Ntv7
Dari Wikipedia bahasa Melayu
ntv7 merupakan salah sebuah televisyen swasta di Malaysia yang menawarkan rancangan dalam Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
Ntv7 juga dikenali sebagai "Natseven TV Sdn Bhd" dilancarkan seluruh Malaysia pada 7 April 1998. Antara rancangan yang berkualiti dari ntv7 ialah 'My News Network'. Pada 28 Oktober 2005, ntv7 dibeli oleh Media Prima pada harga pertimbangan RM90 juta.
Moto ntv7 ialah 'Saluran Ceria Anda' atau 'Your Feel Good Channel'.
Dalam Berita Harian (31 Mac 2006), dilaporkan berdasarkan statistik AGB Nielsen, ntv7 menjadi saluran pilihan utama di kalangan penonton berbangsa Cina dengan jumlah penonton 145,000 pada waktu perdana. Ntv7 menguasai kira-kira 36 peratus penonton masyarakat Cina berusia 25 tahun ke atas.
ntv7 menyiarkan pelbagai jenis rancangan contohnya drama, komedi(sitkom),rancangan berbentuk hiburan, game show,program kanak-kanak dan lain-lain. Siaran berita juga disediakan dalam tiga bahasa iaitu dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Mandarin.
Selepas beroperasi pada tahun 1998, ntv7 mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap penonton di Malaysia. Penyiaran disiarkan melalui 10 pemancar yang terletak di seluruh Malaysia dan siaran biasanya bermula pada pukul 8.00 pagi hingga selepas larut malam.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Rancangan
- Edisi 7
- 7 Edition
- Mandarin 7
- Mid Day Edition
- The Breakfast Show
- Edisi Siasat
- Siasat Mandarin
- Wakenabeb
- Spanar Jaya
- Audition
- Thursday Nite Live
- Rock Unite
- Sketches
- Seekers
- Hong Drama
- Stars Of India
[Sunting] Alamat
Natseven TV Sdn Bhd
No.7, Jalan Jurubina U1/18
Hicom-Glenmarie Industrial Park
40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603 5569 1777
Fax : 603 5569 2515
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |
Saluran televisyen percuma di Malaysia |
RTM1 | RTM2 | TV3 | 8TV | ntv7 | TV9 |