Lebuhraya Utara-Selatan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Lebuhraya Utara-Selatan E 1 Jajaran Utara E 2 Jajaran Selatan |
|
Syarikat Konsesi | PLUS Expressway Bhd |
Tempoh Pembinaan | 1988 - 1995 |
Tarikh Beroperasi | Februari 1994 |
Tarikh Perasmian | 8 September 1994 |
Panjang | 847.7 kilometer |
Jumlah Tol | 65 |
Arah | Utara → Selatan |
Lebuhraya Penghubung | |
Laman Web | www.plus.com.my |
E 1 E 2 Lebuhraya Utara-Selatan adalah projek lebuh raya kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi sembilan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer.
Ia terbahagi kepada E 1 jajaran utara, E 1 Jambatan Pulau Pinang, E 1 Lebuhraya Baru Lembah Klang dan E 2 jajaran selatan yang dihubungkan dengan E 6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah. Lebuhraya Utara-Selatan adalah pemangkin kepada nadi pembangunan dan tulang belakang bagi rangkaian pengangkutan di barat Semenanjung Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.
Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS juga memegang konsesi beberapa lebuh raya lain bagi melengkapkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE; E6) adalah lebuh raya pintasan yang dibuka sepenuhnya pada tahun 1999 yang memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari persimpangan Nilai, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Putrajaya, Seafield dan akhirnya ke persimpangan Shah Alam di NKVE. E3 pula ialah Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua) yang merupakan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bermula dari Senai dan berakhir di Tanjung Kupang sebelum merentasi Selat Johor. PLUS juga menguruskan Lebuhraya Seremban - Port Dickson, E29, yang bermula dari persimpangan Mambau dan berakhir di pusat bandar Port Dickson.
E 1 dan E 2 berakhir sementara di Kuala Lumpur dan dihubungkan bersama oleh Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur dan Jalan Duta.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Latar Belakang
Faktor penyumbang kepada pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan adalah kemudahan rangkaian lebuh raya yang baik bagi menghubungkan bandar-bandar utama di barat Semenanjung Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah pusat pelaburan dan pelancongan utama di rantau Asia Tenggara. Dalam hasil kajian yang dijalankan pada tahun 1970an mendapati keseluruhan objektif tersebut boleh dicapai dengan adanya rangkaian lebuh raya yang lebih cepat dan selamat. Pada tahun 1977, Jabatan Kerja Raya telah menerima arahan rasmi untuk melukis pelan lebuh raya dari sempadan Malaysia-Thai (Bukit Kayu Hitam) ke Tambak Johor. Pada tahun 1980, Lembaga Lebuhraya Malaysia telah ditubuhkan untuk memantau proses kerja bagi lebuh raya kebangsaan pertama.
Pada masa itu, semua kerja pembinaan antara 1981 hingga 1988 diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sebelum diserahkan kepada Plus Expressway Berhad pada tahun 1988. Pembangunan rangkaian lebuh raya pertama kebangsaan itu dijalankan secara berperingkat bermula dari tahun 1981 hingga 1995. Lembaga Lebuhraya Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 bagi memantau kerja pembangunan peringkat awal sebelum tugasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada PLUS Expressway Bhd mulai tahun 1988. Lebuhraya Utara-Selatan beroperasi secara berperingkat-peringkat:
- Lebuh raya Kuala Lumpur - Seremban - Peringkat pertama
- Lebuh raya Ipoh - Changkat Jering - sepanjang 60 km menelan belanja RM165 km. Panjang keseluruhan di Perak sahaja 220 km. Jambatan menyeberangi Sungai Perak sepanjang 366 meter. Sebuah terowong sepanjang 622 meter menerusi Banjaran Keledang dan terowong ini dinamakan sebagai Terowong Menora.
- Lebuh raya Ipoh - Bidor - sepanjang 48 km menelan belanja RM135 juta.
Peringkat pertama lebuh raya dibuka kepada pengguna pada Februari 1994. Keseluruhan projek itu siap 15 bulan lebih awal daripada perancangan awal dan ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 8 September 1994.
[Sunting] Spesifikasi
Rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan terdiri daripada E 1 jajaran utara, E 1 Jambatan Pulau Pinang, E 1 Lebuhraya Baru Lembah Klang dan E 2 jajaran selatan. Jajaran utara bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Jalan Duta, Kuala Lumpur. Jajaran selatan bermula dari Sungai Besi, Kuala Lumpur menganjur ke selatan dan berakhir di Johor Bahru. Kedua-dua jajaran tersebut dihubungkan dengan E 1 Lebuhraya Baru Lembah Klang dan E 6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.
