Perbualan:Indonesia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Indonesia ialah satu dari tiga (India, Indonesia, Israel) negara dunia yang meletakkan unsur Demokrasi (Democracy) secara tepat dan benar didalam pemerintahannya.
Apakah hal ini benar dan dirujuk dari mana? Meursault2004 12:38, 17 Januari 2006 (UTC)
Tidak tahu. Jika mengikut beza ini ditulis oleh Andi Ramadhan. Mungkin boleh bertanya dia. ...Aurora... 09:29, 18 Januari 2006 (UTC)
Jadual isi kandungan |
[Sunting] penyebaran penduduk tidak merata di Indonesia
[Sunting] Demokrasi di Indonesia
Saya mendapatkan hal ihwal tentang Demokrasi di Indonesia tersebut dari salah satu Surat Kabar Nasional di Indonesia. Saya tidak ingat surat kabar apa, tapi yang jelas disana tercatat hal seperti itu. Berita itu dilansir pada saat berlangsungnya Pemilihan Umum 2004 yang berhasil secara sukses di Indonesia yang memenangkan Presiden SBY dan JK saat ini. Saya kurang yakin apabila Demokrasi itu masih berlaku atau tidak saat ini Andi Ramadhan. 21.55 WIB, 12 May 2006.
Bagi pendapat saya, tuntutan itu adalah amat berbahaya (walaupun terdapat sokongan sumber) dan memang akan menimbulkan banyak perbalahan. Umpamanya, bukan semua sumber mempunyai kebolehpercayaan yang sama, terutamanya surat khabar yang cenderung mensensasionalisasikan berita untuk kepentingan jualan. Tambahan pula, istilah "demokrasi" juga mempunyai beberapa tafsiran. Sila lihat rencana Democracy di Wikipedia bahasa Inggeris. Jika ia mempunyai banyak tafsiran, macam manakah kita dapat menentukan unsur-snsurnya, bahkan meletakkannya "secara tepat dan benar di dalam pemerintahannya"? hehehe.
Oleh itu, saya bersetuju bahawa kenyataan itu dipadamkan demi mengelakkan perbalahan. — PM Poon 15:55, 11 Mei 2006 (UTC)
[Sunting] Sila "memelayukan" penggunaan bahasa di rencana ini
Selepas melihat rencana ini diubah di laman Perubahan Terkini, curiga juga saya untuk melihatnya, tetapi apabila membaca sedikit daripadanya, rasa suspicion saya pun disahkan. Saya mendapati ada pengaruh Bahasa Indonesia dalam penulisan rencana ini, mungkin disebabkan adanya penyumbang dari Indonesia yang menulisnya.
Saya ingin mengingatkan kepada semua terutama penyumbang dari Indonesia yang mereka dipersilakan menyumbang, tetapi ini adalah Wikipedia versi Bahasa Melayu. Kedua-dua bahasa Melayu dan Indonesia mungkin boleh difahami antara satu sama lain, tetapi pada hakikatnya mereka adalah seperate dan mutually exclusive. Sebagai contoh, perkataan "berbeda" dalam cogan kata negara seharusnya berbaca "berbeza". Dan saya tidak tahu apakah maksud perkataan "merakyat". Tiada perkataan ini dalam Bahasa Melayu kalau tidak silap saya. Tambahan pula, ada perkataan "Augustus" sebagai bulan walaupun perkataan yang betul adalah "Ogos"! Selepas membacanya sekali lalu, saya melihat pengaruh bahasa Indonesia disepanjang rencana ini.
Saya berpendapat hubungan inter-wiki antara Wikipedia Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu mendatangkan manafaat bersama tetapi sebarang pertukaran antara keduanya mestilah disusuli pemahaman perbezaan antara kedua-dua bahasa berdaulat ini Alistair 阿力斯特伊儿 07:31, 28 Mei 2006 (UTC)
[Sunting] Pemuatan Tag
Mengenai adanya pengaruh bahasa asing di laman Melayu ini, baik itu Bahasa Indonesia mahupun bahasa asing lainnya, saya akan memuat sebuah Tag yang menyatakan bahawa Artikel masih perlu dikemaskini kedalam Bahasa Melayu didalam penulisan artikel saya. Saya rasa itu lebih baik. Nantinya diharapkan penyelia mahupun anggauta lainnya akan meneruskan kemaskininya kedalam Bahasa Melayu.
- Hai Andi, anda boleh gunakan teg Templat:BM. ...Aurora... 08:53, 6 Jun 2006 (UTC)