Magical Girl Lyrical Nanoha
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Mahou Shoujo Lyrical Nanoha | |
![]() |
|
魔法少女リリカルなのは (Magical Girl Lyrical Nanoha) | |
Genre | Magical girl, Bishoujo |
Kartun animasi TV | |
---|---|
Diarah oleh | Akiyuki Shinbo |
Studio | Seven Arcs |
Rangkaian | ![]() ![]() |
Siaran pertama | 1 Oktober 2004 – 25 Disember 2004 |
Bilangan episod | 13 |
Magical Girl Lyrical Nanoha (魔法少女リリカルなのは Mahō Shōjo Ririkaru Nanoha?) merupakan siri anime 13 episod yang berasal dari Jepun. Siri ini sedang disiarkan di ntv7. Siri ini merupakan satu spin-off daripada siri permainan dan OVA Triangle Heart.
Siri ini telah disusuli oleh dua sekuel, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha A's yang telah disiarkan di Jepun pada akhir 2005; dan Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS yang bakal disiarkan pada tahun 2007.[1] Terdapat juga siri manga yang berkenaan, memberi gabungan antara cerita serta menambah unsur baru padanya, dan ajanya juga drama CD.
Sungguhpun siri ini mengandungi klise yang terdapat dalam anime jenis "Magical Girl", namun adanya juga kelainan yang ketara:
- Nanoha mendasarkan 'magis'nya pada teknologi berbanding unsur 'magis' tradisi dalam anime jenis sedemikian yang lain.
- Siri ini mempunyai koreografi yang dihasilkan dengan lebih teliti berbanding rancangan "Magical Girl" yang lain, mencerminkan demografik berlainan (penonton lelaki remaja dan dewasa muda, berbanding penonton perempuan muda yang lazim bagi subgenre anime ini)
- Paling penting sekali, kisah siri ini lebih menekankan unusr emosi daripada anime Magical Girl lain, dengan tema-tema seperti pengasingan sosial dan penderaan kanak-kanak.
[Sunting] Kisah
Nanoha Takamachi merupakan pelajar perempuan sekolah rendah tahun tiga, yang tinggal bersama ibu bapa yang mengurus kedai kopi, serta abang dan kakaknya yang masing-masing belajar di universiti dan sekolah menengah tinggi. Kehidupan biasa Nanoha berubah pada suatu hari apabila sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah, dia terdengar satu suara yang memanggilnya lalu mendapati bahawa dia menyelamatkan seekor cerpelai (yang sebenarnya seorang budak lelaki yang berubah wajah bernama Yūno, seorang pakar arkeologi dari dunia yang lain). Nanoha memperoleh kristal ajaib bernama "Raising Heart" (atau "Raging Heart"), makalah dia memperoleh kuasa ajaib.
Setelah pertemuan itu, Nanoha dan Yūno perlu mengumpul semula 21 butir "Jewel Seeds" (ジュエルシード Jueru Shīdo?), kristal berkuasa yang hilang dari dunia Yūno yang boleh menunaikan hajat serta amat berbahaya jika disalah guna. Bagaimanapun, bukan sahaja Nanoha dan Yūno yang memburu Jewel Seeds, malah ada seorang gadis asing bernama Fate Testarossa yang wajahnya bermata sedih turut mencarinya.