Wilayah Satun
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Keluasan: | 2,479.0 km² |
Jumlah penduduk | 247,875 (tahun 2000) |
Kepadatan: | 100 inh./km² |
Satun (Thai สตูล) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala utara ikut jam) adalah Trang, Phattalung dan Songkhla. Di bahagian selatan, Satun bersempadan dengan Malaysia.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Geografi
Satun terletak di Semenanjung Malaysia dan berpantai dengan Laut Andaman.
Taman marin Ko Tarutao dan Phetra terdapat di wilayah ini. Berdekatan dengan sempadan Malaysia adalah Thale Ban, sebuah taman yang memiliki sebuah rawa air tawar yang besar.
[Sunting] Sejarah
Sehingga 1813, Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Malaya, dikenali sebagai Mukim Setul. Akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, British menyerahkan Setul kepada Siam kerana majoriti penduduknya adalah bangsa Thai. Satun pada mulanya ditadbirkan bersama Phuket dan pada 1925 disertakan dalam wilayah Nakhon Si Thammarat. Satun mula ditadbirkan secara sendirian pada 1933.
[Sunting] Demografi
Satun merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 67.8% adalah Muslim dan 31.9% adalah penganut Buddha. 9.9% rakyat Satun adalah orang Melayu.
[Sunting] Simbol
[Sunting] Kawasan pentadbiran
Pattani terbahagi kepada 6 kawasan pentadbiran (Amphoe), dibahagikan lagi kepada 36 daerah swapraja (tambon) dan 257 buah kampung (mubaan).
Amphoe | King Amphoe | |
---|---|---|
|
|
|
[Sunting] Pautan luar
Wilayah-wilayah Thailand | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|