Masjid Umar
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sebahagian siri dalam Islam Sejarah Islam |
|
Ajaran dan Kepercayaan | |
Kepercayaan kepada Tuhan Malaikat · Nabi dan Rasul Kitab · Hari Akhirat · Qadar Dua Kalimah Shahadah Solat · Puasa Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah |
|
Tokoh-Tokoh Utama | |
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar Al-Khatab · Saidina Uthman Affan · Saidina Ali Abi Talib |
|
Kitab & Undang-Undang | |
al-Qur'an · Hadith · Surah Mazhab · Syariah |
|
Golongan Islam | |
Sunah · Syiah · Sufi | |
Kota Suci Islam | |
Aspek-Aspek Sosial | |
Kota Islam · Seni Bina Sains · Tamadun Islam Kesenian · Kalendar Hijrah Pemimpin Agama · Khalifah Politik Islam · Jihad |
|
Lihat Juga | |
Rencana mengenai Islam |
Masjid Umar yang terletaknya di Baitulmuqaddis adalah masjid yang dibina oleh umat Islam di kawasan atau tempat Saidina Umar Al-Khatab bersembahyang selepas menolak pelawaan paderi besar Baitulmaqdis untuk bersolat di Church of the Holy Sepulchre. Masjid ini kini terletak bersebelahan dengan gereja besar orang Kristian itu. Ada juga yang menganggap bahawa Qubbah As-Sakhrah sebagai Masjid Umar.
[Sunting] Sejarah
Pada tahun 638 masihi, selepas beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., tentera Islam mengepung Baitulmuqaddis. Ketua Gereja Baitulmuqaddis, Sophronius, menyerahkan kota itu selepas kepungan yang singkat. Cuma terdapat satu syarat iaitu perbincangan mengenai penyerahan itu mestilah menerusi Khalifah Saidina Umar Al Khatab sendiri, khalifah kedua Islam.
Saidina Umar memasuki Baitulmuqaddis dengan berjalan. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentera Islam. Sesiapa yang ingin meninggalkan Baitulmuqaddis dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Sesiapa yang ingin terus tinggal dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadat mereka. Semua ini terkandung dalam Perjanjian Umariyya.
Mengikut cerita, Saidina Umar kemudiannya menemani Sophronious ke gereja Church of the Holy Sepulchre yang mana Saidina Umar ditawarkan bersolat di dalamnya. Saidina umar menolak takut akan timbulnya syak wasangka yang dapat menjejaskan penggunaan gereja itu sebagai tempat beribadat penganut Kristian. Saidina Umar sebaliknya menunaikan solat di sebelah selatan gereja tersebut yang kini merupakan tapak Masjid Umar di Baitulmuqaddis.
Saidina Umar kemudiannya pergi ke Al Haram Al Sharif.
[Sunting] Kekeliruan
Ramai yang menganggap apabila Saidina Umar menolak untuk bersembahyang di dalam Gereja Church of the Holy Sepulchre beliau bersolat di Al Haram Al Sharif yakni di tempat yang kemudiannya dibina Qubbah As-Sakhrah atau Masjid Al-Aqsa. Tetapi lebih ramai menganggap bahawa tempat yang Saidina Umar bersolat itu ialah Qubbah As-Sakhrah termasuklah orang bukan Islam. Tanggapan mereka adalah salah! Saidina Umar tidak bersolat di Al Haram Al Sharif selepas menolak tawaran bersolat di dalam Gereja Church of the Holy Sepulchre sebaliknya beliau bersolat tidak jauh daripada gereja itu. Masjid Umar dan Qubbah As-Sakhrah ialah dua bangunan yang berbeza.
[Sunting] Galeri
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
- (Inggeris) http://www.noblesanctuary.com/mosqumar.html