 November – 26 November – 25 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
29 November: Hari Pembebasan di Albania
- 1877 - Thomas Edison menunjukkan peti nyanyi ciptaannya, yang boleh merakam dan memainkan bunyi.
- 1890 - Diet Jepun (gambar) , yang mencontohi Reichstag Jerman, mula bersidang apabila Perlembagaan Meiji mula berkuatkuasa di Jepun.
- 1929 - Richard Byrd, Bernt Balchen dan dua yang lain menamatkan penerbangan pertama di atas Kutub Selatan.
- 1947 - Perhimpunan Agung PBB bersetuju dengan Rancangan Pemecahan Palestin, yang cuba untuk menyelesaikan Konflik Arab-Israel di Mandat British Palestin.
- 1972 - Atari melancarkan Pong, permainan video komersil pertama yang berjaya, di Sunnyvale, California.
Hari-hari sebelum: 28 November – 27 November – 26 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
30 November: Hari Kemerdekaan di Barbados (1966), Hari Santo Andrew di Scotland, Hari Bonifacio di Filipina.
- 1853 - Kapal perang Rusia pimpinan Pavel Nakhimov memusnahkan armada Turki Uthmaniyyah di Pertempuran Sinop, mencetuskan Perang Krimea.
- 1936 - The Crystal Palace (gambar) yang dibina untuk The Great Exhibition di London, England, musnah terbakar.
- 1939 - Perang Musim Sejuk terjadi apabila Tentera Merah Soviet menyerang Finland dan dengan cepat mara ke Garisan Mannerheim.
- 1962 - Diplomat Burma U Thant menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, selepas menjadi pemangku sejak bulan September.
- 1872 - Perlawanan bola sepak antarabangsa pertama berlangsung di Glasgow antara Scotland dan England.
Hari-hari sebelum: 29 November – 28 November – 27 November
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah