Pakis Tanduk Rusa
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pakis Tanduk Rusa | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
|||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Pakis Tanduk Rusa merupakan sejenis paku pakis yang menumpang di dahan pokok basar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk.
Pakis Tanduk Rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran "adus, pulasari" serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak.