TV9
Dari Wikipedia bahasa Melayu
TV9 ialah sebuah stesen televisyen swasta di Malaysia yang memberi fokus kepada penonton Melayu, remaja dan kanak-kanak daripada semua golongan. Rancangannya terdiri daripada unsur-unsur maklumat, hiburan dan pendidikan. Saluran TV percuma ini dimiliki sepenuhnya oleh Media Prima Berhad.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
TV9 yang bermula sebagai Channel 9 beroperasi pada September 2003. Ia memfokuskan program berbahasa Cina, Inggeris dan Indonesia dan juga program tempatan. Slot untuk program berbahasa Cina disiarkan dari jam 3:30 petang hingga 8:00 malam.
Program Melayu pula mengambil alih siaran dari 8:00 malam hingga 9:30 malam. Ini diikuti dengan program berbahasa Inggeris yang bersiaran dari 9:30 malam hingga 12:00 tengah malam. Kemudian, pada Mei 2004, Anaza Sdn Bhd, pemilik THR.fm, mengawal hak milik majoriti daripada Medanmas Sdn Bhd. Rentetan daripada itu, Channel 9 melancarkan cogan katanya, "Malaysia...lah!", pada Jun 2004.
Pada masa itu, slot "Hindi Power" untuk program Hindi dan "Raaga" untuk program Tamil diperkenalkan. Ia disiarkan setiap hari dari jam 4:00 petang hingga 6:00 untuk program Hindi, manakala program Tamil ke udara dari jam 6:00 petang hingga 8:00 malam. "Gegar", slot untuk program Melayu pula disiarkan pada waktu perdana setiap hari, iaitu selepas siaran berita pada jam 8:00 malam.
Program bahasa cina pula disiarkan pada jam 10:00 malam sehinnga 12:30 malam setiap Isnin hingga Khamis dibawah slot "Zhong Hua Shi Jie". Program berbahasa Inggeris hanya disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad menerusi slot "Treats" dari jam 1:00 petang hingga 4:00 petang.
Pada Januari 2005, Channel 9 mengumumkan pemberhentian operasinya pada 1 Februari 2005 untuk tujuan penyusunan semula kredit dan korporat. Setelah dibeli oleh Media Prima, syarikat media terbesar di Malaysia, Channel 9 dinamakan TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru.
Mulai 28 Disember 2006, pelanggan Astro boleh mmenonton TV9 menerusi saluran 22.
[Sunting] Program TV9
TV9 memulakan siaran percubaannya pada 1 April 2006 dan operasi sepenuhnya bermula pada 22 April 2006 meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Cogan katanya yang baru ialah "Dekat Di Hati". Kali ini, TV9 memfokuskan programnya kepada penonton berbahasa Melayu tradisional. Walaupun rancangannya menumpukan kepada kaum Melayu, bangsa-bangsa yang lain tidak diketepikan. Siaran TV9 juga menyiarkan program Cina, Korea, Jepun, dan juga India setiap minggu.
Program bahasa Inggeris seperti Crocodile Hunter, Mutant X, Band Of Brothers, dan Guiness World Records juga disiarkan. Kanak-kanak akan dihiburkan dari pukul 3:00 petang hingga 6:00 petang setiap hari dengan kartun Nickelodeon yang dialih suara dalam bahasa Melayu.Kartun-kartun tersebut adalah seperti Spongebob Squarepants, Hey Arnold, Chalkzone, Catdog, Blues's Clues, dan banyak lagi.
Selain itu anime dari Jepun juga ditayanglan seperti Beyblade, Dragonball dan Mirmo Zibang.
Mulai 1 Januari 2007, TV9 menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu "Berita TV9". Semenjak TV9 memulakan siarannya pada April 22, 2006, ia menyiarkan "Edisi 7", dengan ehsan ntv7. Pembaca berita TV9 adalah Zuhairah Mustafa Al-Husin, Abu Talib Husin, Syed Mohammad Khair Syed Hussein, Nurazura Abu Samah, Syafinaz Yunus, Amin Hayat Abdul Rahim dan Nona Julia Hashim.Mereka dipilih daripada 5000 orang yang diujibakat.Berita TV9 dibawakan secara langsung dari Studio C di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor.
TV9 juga menonjolkan perkhidmatan TV Interaktif yang bermain video muzik dan pada waktu yang sama, penonton-penonton boleh bersembang melalui SMS dari pukul 12:00 tengah hari hingga 2:30 petang dan juga dari 12:00 tengah malam hingga 1:00 pagi.
Penyiaran harian bermula dari 12:00 tengah hari sehingga 1:00 pagi, sedangkan penyiaran rasmi bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 12:00 tengah malam.
Bermula Januari tahun ini sehingga Mac, program TV Pendidikan akan disiarkan di TV9. Siaran TV Pendidikan akan bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dari Isnin hingga Khamis.
[Sunting] Rancangan
- 3 Hari 2 Malam
- Akademi Al-Quran
- Galaksi (TV9)
- Halaqah
- Hujah
- Latido
- Pukul 3 Malam
- Sahabat
- Usik-usik Chef Wan
- Cari Menantu
- Anak Siapa Ni Eh?
- Adik Di 9
- Layar Asia
- Mamee Slrrpp Menjana Impian
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
- Laman web rasmi
- TV9 To Commence Broadcast In April 2006. Siaran akhbar Media Prima.
Saluran televisyen percuma di Malaysia |
RTM1 | RTM2 | TV3 | 8TV | ntv7 | TV9 |