New Immissions/Updates:
boundless - educate - edutalab - empatico - es-ebooks - es16 - fr16 - fsfiles - hesperian - solidaria - wikipediaforschools
- wikipediaforschoolses - wikipediaforschoolsfr - wikipediaforschoolspt - worldmap -

See also: Liber Liber - Libro Parlato - Liber Musica  - Manuzio -  Liber Liber ISO Files - Alphabetical Order - Multivolume ZIP Complete Archive - PDF Files - OGG Music Files -

PROJECT GUTENBERG HTML: Volume I - Volume II - Volume III - Volume IV - Volume V - Volume VI - Volume VII - Volume VIII - Volume IX

Ascolta ""Volevo solo fare un audiolibro"" su Spreaker.
CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Indonesia - Wikipedia

Indonesia

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Republik Indonesia
Indonesia
Bendera Indonesia Jata Indonesia
Bendera Jata
Cogan kata: "Bhinneka Tunggal Ika"  (Bahasa Jawa)
"Bersatu dalam kepelbagaian"

Ideologi: Pancasila
Lagu kebangsaan: Indonesia Raya
Lokasi Indonesia
Ibu negara
(dan kota terbesar)
Jakarta
6°08′ S 106°45′ E
Bahasa rasmi Bahasa Indonesia
Kerajaan Republik
 - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono
 - Naib Presiden Jusuf Kalla
Kemerdekaan daripada Belanda 
 - Diisytiharkan 17 Ogos 1945 
 - Diiktiraf 27 Disember 1949 
Keluasan
 - Jumlah 1,904,569 km² (16)
735,355 km persegi 
 - Air (%) 4.85
Penduduk
 - Anggaran 2005 222,781,000 (4)
 - Bancian 2000 206,264,595
 - Kepadatan 117/km² (84)
303/km persegi
KDNK (KKP) Anggaran 2005
 - Jumlah US$977.4 billion (15)
 - Per kapita US$4,458 (110)
IPM  (2004) 0.711 (sederhana) (108)
Mata wang Rupiah (IDR)
Zon waktu pelbagai (UTC+7 to +9)
Internet TLD .id
Kod panggilan +62

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Kalimantan, Papua New Guinea di pulau Papua, dan Timor Timur/Timor Leste di pulau Timor.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Indonesia

Di bawah pengaruh agama Hindu dan Buddha, beberapa kerajaan terbentuk di pulau Sumatera dan Jawa sejak abad ke-7 hingga abad ke-14. Kedatangan pedagang-pedagang Arab dari Gujarat, India kemudian membawa agama Islam yang akhirnya menjadi agama terbesar.

Ketika orang-orang Eropah datang pada awal abad ke-16, mereka telah menemui beberapa negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang ingin menguasai perdagangan rempah. Pada abad ke-17, Belanda muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah, mengalahkan British dan Portugis (kecuali untuk tanah jajahan mereka di Timor Timur). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah jajahan hingga Perang Dunia II, awalnya melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal abad ke-19.

Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah oleh Jerman, manakala Jepun menguasai Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun 1942, pihak Jepun mendapati bahawa para pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang sudi bekerjasama dan bersedia mengerahkan pahlawan bila diperlukan. Sukarno, Mohammad Hatta, KH Mas Mansur, dan Ki Hajar Dewantara kemudiannya diberikan penghargaan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1943.

Pada Mac 1945, pihak Jepun membentuk sebuah jawatankuasa untuk kemerdekaan Indonesia; di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai 'tindakan polis' (Actie Politioneel). Di bawah tekanan antarabangsa yang hebat, terutamanya dari Amerika Syarikat, Belanda akhirnya menerima hak Indonesia untuk merdeka pada 27 Disember 1949. Sukarno menjadi presiden pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai naib presiden.

Pada tahun 1950-an dan 1960-an, Presiden Sukarno mengikuti gerakan berkecuali pada awalnya dan kemudian dengan blok sosialis, misalnya Republik Rakyat China dan Yugoslavia. Tahun 1960-an menyaksikan konfrontasi tentera terhadap Malaysia, negara jirannya, dan ketidakpuasan terhadap kesulitan ekonomi yang semakin membesar.

Jeneral Suharto menjadi presiden pada tahun 1967 dengan alasan untuk mengamankan negara daripada ancaman komunisme terhadap Sukarno yang kini semakin lemah. Setelah Suharto berkuasa, beratus-ratus ribu warganegara Indonesia yang disyaki memihak komunis telah dibunuh. Tempoh pemerintahan Suharto selama 32 tahun dinamakan Order Baru, dibandingkan dengan masa pemerintahan Sukarno yang disebut Order Lama.

