Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) adalah salah satu parti politik Indonesia yang besar.
Pembentukan PDI-P dapat dikaitkan dengan Peristiwa 27 Julai 1996 yang menyebabkan kemunculan Megawati Sukarnoputri daripada kancah politik kebangsaan. Walaupun sebelum peristiwa ini, Megawati tercatat sebagai Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia dan anggota Suruhanjaya I DPR, namanya dikenal diseluruh Indonesia setelah peristiwa itu.
PDI-P ditubuhkan oleh Presiden Jusuf Habibie untuk menyertai Pilihan raya umum 1999. Dalam pilihan raya umum ini, PDI-P memperoleh peringkat pertama untuk suara DPR dengan memperoleh 151 kerusi. Walaupun demikian, PDI-P gagal melantik Megawati ke jawatan presiden, kerana beliau kalah undi dalam Persidangan Umum MPR 1999 kepada Abdurrahman Wahid. Oleh sebab itu, Megawati menduduki kerusi timbalan presiden. Setelah Abdurrahman Wahid turun daripada jabatan presiden pada tahun 2001, PDI-P menempatkan Megawati ke jawatan presiden.
Dalam Pilihan raya Dewan Undangan 2004, perolehan suara PDI-P turun ke peringkat kedua, dengan 109 kerusi. Untuk Pemilihan Presiden 2004, PDI-P kembali mencalonkan Megawati sebagai calon presiden, berpasangan dengan KH Hasyim Muzadi sebagai calon timbalan presiden.
- Lihat juga: Parti-parti politik Indonesia