Piala Dunia FIFA 1974
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Piala Dunia FIFA 1974 dilangsungkan di Jerman Barat. Piala Jules Rimet yang menjadi milik Brazil buat selamanya setelah mereka menjuarainya buat kali ketiga pada 1970. Kini ia diganti dengan trofi baru karya tukang patung Itali, Silvio Gazzaniga. Trofi berbentuk dua orang lelaki yang mengusung bola dunia itu dibuat dari emas campuran 18 karat dengan berat 11 pound dan tinggi 20 inci. Kali ini kejohanan dibahagi kepada dua peringkat. 16 negara yang layak ke kejohanan ini dibahagi kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai empat pasukan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pertandingan
Pusingan 1 Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan kedua, yang kemudian dibahagi kepada dua kumpulan.
Pusingan 2 Juara setiap kumpulan ini pula layak ke akhir, manakala naib juara bertemu untuk penentuan tempat ketiga.
Kemuncak pusingan awal ialah tumbangnya Jerman Barat O-1 kepada tetangganya, Jerman Timur, dalam Kumpulan 1. Pada perlawanan yang berlangsung di Hamburg, 22 Jun tersebut, Juergen Sparwasser menjaringkan gol tunggal pada minit ke-77.
Tapi ada yang menyebut kekalahan itu sememangnya disengajakan oleh pasukan tuan rumah. Kerana dengan kekalahan itu, Jerman Barat terhindar dari bertemu dengan dua pasukan gergasi bolaseak iaitu Belanda dan Brazil pada pusingan kedua.
[Sunting] Pusingan kedua
Pada pusingan kedua, Jerman Barat berada dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Poland, Sweden dan Yugoslavia. Mereka diperkuatkan dengan kehadiran Franz Beckenbauer selaku jurulatih , playmaker Gunter Netzer, dan penyerang Gerd Muller, tuan rumah tidak mampu disekat. Yugoslavia mereka tundukkan dengan jaringan 2-0 dan menumbangkan Sweden 4-2. Dalam perlawanan terakhir, Poland yang diperkuat Grzegorz Lato dikalahkan dengan jaringan 1-0.
Sementara itu, Kumpulan A digelar sebagai "kumpulan maut" mengandungi Belanda, Brazil, Jerman Timur dan Argentina. Persaingan ketat pun terjadi.
Belanda menjadi perhatian kerana menampilkan permainan Total Football. Sistem yang diperkenalkan jurulatih Rinus Michels itu dijalankan dengan sempurna oleh Johan Cruyff yang menjadi mesin utama pasukan Oranye. Setelah mengalahkan Uruguay 2-0, Swedia 0-0, dan Bulgaria 4-1 di pusingan pertama, semuanya menjadi mangsa permainan "Total Football".
Pasukan sehebat Argentina tidak mampu berbuat apa-apa dan kalah 4-0 di tangan Belanda. Cruyff menjaringkan dua gol dan dua gol lagi disumbangkan oleh Ruud Krol serta Jonny Rep. Pada pertandingan kedua, Belanda tak mengalami hambatan saat bertemu dengan Jerman Timur. Dua gol dari Johan Neeskens dan Rob Rensenbrink memberikan kemenangan 2-0 bagi Belanda.
Brazil dan Argentina bertemu dalam perlawanan jiran Amerika Selatan. Satu gol Argentina yang dijaringkan oleh Minguel Brindisi tidak mampu menghalang kemenangan Brazil menerusi jaringan Rivelino dan [[Jairzinho.
Dengan kedudukan terikat 4 mata, pertemuan Brazil-Belanda menjadi perlawanan penentu. Hasilnya, Cruyff tampil menawan dengan memberikan umpan bagi Johan Neeskens untuk menjaringkan gol pertama dan Cruyff sendiri menjaringkan gol kedua untuk memberikan kemenangan 2-0 sekaligus menghantar Belanda ke akhir.
[Sunting] Akhir
Sehari setelah Brasil ditundukkan Poland 1-0 dalam perebutan tempat ketiga, Belanda menghadapi Jerman Barat pada 7 Julai 1974 di Olympiastadion Muenchen untuk memastikan siapa yang terbaik.
Sekitar 75,200 penonton tuan rumah terkejut ketika Belanda didepan pada minit kedua, bahkan ketika itu tiada seorangpun pemain Jerman yang berjaya menyentuh bola. Cruyff berjaya menembusi barisan pertahanan Jerman hingga memaksa Uli Hoeness menjatuhkannya dalam kotak penalti.
Johan Neeskens mengambil sepakan penalti pertama di akhir Piala Dunia, menjadikan kedudukan berubah menjadi 1-0 berpihak kepada Belanda.
Jerman yang tersentak dengan jaringan tersebut lantas bangkit. Pada minit ke-25, Jerman menyamakan kedudukan, juga melalui sepakan penalti, setelah Wim Jensen menjatuhkan Bernd Holzenbein. Paul Breitner menyamakan kedudukan menjadi 1-1.
Jerman akhirnya menjadi juara untuk kedua kalinya setelah Gerd Muller menjaringkan gol kemenangan dua minit menjelang perlawanan tamat.
[Sunting] Lain-lain
- Grzegorz Lato muncul selaku penjaring terbanyak dengan 7 gol.
- Piala Dunia 1974 Jerman diwarnai dengan kawalan keselamatan yang amat ketat setelah terbunuhnya atlet Israel di Olimpiade Muenchen dua tahun sebelumnya, yang dikenali dengan peristiwa Black September.
|
|||
---|---|---|---|
|
|||
|
|||
|
|||
|