Orbit rendah bumi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Orbit Rendah Bumi atau dalam bahasa Inggeris Low Earth Orbit (LEO) adalah orbit yang mana objek seperti satelit berada di bawah orbit antara bulatan "intermediate circular orbit" (ICO) dan jauh lebih rendah berbanding orbit geopegun, tetapi biasanya sekitar 350 - 1400 kilometer di atas permukaan bumi. Orbit yang lebih rendah daripada aras ini menjadi tidak stabil, dan orbitnya akan reput dengan cepatnya disebabkan geseran dengan ruang udara. Satelit dalam LEO bergerak pada ca. 27,400 kilometer/jam (8 kilometer/sesaat), ini bersamaan dengan satu putaran dalam ca. 90 minit.
Orbit rendah bumi merupakan batu loncatan kepada pengembaraan melampaui orbit dan juga amat berguna untuk satelit komunikasi disebabkan kedudukannya berhampiran permukaan bumi. Ia memerlukan sedikit tenaga untuk meletakkan satelit pada LEO dan satelit juga hanya memerlukan pemancar berkuasa rendah untuk penghantaran data, kelemahannya adalah jaringan satelit yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan berterusan. Satelit Pengesan penderiaan jauh juga sering berada di LEO disebabkan butiran yang lebih jelas boleh di dapati.
Selain itu, peluru berpandu balistik sering juga mencecah orbit rendah bumi dalam usaha meningkatkan lagi jarak tembakan mereka terhadap musuh.
Kesemua misi angkasa modern (post-Apollo) membawa manusia, termasuk semua stesen angkasa, telah dijalankan di LEO.
Persekitaran LEO sekarang menjadi sesak, dengan sampah angkasa. Kawalan Angkasa Amerika Syarikat "United States Space Command" mengesan hampir 8,000 objek yang lebih besar dari 10 sentimeter di LEO.
Walaupun graviti pada ketinggian tersebut kurang berbanding dengan di permukaan bumi, orang dan objek dalam orbit tiada berat (weightless).
[Sunting] Lihat juga
telepon satelit