Qaisy & Laila
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Qaisy & Laila | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | Raja Ahmad Alauddin |
Pengarang | Habsah Hassan Raja Ahmad Alauddin |
Pelakon | Jehan Miskin Nur Fazura |
Penerbit | Habsah Hassan Ruhani Abdul Rahman |
Pengedar | Serangkai Holdings Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 30 Jun 2005 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem Qaisy & Laila mula ditayangkan di pawagam pada 30 Jun 2005. Filem yang berkisahkan keadaan di Afghanistan ini dirakamkan di Quetta, Pakistan dan Kuala Lumpur. Pada asalnya pelakon Azri Iskandar diberi watak Qaisy tetapi terpaksa menarik diri daripada melakonkan watak Qaisy apabila filem ini ditangguhkan penggambarannya dan jadualnya telah bertembung dengan drama bersiri Sumayyah lakonan Azri.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Kisah mengenai cinta dan pengorbanan gadis Malaysia, Laila yang menyertai Malaysian Relief Team dan jatuh cinta dengan pemuda Afghanistan, Qaisy. Kisah ini bermula apabila Qaisy terpaksa menamatkan pengajiannya di Malaysia untuk menjaga adik perempuannya apabila ahli keluarganya yang lain terbunuh semasa Amerika Syarikat melancarkan peperangan ke atas Afghanistan. Di sana dia berjumpa dengan Laila yang menyertai pasukan perubatan Malaysia.
[Sunting] Pelakon
- Jehan Miskin (Qaisy)
- Nur Fazura (Laila)
- Umie Aida (Dr. Suria)
- Radhi Khalid (Sadiq)
- Redzuan Hashim (Dato')
- Rahimah Rahim (Datin)
- Fahrin Ahmad (Arman)
- Tengku Nurtasha (Adik Nurjanah)
- Farok Khan (Samad)
[Sunting] Pengarah
- Raja Ahmad Alauddin
[Sunting] Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-18, 2005
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Radhi Khalid
- Lagu Tema Asal Terbaik - Ayob Ibrahim