Provinsi Saraburi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Ibu kota | Saraburi |
Gabernor | Thawip Thewin (sejak 2002) |
Keluasan | 3,576.5 km2 Tangga ke-56 |
Jumlah Penduduk |
575,053 (2000) Tangga ke-42 |
Kepadatan Penduduk |
161/km2 Tangga ke-17 |
ISO 3166-2 | TH-19 |
Saraburi (bahasa Thai: สระบุรี) ialah salah satu daripada provinsi Thailand yang terletak di tengah negara ini. Provinsi-provinsi berjiran termasuk (dari utara ikut arah jam) Lopburi, Nakhon Ratchasima, Nakhon Nayok, Pathum Thani dan Ayutthaya.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Geografi
Saraburi terletak di sebelah kiri lembah Sungai Chao Phraya yang terdiri daripada dataran-dataran tinggi dan penara-penara, manakala sebahagian besar kawasan di sebelah barat lembah itu terdiri daripada dataran-dataran yang rendah.
Terdapat dua buah taman negara di provinsi ini:
- Taman Negara Namtok Chet Sao Noi melindungi kawasan seluas 28 kilometer persegi di sekeliling air terjun yang berpemandangan indah;
- Taman Negara Phra Phutthachai melindungi Hutan Khao Sam Lan yang terdiri daripada bukit-bukau dan merupakan punca-punca untuk banyak sungai dan air terjun. Titik yang tertinggi ialah Khao Khrok yang terletak 329 meter atas aras laut. Kawasan ini yang seluas 44.57 kilometer persegi diisytiharkan sebagai taman negara pada tahun 1981.
Pusat provinsi: 14°32′ U 101°0′ T
[Sunting] Pelarian Hmong
Di Amphoe Phra Phutthabat terletak kuil Wat Tham Krabok yang merupakan khemah pelarian Hmong yang terakhir. Orang-orang Hmong berpindah ke kuil ini selepas khemah yang lalu di Ban Vinai (Provinsi Loei) ditutup pada tahun 1992 disebabkan kekurangan wang.
[Sunting] Lambang
Mohor provinsi ini menampilkan kuil Wat Phra Buddha Baat. Pada abad ke-17, seorang pemburu menemui sebuah lopak yang kelihatan seakan-akan jejak kaki yang amat besar. Lopak itu diisytiharkan sebagai jejak kaki Buddha, dan sebuah kuil dibina di tapak ini. "Phra Phutthabat" bermaksud "jejak kaki Buddha".
Pokok provinsi ialah Lagerstroemia floribunda, manakala bunga provinsi ialah Pokok Kapas Kuning (bahasa Inggeris: Yellow Cotton Tree; nama botani: Cochlospermum regium). |
[Sunting] Bahagian pentadbiran
Provinsi Sara Buri dibahagikan kepada 13 buah daerah (Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 111 buah komun (tambon) dan 965 buah desa.
|
|
[Sunting] Pautan luar
Wilayah-wilayah Thailand | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|