Pengelasan saintifik
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pengelasan saintifik atau pengelasan biologi merujuk kepada bagaimana organisma yang masih hidup atau yang telah pupus disusun mengikut kelompok dan kategori tertentu. Pengelasan moden berasaskan kepada sistem yang diasaskan oleh Carolus Linnaeus, yang mengelompokkan spesies menurut ciri-ciri fisikal yang sama. Pengelompokan ini telah disemak kembali untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama (common descent) yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular, yang menggunakan urutan DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian semula taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular cuma merupakan pelengkap atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia digunakan dalam pengelasan saintifik. Pengelasan saintifik dikenal juga sebagai taksonomi sains.
[Sunting] Sistem awal
Pengelasan terawal haiwan hidup adalah yang dikemukakan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani yang mengelaskan semua organisma ketika itu sebagai tumbuhan atau haiwan. Dia kemudian membahagikan haiwan berdasarkan kepada cara mereka bergerak (udara, darat atau air).
Pada 1172 Ibn Rushd, yang merupakan seorang seorang kadi di Seville, telah menterjemah dan meringkaskan buku Aristotle de Anima ke dalam bahasa Arab. Malangnya, buku asal beliau telah hilang, namun terjemahan dalam bahasa Latin oleh Michael Scot masih ada.
Seterusnya, seorang professor Sweden, Conrad von Gesner (1516–1565) telah mengumpulkan senarai benda hidup yang diketahui pada masa itu.
Penjelajahan Dunia Baru kemudiannya menemuan banyak jenis haiwan baru. Pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17, kajian cermat terhadap binatang telah dilakukan, pertama ke atas yang biasa, dan kemudian dilanjutkan sehingga ia cukup untuk bertindak sebagai asas anatomi untuk pengelasan. Kemajuan pengetahuan ini terletak pada kajian ahli anatomi perubatan, antaranya Fabricius (1537–1619), Petrus Severinus (1580–1656), William Harvey (1578–1657) dan Edward Tyson (1649–1708). Manakala kemajuan dalam pengelasan adalah hasil kerha ahli entomologi dan ahli mikroskopi seperti Marcello Malpighi (1628–1694), Jan Swammerdam (1637–1680) dan Robert Hooke (1635–1702). Lord Monboddo (1714-1799), seorang pemikir mujarad turut menyumbang
[Sunting] Contoh
[Sunting] Manusia (Homo sapiens)
Domain | Eukarya |
Alam | Haiwan |
Filum | Kordata |
Subfilum | Vertebrata |
Kelas | Mamalia |
Subkelas | Theria |
Infrakelas | Eutheria |
Order | Primat |
Suborder | Haplorrhini |
Famili | Hominidae |
Genus | Homo |
Species | H. sapiens |