Perundangan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Perundangan (Bahasa Inggeris:Legislation) atau "undang-undang bertulis" adalah undang-undang yang telah digubal oleh legislatif atau badan penggubalan undang-undang lain. Istilah ini boleh merujuk satu undang-undang khusus, atau kesemua undang-undang yang telah digubal, di mana "statut" juga digunakan untuk merujuk kepada satu undang-undang khusus. Sebelum menjadi perundangan, ia terlibih dahulu dikenali sebagai bil undang-undang, yang juga secara tipikal dikenali sebagai "perundangan" semasa ia sedang dipertimbangkan.
Dalam sesetengah bidang kuasa, legislasi mesti disahkan oleh cabang eksekutif kerajaan terlebih dahulu sebelum ia berkuatkuasa sebagai undang-undang. Di bawah sistem Wesminster yang juga diwarisi oleh Malaysia, satu perundangan dikenali sebagai Akta Parlimen selepas enakmennya. Perundangan lazimnya dicadang oleh suatu ahli legislatif (sebagai contoh wakil rakyat Parlimen atau Kongres) atau oleh cabang eksekutif, dan kemudiannya diperdebatkan oleh ahli-ahli legislatif dan dipinda sebelum diluluskan. Kebanyakan legislatif-legislatif besar meluluskan hanya sebahagian kecil bil-bil yang dicadang dalam suatu sesi perjumpaan. Sama ada satu bil akan mendapat keluluusan dan berkuatkuasa bergantung kepada keutamaan perundangan suatu kerajaan.
Mereka yang mempunyai kuasa formal untuk mencipta perundangan dipanggil penggubal, manakalah kehakiman kerajaan mempunyai kuasa formal untuk mentafsir undang-undang (lihat tafsiran statut).
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Cara alternatif penggubalan
Kelakuan menggubal perundangan kadangkala dikenali sebagai mengundang. Di bawah doktrin pembahagian kuasa, fungsi penggubalan undang-undang terletak secara utamanya pada legislatif. Akan tetapi, terdapat juga situasi di mana perundangan digubal oleh cara lain (terutama apabila undang-undang perlembagaan) digubal). Cara lain termasuk melalui pungutan suara (sesetengah negara seperti Switzerland mengamalkan perundangan cara ini secara aktif) dan konvensyen perlembagaan. Istilah "perundangan" juga kadangkala digunakan untuk mentakrif situasi seperti ini, tetapi pada masa lain, diguna pula untuk membezakan antara akta legislatif dengan cara penggubalan lain.
Interpretasi undang-undang oleh cabang eksekutif atau kehakiman telah dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai penggubalan, terutama apabila cabang kehakiman terpaksa menyelesaikan pertindihan antara undang-undang (seperti perlembagaan dan undang-undang statut). Setakat mana mahkamah dilihat sebagai "menggubal" dalam cara ini memberitahu debat yang berlangsung mengenai aktivisme kehakiman (yang berlawanan dengan penahanan kehakiman). Penggubalan oleh kehakiman tidak secara amnya dirujuk sebagai "perundangan", kecualilah untuk maksud yang membawa pengertian ironi. Juga, undang-undang sesetengah negara memberi kuasa kepada cabang eksekutif atau agensi kerajaan lain untuk mengeluarkan regulasi atau pengistiharan yang boleh membawa kuasa undang-undang, walaupun ini secara amnya tidak berkenaan perundangan secara sendirinya. Perundangan juga boleh dicipta pada peringkat negeri atau peringkat tempatan kerajaan (yang punyai badan perundangan tersendiri), di mana pembahagian kuasa kurang formal dan menyeluruh.
[Sunting] Sejarah perundangan
Rekod kenyataan dan perkara penggubal yang menerangkan sebab-sebab undang-undang terlaksana dipanggil "sejarah perundangan". Selalunya, ini termasuk menulis pengucapan formal atau tulisan yang dibuat oleh penaja bil dan pengritik utamanya. Mahkamah sering merujuk kepada sejarah perundangan dalam mentakrif perundangan, untuk mengenalpasti "tujuan perundangan" — atau apa yang penggubal mahu undang-undang berkenaan melakukan. Akan tetapi, terdapat pandangan yang nyata meskipun dalam golongan minoriti antara sesetengah hakim bahawa undang-undang mesti ditakrif secara utama daripada isi kandungannya, dan tidak boleh mengambil kira sejarah perundangan. Debat ini menjadi lebih kompleks oleh sebab para penggubal kadang-kala akan dengan sengaja menggubal secara samar-samar sebagai satu kompromi politik, dan dalam satu badan legislatif besar, kebanyakan mereka yang mengundi dalam menyetujui suatu undang-undang tidak akan membaca secara penuh sejarahnya, atau juga bilnya sendiri.
[Sunting] Perundangan dalam pelbagai bidang kuasa
Untuk senarai penuh mengikut negara serta topik, sila rujuk senarai perundangan.
- Senarai Akta Parlimen Malaysia
- Senarai Akta Parlimen United Kingdom
- Perundangan kerajaan pusat Amerika Syarikat
- Perundangan kerajaan pusat Australia
- Prosidur perundangan Kesatuan Eropah
Undang-undang | ||
![]() |
||
Sistem perundangan | Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-undang antarabangsa | |
---|---|---|
|
||
Sumber undang-undang | Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut) | |
Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Equiti) | ||
|
||
Penghukuman | Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran) | |
Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan) | ||
Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam) | ||
|
||
Falsafah perundangan | Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang | |
Lihat juga:Senarai cabang undang-undang |
[Sunting] Lihat juga
- Demokrasi
- Liberum veto
- Perundangan yang diwakilkan
- Veto