Peluru berpandu balistik
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Peluru berpandu balistik adalah peluru berpandu, biasanya tanpa sayap ataupun ridip, dengan arah yang tetap, yang tidak dapat ditukar selepas peluru berpandu balistik kehabisan bahan bakar dan arahnya akan ditentukan oleh hukum balistik. Untuk menjangkau jarak jauh, peluru berpandu balistik perlu dilancarkan jauh ke udara dan sering kali mencecah altitud orbit rendah bumi. Peluru berpandu balistik biasanya direka untuk membawa nuklear kerana keupayaan mereka terlalu terhad untuk membawa bahan letupan biasa yang berkesan, dan suhu melampau ketika kemasukan semula ke atmospera bumi akan merosakkan beban kimia atau biologi.
Kebanyakan peluru berpandu balistik moden mempunyai beberapa tahap roket dan arah mereka mampu ditukar sedikit dari satu tahap ke tahap yang lain. Ini adalah untuk mengelak kepala peletup dipintas oleh peluru pemandu pemintas.
Peluru berpandu balistik berbeza dari jarak dan kegunaannya, dan sering dibahagikan bergantung kepada jarak. peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) adalah peluru berpandu balistik jarak jauh (lebih daripada 5500 km). Peluru berpandu balistik jarak dekat dan sederhana sering juga dikenali sebagai peluru berpandu balistik pertempuran (TBM).
Peluru berpandu balistik khusus termasuk:
- Peluru berpandu Blue Steel
- Peluru berpandu Blue Streak
- Peluru berpandu Minuteman
- Peluru berpandu SS-24
- Peluru berpandu SS-18
- Peluru berpandu Peacekeeper
- Peluru berpandu Polaris
- Peluru berpandu Poseidon
- Peluru berpandu CSS-2
- Peluru berpandu Condor
- Peluru berpandu Jericho
- Peluru berpandu Nodong-1
- Peluru berpandu Scud
- Peluru berpandu Shahab-3
- Peluru berpandu Shahab-4
- Peluru berpandu Shahab-5
- Peluru berpandu Skybolt ALBM
- Peluru berpandu Trident
- V2
Peluru beroandu ini sering dilancarkan dari tapak tetap, pelancar mudah alih, dan kapal selam. Peluru berpandu balistik khusus kapal selam termasuk:
- Kapal selam kelas Benjamin Franklin
- Kapal selam kelas Ohio
- Kapal selam kelas Resolution
- tambahan kelas kapal selam berpeluru berpandu balistik
[Sunting] Lihat juga
- Anti-peluru berpandu balistik
- Perjanjian Anti-peluru berpandu balistik
- Perlucutan senjata nuklear
- Peperangan nuklear
- Kapal selam
- Peluru berpandu balistik dilancar kapal selam.