Suharto berjaya mendapatkan pelaburan luar negeri yang besar untuk Indonesia, dan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia. Pada awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok ahli ekonomi lulusan Fakulti Ekonomi Universiti California di Berkeley yang digelarkan "Kelompok Berkeley". Namun, Suharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalan rasuah yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya tunjuk perasaan secara besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun 1998.

Dari 1998 hingga 2001, Indonesia mempunyai tiga presiden: Baharuddin Jusuf Habibie, Abdurrahman Wahid dan Megawati Sukarnoputri. Pada tahun 2004 , Susilo Bambang Yudhoyono menjadi presiden Indonesia yang terkini.

Indonesia kini sedang mengalami masalah-masalah ekonomi, politik, dan pertikaian agama dalam negeri, dan beberapa daerah sedang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan, iaitu Aceh dan Papua. Timor Timur mendapatkan kemerdekaan pada tahun 2002 setelah 24 tahun dikuasai Indonesia dan 3 tahun di bawah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Masalah terbaru yang melanda negara ini adalah pada 26 Disember 2004, iaitu malapetaka tsunami yang meragut berpuluh-puluh ribu penduduk di Aceh, Sumatera.

[Sunting] Geografi

Rencana utama: Geografi Indonesia
Indonesia ialah sebuah negara yang mengandungi banyak pulau gunung berapi. Pulau Sangeang Api merupakan satu contoh.
Indonesia ialah sebuah negara yang mengandungi banyak pulau gunung berapi. Pulau Sangeang Api merupakan satu contoh.

Negara Indonesia terletak di antara:

pada pertemuan dua banjaran, iaitu Banjaran Pasifik dan Banjaran Mediterranean.

Indonesia mempunyai 18,018 buah pulau yang tersebar di sekitar khatulistiwa dan oleh itu, beriklim tropika. Hanya sekitar 7,000 buah pulau berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialah Pulau Jawa, Sumatra, Kalimantan, Sulawesi, dan Papua, dengan Pulau Jawa mempunyai setengah daripada jumlah penduduk Indonesia dan merupakan pulau yang terpadat.

Indonesia juga terletak di plat tektonik. Ini bermakna bahawa Indonesia sering mengalami gempa bumi dan tsunami. Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurang 66 buah gunung berapi, termasuk Gunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang paling terkenal di antara Sumatera dan Jawa, tetapi kini sudah hapus.

Flora dan fauna amat berbeza antara Kalimantan, Bali, serta pulau-pulau barat di satu bahagian, dan Sulawesi, Lombok, serta pulau-pulau yang lebih timur di bahagian yang lain. Sempadan ekologi ini digelarkan Garis Wallace, sempena nama penemunya. Garis ini sering digunakan sebagai sempadan antara Asia dan Australasia dan oleh itu, menyebabkan Indonesia merupakan sebuah negara dwibenua.

[Sunting] Daerah pentadbiran dan bandar besar

[Sunting] Daerah pentadbiran

Rencana utama: Daerah di Indonesia

Indonesia ialah negara yang terluas di Asia Tenggara. Untuk memudahkan pentadbiran, negara ini dibahagikan kepada 33 provinsi (termasuk dua Daerah Istimewa (DI), iaitu Nanggroe Aceh Darussalam dan Daerah Istimewa Yogyakarta, serta satu Daerah Khusus Ibu kota (DKI), iaitu Daerah Khusus Ibukota Jakarta. Sebelum era Reformasi, Indonesia hanya memiliki 27 provinsi, dengan Timor Timur merupakan provinsi ke-27 pada Julai 1976. Bagaimanapun, Timor Timur telah pun memisahkan diri melalui pemungutan suara menjadi negara Timor Leste pada 20 Mei 2002.

Indonesia saat ini sedang menjalankan autonomi untuk setiap provinsinya dengan tujuan memberikan peluang pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Selain autonomi, pemerintah Indonesia kini sedang menjalankan prinsip pengagihan kuasa pusat untuk provinsi-provinsinya.

[Sunting] Bandar terbesar

Sepuluh kota terbesar di Indonesia, mengikut susunan, adalah seperti berikut

  1. Jakarta: ibu negara Indonesia, pusat pemerintahan, serta pusat perdagangan
  2. Surabaya: ibu kota Jawa Timur, serta kota pelabuhan kedua terbesar
  3. Bandung: ibu kota Jawa Barat, serta pusat pendidikan teknologi Indonesia
  4. Medan: ibu kota Sumatera Utara, serta pusat perdagangan di Sumatera
  5. Yogyakarta: ibu kota Daerah Istimewa Yogyakarta, serta pusat kebudayaan Indonesia
  6. Semarang: ibu kota Jawa Tengah
  7. Makassar (dahulu Ujung Pandang): ibu kota Sulawesi Selatan, serta kota terbesar di Pulau Sulawesi
  8. Palembang: ibu kota Sumatera Selatan yang merupakan pusat kemaharajaan seolah-olah kerajaan Srivijaya pada satu ketika
  9. Banjarmasin: ibu kota Kalimantan Selatan
  10. Denpasar: ibu kota Bali, serta destinasi pelancongan tempat peranginan pantai di Indonesia.

