Perdana Menteri Afrika Selatan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sebelum 1961, Afrika Selatan merupakan jajahan British dan ketua negaranya merupakan monarki dari Britain. Manakala, perwakilannya ialah Perdana Menteri yang dilantik di Afrika Selatan. Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif dan memainkan peranan yang utama dalam pentadbiran negara. Selepas negara itu menjadi republik, ketua negara bertukar dari monarki kepada Presiden. Namun, Perdana Menteri tetap berkuasa dan Presiden hanya simbolik sahaja. Pada tahun 1984 jawatan Perdana Menteri telah dimansuhkan dan digantikan oleh jawatan Presiden sehinggalah ke hari ini.
Dibawah ialah senarai Perdana Menteri di Afrika Selatan:
- Louis Botha 1910-1919
- Jan Smuts 1919-1924
- James Barry Munnik Hertzog 1924-1939
- Jan Smuts 1939-1948
- Daniel François Malan 1948-1954
- Johannes Gerhardus Strijdom 1954-1958
- Hendrik Frensch Verwoerd 1958-1966
- Balthazar Johannes Vorster 1966-1978
- Pieter Willem Botha 1978-1984