Melanau
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Melanau | |
---|---|
Jumlah penduduk | 35,000 |
Daerah dengan penduduk yang besar | Mukah, Sarawak |
Bahasa | Melanau |
Agama | Islam & Kristian |
Sesama dengan suku kaum Iban, Orang Melanau tinggal di dalam rumah panjang. Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu. Masyarakat Melanau yang bukan beragama Islam mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok.
Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di pendalaman. Selain ini, perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok sagu tumbuh di kawasan yang berpaya. Pokok Sagu hanya boleh ditebang selepas sepuluh tahun. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu. Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia.
[Sunting] Budaya
Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan April setiap tahun. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walaubagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.
[Sunting] Contoh perkataan Melanau
- Makan = Keman
- Minum = Tutang
- Air = Nya'am, Anum
- Siapa = Sai
- Awak = Ka'au, Nou
- Nama = Ngadan
- Rumah = Lebok, Kubo
- Apa = Inou
- Khabar = Dengah