Pokok Jelutong
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pokok Jelutong | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Imej:Tiada gambar |
|||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Pokok Jelutong ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Apocynaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Pokok ini biasa terdapat di hutan pamah. Nama botaninya Dyera costulata.
[Sunting] Ciri-ciri fizikal
Silara Pokok Jelutong amat padat dan berbentuk kubah. Ciri-ciri fizikal yang lain adalah seperti berikut:
- Kulit kayu: Biasa berwarna kelabu. Kulit ini meleleh banyak sap atau lateks putih yang digelarkan "getah jelutong" dan dipergunakan untuk membuat gula-gula getah.
- Daun: Besar dan disusun dalam pusaran yang terdiri daripada 6-8 helai daun.
- Bunga: Membuka pada waktu petang, antara pukul 5-7. Bunga putih akan luruh 12 jam kemudian. Secara amnya, semua pokok di dalam sesuatu kawasan akan luruh daun dan bunganya dengan serentak, walaupun kejadian ini tidak dijumpai di dalam hutan.
- Buah: Masak menjadi lenggai kembar terlangkup yang besar selepas 2-3 bulan.
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Rujukan
- Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.