[Sunting] Demografi

Rencana utama: Demografi Indonesia

Taburan penduduk Indonesia tidak serata. Pulau Jawa yang merupakan pusat pemerintahan ialah pulau yang terpadat, dengan setengah daripada jumlah penduduknya. Kenaikan kadar pertumbuhan penduduk Indonesia cukup tinggi.

Penduduk Indonesia yang mendiami pulau-pulau di sebelah utara sangat sedikit, berbanding dengan negara-negara berjiran yang besar seperti Jepun, China dan India. Dengan demikian, daerah-daerah Indonesia yang agak kosong beserta kekayaan alamnya berpotensi menjadi sasaran untuk dasar-dasar Lebensraum (dasar peluasan kuasa) oleh kuasa-kuasa di sebelah utara tersebut.

[Sunting] Politik

Rencana utama: Politik di Indonesia

Pancasila adalah falsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua kata Sanskrit, "panca" yang bererti 'lima', dan "sila" yang bererti 'dasar'. Pancasila terdiri atas kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kemanusiaan yang adil dan beradab
  • Perpaduan Indonesia
  • Demokrasi yang dibimbing oleh kebijaksanaan yang berasal daripada pertimbangan perwakilan
  • Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia

Indonesia mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh seorang presiden, dan Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut dinamakan Demokrasi Pancasila.

[Sunting] Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Indonesia
Industri Pertamina
Industri Pertamina

Ekonomi Indonesia mengalami kemerosotan pada akhir dekad 1990-an, akibat Krisis Kewangan Asia yang melanda sebahagian besar Asia pada saat itu. Ekonominya kini telah pulih.

Indonesia mempunyai sumber semula jadi yang besar di luar Jawa, termasuk minyak mentah, gas asli, timah, tembaga, dan emas. Negara ini ialah pengeksport gas asli yang kedua terbesar di dunia tetapi akhir-akhir ini, Indonesia telah bermula menjadi pengimport bersih minyak mentah. Hasil pertanian yang utama termasuk beras, teh, kopi, rempah, dan lobak.

Rakan-rakan perdagangan Indonesia yang terbesar ialah Jepun, dan Amerika Syarikat, serta negara-negara berjiran, iaitu Malaysia, Singapura, dan Australia.

Meskipun kaya dengan sumber asli dan manusia, Indonesia masih menghadapi masalah kemiskinan yang sebahagian besar disebabkan rasuah yang menular dalam kerajaannya.

Bank negara Indonesia ialah Bank Indonesia.

[Sunting] Sumber alam

Pokok kelapa sawit
Pokok kelapa sawit

Getah yang pernah dikenali sebagai "enam hitam" di Indonesia merupakan hasil utama pertukaran asing pada masa dahulu, dan kini merupakan pengeluar kedua terbesar selepas Malaysia.

Kelapa sawit: Kawasan perladangan kelapa sawit di Indonesia telah diperluas dengan pesat. Produk utama yang dieksport ialah minyak sawit serta isirong sawit.

Tembakau: Kawasan perkebunan tembakau seluas 198,000 hektar pada tahun 1979, dengan 92% daripadanya ditanam oleh pekebun kecil ketika itu.

Logam: Emas dan perak dihasilkan oleh PT Aneka Tambang di daerah Banten Selatan, dan tembaga di Papua.

Asfalt: Perlombongan asfalt dilaksanakan di Sulawesi Tenggara. Terdapat 19 buah lombong, termasuk besar dan kecil, yang ditaksirkan berjumlah 28.5 juta tan.

[Sunting] Seni budaya

Rencana utama: Budaya di Indonesia

Indonesia terdiri daripada beratus-ratus suku kaum, dengan agama dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk Batak, Karo, Minangkabau, dan Melayu. Islam merupakan agama yang utama di Indonesia. Agama-agama yang lain termasuk Kristian, Hindu, dan Buddhisme, bahkan kini kepercayaan Konfusianisme juga diakui.

