Kilogram
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kilogram (simbol: kg) merupakan unit asas SI untuk jisim. Ia ditakrifkan sebagai sama dengan jisim prototaip antarabangsa yang disimpan di Biro Antarabangsa Bagi Berat dan Sukatan (Bureau International des Poids et Mesures) (BIPM) dalam keadaan yang ditetapkan oleh CGPM Pertama pada 1889. Kilogram juga merupakan unit asas SI tunggal yang mempergunakan awalan [1], serta unit SI tunggal yang masih ditakrifkan berdasarkan artifak dan bukannya sifat fizik yang asas.
|
[Sunting] Sejarah
Pada asalnya, kilogram ditakrifkan sebagai jisim seliter air tulen pada suhu 3.98 darjah Celsius dan tekanan atmosfera piawai. Takrif ini amat susah direalisasikan dengan tepat kerana ketumpatan air amat peka kepada tekanan serta kerana unit-unit tekanan merangkumi jisim sebagai faktor dan menyebabkan kesandaran melingkar dalam pentakrifan kilogram.
Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, pada tahun 1889 kilogram ditakrif semula dengan tepat sebagai jisim prototaip antarabangsa yang hampir sama dengan takrif yang asal. Prototaip ini diperbuat daripada pancalogam platinum dan iridium. Tingginya 39 milimeter dengan diameter yang sama panjang. Ia disimpan di BIPM yang terletaknya di Suvres, Paris.
Salinan rasmi untuk kilogram prototaip disediakan sebagai prototaip nasional yang dibandingkan dengan prototaip Paris ("Le Grand Kilo") hampir setiap sepuluh tahun. Kilogram prototaip antarabangsa dibuat pada tahun 1880-an.
Rupa-rupanya prototaip antarabangsa bagi kilogram telah terhilang 50 mikrogram dalam tempoh 100 tahun yang lepas. Sebabnya kehilangan tersebut tidak dapat diketahui (Laporan Der Spiegel, 2003 #26). Kelainan yang terlihat dalam prototaip telah memperhebat pencarian takrif yang baru untuk kilogram.
[Sunting] Gram
Gram merupakan istilah yang mana awalan SI dibubuh. Ia adalah unit asas bagi sistem sukatan cgs yang lebih lama dan yang kini tidak lagi diguna secara meluas.
[Sunting] Perkaitan dengan berat
Apabila berat sesuatu objek diberi dalam kilogram, hampir selalunya sifat yang benar-benar dikehendaki adalah jisim. Kekadangnya, daya graviti pada objek diberikan dalam "kilogram", akan tetapi unit yang diguna bukannya kilogram yang sebenar: sebenarnya, ia adalah kilogram-daya (kgd), juga digelarkan sebagai kilopond (kp).
Sebuah objek dengan jisim 1 kg di permukaan alam akan dikuasai oleh daya graviti sebanyak sekitar 9.80665 newton (unit SI untuk daya). Sila memerhatikan bahawa faktor 980.665 sm/s² (sebagaimana yang ditakrif oleh CGPM pada waktu sistem-sistem cgs merupakan sistem yang utama) hanya merupakan nilai menurut kelaziman yang dipersetujui (CGPM Ketiga (1901), CR 70) dan yang bertujuan untuk mentakrifkan daya gram. Pecutan graviti tempatan g berbeza-beza dengan garisan lintang, ketinggian dan lokasi di alam. Oleh sebab itu, sebelum nilai kebiasaan ini dipersetujui, gram-daya hanya merupakan unit yang tidak tepat. (Sila lihat juga gee, sukatan piawai untuk pecutan graviti.)