Mingguan Wasilah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Mingguan Wasilah merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Ia diterbitkan secara mingguan untuk pasaran di negeri-negeri Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun akhbar ini hanya tertumpu kepada kejadian/berita mengenai negeri Kelantan sahaja.
Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Membentuk bangsa berakhlak". Akhbar ini berharga RM1.00 (Satu Ringgit Malaysia). Ia menyajikan berita-berita semasa Kelantan. Ia juga memaparkan berita sukan, niaga, maklumat pelancongan, agama, wanita, sastera, rencana, hiburan, kesihatan, wawancara, tokoh ulamak-ulamak Kelantan dan juga berita luar negara.
Ia diterbitkan oleh Meli Mediaplus yang berpengkalan di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Bagi pasaran Lembah Klang (Selangor dan Kuala Lumpur), akhbar ini dicetak oleh Angkatan Edaran Sdn Bhd yang berpusat di Seksyen 16 Shah Alam, Selangor.
![]() |
|
---|---|
Nasional | Berita Harian • Berita Minggu • Harian Metro • Metro Ahad • Utusan Malaysia • Mingguan Malaysia |
Semenanjung / Malaysia Barat | Harakah • Kosmo • Matahari • Melaka Hari Ini • Mingguan Wasilah • Sinar Harian • Kosmo Ahad• The Star • The New Straits Times• Sin Chew Daily • The Sun, Malaysia |
Malaysia Timur | Berita Petang Sarawak • Utusan Sarawak |