P.B Negeri Sembilan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pasukan bolasepak Negeri Sembilan merupakan salah sebuah pasukan bolasepak di Malaysia. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS). Ketika ini pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Super, iaitu liga tahap teratas Liga Malaysia
Sejarah bolasapak Negeri Sembilan dikenalpasti bermula pada tahun 1923, ia berdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bolasepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemuramah, seingat beliau perlawanan Piala Malaya (nama baru Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan menentang Singapura pada tahun tersebut.
· Presiden PBNS – Dato’ Wan Salaidin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjadi presiden PBNS semasa Dato’ Mansor Othman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat PBNS semasa itu ialah En. Ramalingam. Pejabat PBNS pada masa itu adalah di pejabat En. Ramalingam di Paul Street.
· Dato Rais Yatim menjadi Menteri Besar menggantikan Dato Mansor Othman. Seterusnya perlembagaan PBNS di tukar dengan membenarkan hanya MB menjadi presiden PBNS sehingga sekarang. Sebelum ini jawatan Presiden dipilih melalui mesyuarat agung PBNS. Pejabat PBNS pada masa itu terletak di tingkat atas Bangunan Poliklinik Rakyat, Bandar Seremban.
· 1982 – Dato Mohd Isa Samad, Menteri Besar ketika itu telah memegang jawatan presiden PBNS selama 22 tahun. Setiausaha kehormat ialah Dato Abdullah Sani Abd Hamid yang menggantikan Kapt. Hadi. Bangunan PBNS telah dibina setinggi tiga tingkat di Medan Rahang, Seremban di atas tanah PBNS pada tahun 1992.
· 2004 – Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Samad memegang jawatan presiden PBNS. Dalam mesyuarat agung PBNS, En. Abd. Halim Abd. Latif dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat menggantikan Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid yang dinaikkan pangkat memegang jawatan Timbalan Presiden PBNS.
[Sunting] Jurulatih - jurulatih Negeri Sembilan
1981 - 1982 Tony Chia
1983 – 1984 Zainudin Husin
1985 - 1986 Tony Chia
1987 - 1988 Santos (Jurulatih dari Brazil)
1989 - 1990 Zainudin Husin
1991 - 1993 Josef Herel
1994 - 1998 M.Karathu
1999 - 2000 Irfan Bakti
2001 - 2002 Haji Zaki Syeikh Ahmad (Ibrahim ambil alih)
2003 - 2006 K.Devan