Kegunaan adil
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Untuk dasar kegunaan adil Wikipedia, sila lihat Wikipedia: Kegunaan adil.
Undang-undang Harta Intelektual |
---|
Hak cipta |
|
Paten |
|
Rahsia perdagangan |
|
Tanda dagangan |
|
|
Hak Sui generis' |
|
Lain-lain |
|
sunting |
Kegunaan adil ialah sebuah doktrin undang-undang hak cipta Amerika Syarikat yang membenarkan setakat kegunaan bahan-bahan hak cipta tanpa memerlukan kebenaran daripada pemilik hak cipta, umpamanya untuk kesarjanaan atau ulasan. Doktrin ini memperuntukan kesahan untuk membuat petikan tanpa lesen serta penggabungan bahan-bahan hak cipta daripada karya pengarang lain di bawah ujian pengimbangan empat faktor:
- Apakah tujuan dan sifat kegunaan anda, termasuk adakah kegunaan itu bertujuan untuk perdagangan pada dasarnya?
- Apakah sifat karya asli yang ingin anda gunakan?
- Apakah kepentingan bahagian itu dalam karya asli, dan setakat manakah karya asli itu yang ingin anda gunakan?
- Apakah kesan kegunaan ini pada pasaran karya asli atau kebenarannya jika karya anda digunakan secara seluas?
Kegunaan adil berdasarkan hak pertuturan bebas yang diperuntukkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat. Istilah "kegunaan adil" adalah unik bagi Amerika Syarikat; pengolahan adil, sebuah prinsip yang serupa, wujud dalam sesetengah bidang kuasa common law yang lain. Undang-undang hak cipta Filipina, sebuah negara yang pernah merupakan tanah jajahan Amerika Syarikat, mempunyai doktrin kegunaan adil yang didasarkan sebahagian besar, jika bukan keseluruhannya, pada doktrin yang diterimaguna oleh Amerika Syarikat.
Undang-undang tanda dagangan Amerika Syarikat juga mengandungi pembelaan "kegunaan adil". Sedangkan namanya adalah sama, doktrin-doktrin agak berbeza. Bagaimanapun, bidang kuasa undang-undang sivil mempunyai pengehadan dan kekecualian hak cipta yang lain.
[Sunting] Pautan luar
- Laman web Fair Use Network oleh Pusat Brennan NYU untuk Keadilan, dan Projek Dasar Hak Pertuturan Bebas
- Kegunaan Adil untuk Bahan-bahan Hak Cipta – oleh Pejabat Sistem Universiti Texas untuk Nasihat Am
- Kegunaan Adil: Pusat Pengurusan Hak Cipta, dengan Asas-asas Hak cipta, termasuk senarai semakan kegunaan adil.
- Perpustakaan Universiti Stanford: Hak Cipta dan Kegunaan Adil
- Universiti Purdue: Senarai semakan untuk kegunaan adil (PDF)
- "Ketika Penyalinan Tidak Bersalah: Hukum 'Kegunaan Adil'" – daripada Nolo.com: Undang-undang untuk Semua
- Kegunaan Adil Dalam Pendek Kata: Panduan untuk Kekecualian Hak Cipta yang Paling Mustahak – oleh Lloyd J. Jassin daripada CopyLaw.com
- Parodi dan Kegunaan Adil – dengan pautan ke banyak keputusan mahkamah, termasuk parodi Pretty Woman
- IPWatchdog: Lagi beberapa kes mengenai kegunaan adil
- Pengehadan terhadap hak eklsklusif: Kegunaan Adil – oleh Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat
- Panduan Praktis tentang Doktrin Kegunaan Adil (PDF) – daripada Isyarat atau Bunyi 2K5 di Universiti Harvard
- Panduan untuk keadaan-keadaan yang mana kegunaan adil boleh digunakan
- Setakat Manakah Saya Boleh Menggunakan Karya Orang Lain Tanpa Memerlukan Permintaan Kebenaran?: Doktrin Kegunaan Adil, Bahagian I dan Kegunaan Adil: Pentafsiran dan Garis Panduan – Doktrin Kegunaan Adil, Bahagian II – Pusat Penerbitan Undang-undang
- Plagium: Penyemak penciplakan dalam talian
- Wikipedia: Kegunaan adil – garis panduan Wikipedia mengenai kegunaan adil untuk bahan-bahan hak cipta dalam Wikipedia.