Eksekutif
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Eksekutif juga disebut Pemerintah atau Kerajaan di dalam sistem Parlimen dan juga disebut Pentadbiran di dalam sistem Kongres contohnya di Amerika Syarikat. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh pihak legislatif. Ketua eksekutif di dalam sebuah negara Republik dipanggil Presiden, manakala negara lain dipanggil Perdana Menteri. Badan ini merangkumi banyak sektor kerajaan seperti pelbagai kementerian, jabatan, kerajaan tempatan dan juga agensi kerajaan seperti organisasi polis, tentera dan kastam.
[Sunting] Peranan eksekutif
Peranan utama badan ini termasuklah:
- Membuat keputusan mengenai polisi dan menguatkuasakan undang-undang
- Menjaga hal ehwal hubungan luar negara
- Melantik pegawai-pegawai kerajaan
- Penyiasatan dan keselamatan dalam dan luar negara
- Pengeluaran lesen
- Membuat instrumen perundangan dan undang-undang kecil
- Membuat pembangunan infrastruktur