Islam
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sebahagian siri dalam Islam Sejarah Islam |
|
Ajaran dan Kepercayaan | |
Kepercayaan kepada Tuhan Malaikat · Nabi dan Rasul Kitab · Hari Akhirat · Qadar Dua Kalimah Shahadah Solat · Puasa Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah |
|
Tokoh-Tokoh Utama | |
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar Al-Khatab · Saidina Uthman Affan · Saidina Ali Abi Talib |
|
Kitab & Undang-Undang | |
al-Qur'an · Hadith · Surah Mazhab · Syariah |
|
Golongan Islam | |
Sunah · Syiah · Sufi | |
Kota Suci Islam | |
Aspek-Aspek Sosial | |
Kota Islam · Seni Bina Sains · Tamadun Islam Kesenian · Kalendar Hijrah Pemimpin Agama · Khalifah Politik Islam · Jihad |
|
Lihat Juga | |
Rencana mengenai Islam |
Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.
Nama Agama Kristian dan Yahudi adalah merujuk kepada kaum atau rasul pada masa tersebut. Sedangkan Agama (syariat asal) Kristian dan Yahudi adalah Islam. Pada masa ini terdapat lebih 1.8 bilion Muslim di dunia. Kesemua mereka percaya bahawa Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasul-rasulnya, termasuk Nabi Adam A.S., Nabi Nuh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.. Pengikut syariat-syariat asal Kristian dan Yahudi adalah digelar ahli kitab. Mereka yang beriman dan beramal dengan ajaran agama Islam digelar Muslim.
Umat Islam percaya bahawa Semua makhluk yang berada di alam ciptaan Allah ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, angin, air, bumi, bulan, matahari,bintang dan segalanya adalah patuh dan tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt. Semua makhluk tersebut dan termasuklah para Malaikat dan sebahagian manusia dan Jin yang patuh adalah Islam kecuali Iblis dan sebahagian dari Jin yang engkar kepada perintah Allah swt.
Umat Islam percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Dalam Islam terdapat 2 kumpulan fahaman utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbedaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin.
Dalam Islam, ada tiga konsep yang penting iaitu Iman, 'amal dan Ihsan. Secara ringkasnya Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Rukun Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.
|
[Sunting] Kepercayaan


Kepercayaan utama seseorang Muslim boleh dilihat dengan jelas daripada ucapan dua kalimah syahadah yang bermaksud;
Seseorang yang ingin memeluk Islam hanya perlu menyebut kalimah syahadah untuk bergelar Muslim. Namun dari segi undang-undang, kebanyakan negara seperti Malaysia dan Brunei mewajibkan mualaf (nama yang diberikan kepada orang yang baru menukarkan agamanya kepada Islam) untuk mendaftarkan pertukaran agamanya ke pejabat pendaftaran, atau pejabat agama Islam. Ini bertujuan bagi memudahkan pengurusan jenazah setelah kematian akibat kemungkinannya timbul perbalahan akibat jenazah mungkin dituntut oleh keluarga yang ingin menyempurnakan jenazah menurut agama asal.
[Sunting] Pengertian Islam
Pengertian Islam dari segi bahasa
Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab (أَسْلَمَ يُسِلِمُ إِسْلاَمًا : aslama, yuslimu, islaman)
Aslama bermaksud serah diri dan tunduk taat[1], [2], [3], [4], [5], [6].
Pengertian Islam dari segi istilah (terminologi)
Islam adalah cara hidup.Cara bagaimana manusia perlu mengatur hidup mereka di atas dunia.Ia adalah ugama wahyu yang diperturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril as.
[Sunting] Rukun Islam
Para ulamak menetapkan setiap umat Islam mestilah mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-
- Mengucap kalimah syahadah dan menerima bahawa Allah itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w. itu rasul Allah.
- Menunaikan solat lima kali sehari.
- Berpuasa pada bulan Ramadhan.
- Mengeluarkan zakat.
- Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.
[Sunting] Amalan seseorang Islam
- Mengucap Bismillah, pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
- Mengucap Alhamdulillah, pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
- Mengucap Astagfirullah, jika lidah terselit perkataan yang tidak patut diungkapkan.
- Mengucap Insya Allah, jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
- Mengucap La haula wala kuwwata illa billah ,jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
- Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, jika menghadapi dan menerima musibah.
- Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah, sepanjang siang & malam sehingga tak terpisah dari lidahnya,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan.
[Sunting] Islam hari ini
- Islam di Asia
- Islam di Asia Tenggara
- Islam di Afrika
- Islam di Timur Tengah
- Islam di Amerika Utara
- Islam di Amerika Latin dan Caribbean
- Islam di Eropah
- Islam di Pasifik
[Sunting] Khalifah Islam
Terdapat sebahagian kelompok yang memperjuangkan fahaman Khalifah Islam. Rencana utama: Khilafah Islam
Secara ringkas, mengikut fahaman ini, Daulah Khilafah boleh didefinisikan sebagai kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.
Dari definisi ini, Daulah Khilafah mendakwa bahawa terdapat nas-nas syara’ (nushush syar’iyah) memang menunjukkan kewajipan umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara. Sebaliknya haram bagi mereka hidup dalam lebih dari satu negara.
Bagaimanapun, timbul persoalan kepada siapakah yang akan menjadi pemimpin dan apakah corak pemilihan (melalui warisan, melalui undian, atau secara kuku besi).
Selain itu struktur pemilihan ini menyerupai Kristian Khatolik yang mempunyai Paus sebagai pemimpin agung.
[Sunting] Rencam
Agama Islam menetapkan bahawa mereka yang belum baligh berada di bawah tanggungjawab ibu-bapa. Setelah baligh, mereka bertanggung jawab ke atas semua perbuatan mereka. Oleh itu mereka yang telah baligh perlu belajar dengan sendiri apa yang tidak diajari oleh ibu-bapa mereka, dan tidak boleh menyatakan Saya jahil. kerana sekiranya benar jahil, wajib keatasnya mempelajari hukum-hakam Islam.
Hukum asas dalam Islam tidak berubah dengan zaman. Oleh itu sebarang konsep yang menyatakan sebaliknya seperti; membuka aurat boleh sebab Islam sudah moden adalah salah, kerana seolah-olah menyatakan telah turun nabi baru yang memberikan hukum yang baru. Sesetengah pendapat menyatakan orang tersebut keluar dari Islam kerana secara sendiri membatalkan hukuman Allah, seolah-olah mengaku dirinya setaraf.
[Sunting] Lihat juga
- Al Quran
- Asmaaulhusna
- Hukum dalam Islam
- Iman
- Ihsan
- Mazhab
- Sains dan Islam
- Sejarah Islam
- Sejarah Kemasukkan Islam
- Tamadun Islam
- Tokoh Tokoh Islam
- Khilafah Islam
- Ilmuwan Islam
- Pemikir Islam
- Ahli Falsafah Islam
- Saintis Islam
- Tamadun Islam
- Pahlawan Islam
- Negara-negara Islam
- Tokoh kontemporari Islam
- Bank Islam
- Universiti Islam
- Konflik negara-negara Islam
[Sunting] Pautan luar
- Dakwatuna.com, Menuju Cahaya Islam
- http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=arb&nSora=2&nAya=112&t=mal