Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/7 Oktober
Dari Wikipedia bahasa Melayu
7 Oktober: Hari Perayaan St. Osyth
- 3761 SM: Permulaan zaman Kalendar Ibrani moden.
- 1571: Empayar Turki Uthmaniyyah tewas kepada Barat Kristian untuk kali pertama, apabila armada pimpinan Don John dari Austria mengalahkan tentera laut Turki berhampiran Teluk Corinth dalam Pertempuran Lepanto.
- 1949: Republik Demokratik Jerman diisytiharkan di Berlin Timur.
- 1985: Kapal persiaran Mediterranean Achille Lauro (gambar) dirampas oleh militan Barisan Pembebasan Palestin semasa berlayar dari Iskandariah ke Pelabuhan Said.
- 2001: Perang menentang Keganasan: Serangan Amerika Syarikat ke Afghanistan bermula pada 16:30 UTC dengan kempen pengeboman udara terhadap pasukan Taliban dan Al-Qaida.