- Kos Projek: RM6 bilion
- Pemegang konsesi: Plus Expressway Berhad
- Tarikh Mula Konsesi: Mei 1988
- Tarikh Tamat Konsesi: Mei 2018
- Tempoh Konsesi: 30 tahun
- Panjang: 847.7 kilometer
- Terowong lebuh raya: 1 Plaza tol: 65
Secara umumnya lebuh raya ini selebar 4 lorong, 2 di setiap arah
Ada bahagian yang selebar 6 lorong, iaitu:
- Sungai Besi ke Seremban
- Jalan Duta, Kuala Lumpur dan NKVE ke Rawang
- Juru ke Sungai Dua, Pulau Pinang
- Lebuhraya ELITE
Baru-baru ini, kerajaan telah menerima rancangan untuk melebarkan bahagian dari Tanjung Malim ke Rawang dan Seremban ke Melaka untuk melancarkan lagi aliran trafik.
[Sunting] Ciri-ciri lebuh raya
Pembinaan dan penyelenggaraan Lebuhraya Utara-Selatan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia seperti lebar lebuh Raya, kemudahan pengguna dan ciri-ciri keselamatan.
[Sunting] Operasi
[Sunting] Had laju
Purata had laju di Lebuhraya Utara-Selatan adalah 110 kilometer per jam (km/j) kecuali di beberapa tempat berikut:-
- Kuala Kangsar-Jelapang: 80 kmj kawasan bukit
- Gua Tempurung: 90 kmj kawasan bukit
- Sungai Besi-Bangi: 90 kmj trafik
- Alor Gajah-Ayer Keroh: 90 kmj angin lintang
[Sunting] Sistem tol
Terdapat dua sistem kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan:-
- Sistem terbuka - Pengguna hanya perlu membayar sejumlah bayaran tetap di plaza tol tertentu dalam jarak yang dirangkumi sistem ini.
- Sistem tertutup - Pengguna mengambil tiket semasa memasuki lebuh raya di plaza tol masuk dan membayar sejumlah tol di plaza tol keluar. Kadar tol adalah berdasarkan jarak perjalanan.
[Sunting] Kemudahan di sepanjang lebuh raya
- Kawasan rehat dan rawat lebih kurang setiap 60 km
- Kawasan letak kereta lebih kurang setiap 2 persimpangan bertingkat
- Restoran bertingkat di Ayer Keroh dan Sungai Buloh
- Telefon kecemasan setiap 2 km
- Perkhidmatan PLUS Ronda untuk memberi bantuan ketika dalam keadaan seperti kerosakan enjin di lebuh raya.
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Rujukan
[Sunting] Pautan Luar
Rangkaian Lebuhraya Malaysia | ||
---|---|---|
Antara negeri | E 1 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (termasuk Lebuhraya Baru Lembah Klang dan Jambatan Pulau Pinang) • E 2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan • E 6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah • E 8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak • E 8 Lebuhraya Pantai Timur • E 15 Lebuhraya Butterworth-Kulim • E 21 Lebuhraya Kajang-Seremban • E 28 Lebuhraya Pantai Barat | |
Utara | E 17 Jalan Lingkaran Luar Butterworth • E 19 Lebuhraya Ipoh-Lumut • E -- Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang • E 1 Jambatan Pulau Pinang • E -- Jambatan Kedua Pulau Pinang | |
Lembah Klang | E 5 Lebuhraya Shah Alam • E 7 Lebuhraya Cheras-Kajang • E 9 Lebuhraya Sungai Besi • E 10 Lebuhraya Pantai Baru • E 11 Lebuhraya Damansara-Puchong • E 12 Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur • E 16 Lebuhraya Duta-Ulu Klang • E 18 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang • E 20 Lebuhraya Khusus KL-KLIA • E 23 Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat • E 25 Lebuhraya Assam Jawa-Taman Rimba Templer • E 26 Lebuhraya Selatan Lembah Klang • E 27 Lebuhraya Timur-Barat • E 29 Lebuhraya Seremban-Port Dickson • E 30 Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru • E 35 Lebuhraya Koridor Guthrie • E 38 Terowong SMART | |
Selatan | E 3 Laluan Kedua Malaysia-Singapura • E -- Lebuhraya Senai-Desaru • E -- Lebuhraya Penyuraian Timur JB |