Candi Borobudur di Magelang, Jawa Tengah
Candi Borobudur di Magelang, Jawa Tengah
Para pemain muzik Melayu di Indonesia
Para pemain muzik Melayu di Indonesia

Dari segi pakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah batik. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk Yogyakarta, Solo, dan Pekalongan. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:

Seni pantun, gurindam, dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara seperti majlis kenduri perkahwinan, dan panggung seni. Silat adalah seni bela diri yang kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukkan dan biasanya diiringi oleh muzik tradisional gamelan dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.

Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa budaya. Terdapat sebuah candi Hindu dari abad ke-10 di Jawa. Tarian Jawa dan Bali yang terkenal, misalnya, mengandungi aspek-aspek kebudayaan dan mitologi Hindu. Banyak juga seni tarian yang mengandungi nilai-nilai Islam, antaranya Tarian Saman Meusukat di daerah Sumatera dan Tarian Seudati di Nanggroe Aceh Darussalam. Selain itu, yang paling terkenal di dunia ialah wayang kulit yang menampilkan kisah-kisah mitologi.

Terdapat banyak jenis muzik Indonesia, baik tradisional mahupun moden. Muzik tradisonal Indonesia termasuklah keroncong Jawa yang dikenali oleh hampir semua rakyat Indonesia, manakala muzik moden Indonesia yang paling berpengaruh ialah dangdut.

Dangdut merupakan gabungan muzik Melayu, India, dan muzik tradisional Indonesia. Muzik ini dipanggil "dangdut" kerana muziknya bergema dengan bunyi 'dang' dan 'dut' serta kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyi gendang dan seruling. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut, antaranya:

  • Dangdut Melayu
  • Dangdut Moden (dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden)
  • Dangdut Pesisir (lagu dangdut tradisional Jawa, Sunda, dll).

Pada tahun 70-an, dangdut lebih dikenali sebagai genre muzik orkestra Melayu, dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad 80-an. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orang Jepun dengan pedangdut-pedangdut seperti Camelia Malik dan Elvi Sukaesih dijemput menyanyi dangdut di Jepun. Muzik dangdut sehingga kini kurang mendapat rasa simpati daripada beberapa kalangan rakyat Indonesia dan sekarang telah dipersoalkan kerana lenggoknya yang tidak pantas boleh memunculkan fikiran lucah. Pemerintah Indonesia kini sedang menangani persoalan ini pada hal muzik dangdut dahulu dibawa dengan nada lembut dan lenggok lemah gemalai yang seronok dan sopan.

Topik Indonesia
Sejarah Republik Indonesia Proklamasi | Order Lama | Order Baru | Reformasi
Geografi Pulau | Gunung | Bandar
Militer Tentera | TNI AD | TNI AU | TNI AL | Sejarah Pertahanan
Politik Parti Politik | Presiden
Ekonomi Pertamina | Mata Wang | Pengangkutan | Penerbangan Nasional
Demografi Budaya | Bahasa | Islam
Lainnya Lapangan Terbang | Muzik | Filem | Pelancongan

[Sunting] Ketenteraan

[Sunting] Islam

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:


 
Daftar Wilayah di Indonesia
Bendera Indonesia
Sumatera Nusa Tenggara
Nanggroe Aceh Darussalam | Sumatera Utara | Sumatera Barat | Bengkulu | Riau | Kepulauan Riau | Jambi | Sumatera Selatan | Lampung | Kepulauan Bangka Belitung Bali | Nusa Tenggara Barat | Nusa Tenggara Timur
Jawa Sulawesi
Jakarta | Jawa Barat | Banten | Jawa Tengah | DI Yogyakarta | Jawa Timur Sulawesi Barat | Sulawesi Utara | Sulawesi Tengah | Sulawesi Selatan | Sulawesi Tenggara | Gorontalo
Kalimantan Kepulauan Maluku dan Papua
Kalimantan Barat | Kalimantan Tengah | Kalimantan Selatan | Kalimantan Timur Maluku | Maluku Utara | Irian Jaya Barat | Papua
Hubungan Luar Negara Indonesia

Afghanistan | Amerika Syarikat | Arab Saudi | Australia | Belanda | Brazil | Brunei | China | Emriah Arab Bersatu | India | Iran | Iraq | Itali | Jepun | Kanada | Kazakhstan | Kemboja | Korea Selatan | Korea Utara | Kuwait | Laos | Libya | Maghribi | Maladewa | Malaysia | Mauritania | Mexico | Mesir | Mozambique | Myanmar | Niger | Nigeria | Oman | Pakistan | Palestin | Portugal | Rusia | Senegal | Sierra Leone | Singapura | Suriname | Switzerland | Taiwan | Thailand | Timor Leste | Togo | Tunisia | Turki | Turkmenista | Uganda | United Kingdom | Uzbekistan | Vietnam | Yaman

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu