Pelayar web
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pelayar web atau penyemak imbas adalah paket perisian yang membolehkan pengguna untuk memapar dan berinteraksi dengan dokument yang di hos oleh pelayan web. Pelayar web popular pada PC termasuklah Microsoft Internet Explorer dan Mozilla Firefox. Pelayar merupakan jenis agen pengguna paling biasa digunakan. Jaringan besar dokumen berkait ini dikenali sebagai World Wide Web.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Protokol dan piawaian
Penguasaan pada Mac 2007 [1] |
---|
IE - 78.6% |
Firefox - 15.1% |
Safari - 4.5% |
Opera - 0.8% |
Netscape - 0.7% |
Pelayar web berkomunikasi dengan pelayan web terutamanya dengan menggunakan HTTP (hyper-text transfer protocol) untuk mengambil laman web. HTTP membenarkan pelayar untuk menghantar maklumat kepada pelayan web dan juga mencapai paparan muka web dari mereka. Ketika ini, HTTP yang paling biasa digunakan adalah HTTP/1.1, yang ditakrifkan sepenuhnya di RFC - (Request for Comments) 2616. HTTP/1.1 mempunyai piwaian sendiri yang tidak disokong sepenuhnya oleh Internet Explorer, tetapi disokong oleh kebanyakan pelayar web generasi sekarang.
Muka web dijumpai melalui URL - (Uniform Resource Locator), yang di anggap sebagai alamat, bermula dengan http: untuk capaian HTTP. Kebanyakan pelayar turut menyokong pelbagai jenis URL dan protokol seumpamanya, seperti ftp: untuk FTP - ([File Transfer Protocol), gopher: untuk (Gopher protocol, dan https: untuk HTTPS (SSL versi tersulit HTTP).
Format fail untuk muka web biasanya HTML (hyper-text markup language) dan dikenal pasti melalui protokol HTTP dengan menggunakan jenis kandungan MIME . Kebanyakan pelayar tempanan menyokong pelbagai format sebagaitambahan kepada HTML, seperti format imej JPEG, PNG dan GIF, dan boleh dikembangkan untuk menyokong lebih banyak lagi melalui penggunaan palam masuk - (plugin). Gabungan spesifikasi protokol jenis kandungan HTTP dan URL membenarkan pereka muka web untuk memasukkan imej, animasi, video, bunyi, dan media aliran kepada muka web, atau membolehkan mereka dicapai melalui muka web.
Pelayar web awal menyokong hanya versi ringkas HTML. Perkembangan pesat pelayar web proprietari (lihat perperangan pelayar) mendorong kepada pembangunan dialek tidak piawaian HTML, membawa kepada masalah interoperasi dengan Jaring. Pelayar jaring moden (Mozilla Suite, Firefox, Opera, dan Safari) menyokong HTML dan XHTML berasaskan piawaian (bermula dengan HTML 4.01), yang sepatutnya dipaparkan dalam bentuk yang sama dikesemua pelayar. Internet Explorer tidak menyokong HTML 4.01 dan XHTML 1.x sepenuhnya lagi. Masa kini, banyak tapak jaring direka dengan menggunakan perisian penjana HTML WYSIWYG seperti Macromedia Dreamweaver atau Microsoft Frontpage. Ini sering kali menghasilkan HTML tidak piwaian secara ingkar, menghalang kerja W3C untuk membangunkan piwaian, khususnya dengan XHTML dan CSS (cascading style sheets, digunakan bagi aturletak muka).
Sesetengah pelayar popular termasuk komponen tambahan bagi menyokong berita Usenet, IRC (Internet relay chat) dan e-mel. Protokol yang mungkin disokong termasuk NNTP (network news transfer protocol), SMTP (simple mail transfer protocol), IMAP (Internet message access protocol), dan POP (post office protocol).
[Sunting] Sejarah ringkas
Tim Berners-Lee, yang meneroka penggunaan hiperteks untuk pengkongsian maklumat, mencipta pelayar jaring pertama, dikenali sebagai WorldWideWeb, pada tahun 1990 dan memperkenalkannya kepada rakan di CERN pada March 1991. Semenjak itu pembangunan pelayar jaring tidak dapat dipisahkan dari pembangunan jaring itu sendiri.
Ianya dipercayai sebagai applikasi berguna bagi mengendali buku telephon besar CERN. Dari segi antaramuka pengguna, ia menggunakan protokol gopher/telnet, membolehkan setiap pengguna untuk melayari tapak lain yang ditulis pengguna lain dengan mudah. Dengan integrasi grafik ia kemudiannya dikatakan sebagai applikasi maut - (killer-application).
Kejutan kepopularan jaring dicetuskan NCSA Mosaic yang merupakan pelayar grafik beroperasi pada Unix tetapi kemudian dialih kepada pelantar Apple Macintosh dan Microsoft Windows. Versi 1.0 dibebaskan pada September 1993. Marc Andreesen, yang merupakan ketua pasukan Mosaic di NCSA, berhenti untuk membentuk syarikat yang kemudiannya dikenali sebagai Netscape Communications Corporation.