Afghanistan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
د افغانستان اسلامي جمهوریت Da Afġānistān Islāmī Jomhoriyat جمهوری اسلامی افغانستان Jamhūrī-yi Islāmī-ye Afġānistān Republik Islam Afghanistan |
|||||
|
|||||
Lagu kebangsaan: Surūd-i Millī | |||||
Ibu negara (dan kota terbesar) |
Kabul 34°31′ N 69°08′ E |
||||
Bahasa rasmi | Pashto Bahasa Parsi (Darī) |
||||
Kerajaan | Republik Islam | ||||
- Presiden | Hamid Karzai | ||||
- Naib Presiden | Ahmad Zia Massoud | ||||
- Naib Presiden | Karim Khalili | ||||
Kemerdekaan | daripada United Kingdom | ||||
- Diisytihar | 8 Ogos 1919 | ||||
- Diiktiraf | 19 Ogos 1919 | ||||
Keluasan | |||||
---|---|---|---|---|---|
- Jumlah | 652,090 km² (41) 251,772 km persegi |
||||
- Air (%) | n/a | ||||
Penduduk | |||||
- Anggaran 2005 | 29,863,000 (38) | ||||
- Bancian 1979 | 13,051,358 | ||||
- Kepadatan | 46/km² (150) 119/km persegi |
||||
KDNK (KKP) | Anggaran 2006 | ||||
- Jumlah | $31.9 billion (91) | ||||
- Per kapita | $1,310 (162) | ||||
IPM (1993) | 0.229 (n/a) (tiada) | ||||
Mata wang | Afghani (Af) (AFN ) |
||||
Zon waktu | (UTC+4:30) | ||||
- Musim panas (DST) | (UTC+4:30) | ||||
Internet TLD | .af | ||||
Kod panggilan | +93 |
Afghanistan (افغانستان dalam bahasa Dari dan Pashtu) adalah sebuah negara di Tengah/Selatan Barat Asia. Ia bersempadan dengan Iran di sebelah barat, Pakistan di selatan dan timur, Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan di utara, dan China di penghujung timur negara tersebut.
Di antara jatuhnya pemerintahan Taliban (selepas pendudukan Amerika Syarikat) dan penubuhan Loya Jirga 2003, Afghanistan telah dipanggil oleh Barat dengan nama Transitional Islamic State of Afghanistan (Negara Islam dalam Peralihan, Afghanistan). Namun perlembagaan Afghanistan yang baru telah menetapkan nama negara tersebut sebagai Republik Islam Afghanistan. Ia merupakan salah satu daripada negara-negara termiskin di dunia.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Artikel utama: Sejarah Afghanistan
Afghanistan, negara di persimpangan jalan Asia Tengah, telah banyak mengalami sejarah yang bergolak. Sejak berkurun lamanya, Afghanistan pernah dijajahi banyak kuasa-kuasa besar seperti Genghis Khan dan Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great).
Sebuah negara Afghanistan telah diasaskan pada tahun 1746 di bawah Empayar Durrani tetapi kuasa pemerintah telah dipindahkan kepada British sehingga Raja Amanullah menaiki takhta pada tahun 1919. Sejak itu, Afghanistan telah melalui bermacam jenis pemerintahan dan beberapa perang saudara.
Raja-raja Afghanistan berasal daripada puak Abdali dari suku etnik Afghan, dan nama puak tersebut ditukarkan kepada "Durrani" sejak Ahmad Shah menaiki takhta.
Pada kurun ke-20, sebanyak sebelas raja-raja Afghanistan telah diturunkan takhta menerusi cara-cara yang tidak demokratik: 1919 (dibunuh), 1929 (meninggalkan takhta), 1929 (dihukum mati), 1933 (dibunuh), 1973 (dibuang), 1978 (dihukum mati), 1979 (dihukum mati), 1979 (dihukum mati), 1987 (disingkir), 1992 (diguling) and 1996 (diguling).
Period stabil yang terakhir sekali dikecapi oleh Afghanistan wujud dari tahun 1933 hingga 1973, apabila negara itu berada di bawah pimpinan Raja Zahir Shah. Pada 1973, Sardar Mohammed Daoud, saudara kepada Zahir Shah telah melancarkan rampasan kuasa. Namun pada 1978, Daoud dan keluarganya dibunuh oleh ahli komunis Parti Demokratik Rakyat Afghanistan yang memberontak dan berjaya mengambil alih kuasa memerintah.
Penentangan dan konflik yang hebat terhadap kerajaan berhaluan kiri telah memaksa Soviet Union untuk menakluk Afghanistan pada 24 December 1979. Namun demikian, setelah berhadapan dengan tekanan antarabangsa dan 15,000 askar Soviet terkorban akibat tentangan puak mujahideen yang dilatih oleh Amerika Syarikat, Pakistan dan kerajaan lain; askar Soviet berundur dari tanahair Afghanistan pada tahun 1989.
Walaupun begitu, pihak mujahideen masih bergaduh sesama sendiri dan ini telah melahirkan beberapa panglima perang (warlordism). Pertelingkahan yang paling tragik berlaku pada 1994, apabila 10,000 orang terbunuh di wilayah Kabul. Puak Taliban yang mendapat sokongan padu dari Pakistan akhirnya berjaya merampas kuasa pada 1996. Puak Taliban berjaya merampas 90% negara ini, kecuali timur-laut Afghanistan yang dikuasai oleh 'Northern Alliance'. Sewaktu memerintah Afghanistan, mereka telah melaksanakan kerajaan Islam secara ekstrim. Disamping itu, puak Taliban telah memberi bantuan serta tempat selamat kepada pengganas Islam termasuk Osama bin Laden dan Al-Qaeda.
Akibat kaitan Taliban dengan kumpulan pengganas ini serta serangan 9/11 di New York, pada tahun 2001 tentera Amerika telah melancarkan serangan di Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban. Pada akhir 2001, pemimpin utama dari pihak pembangkang Afghan telah berjumpa di Bonn, Jerman untuk merangka suatu kerajaan baru. Hasilnya adalah perlantikan Hamid Karzai sebagai Pengerusi Lembaga Interim Afghan (AIA) pada December 2001. Setahun kemudian, pilihan raya kebangsaan telah diadakan dan Karzai telah dipilih sebagai Presiden,
Tambahan kepada pertelingkahan politik ganas dan kegiatan ketenteraan untuk mengusir unsur Al-Qaida dan Taliban yang tinggal, Afghanistan menderita kemiskinan teruk, panglima perang yang ramai, infrastruktur yang usang, dan periuk api dimerata-rata tempat.
Pada 3, dan 25 Mac 2002, siri gempa bumi melanda Afghanistan, dengan kemusnahan beribu buah rumah dan kehilangan nyawa seramai 1,800. Lebih dari 4000 orang tercedera. Gempa bumi berlaku di daerah Samangan (3 Mac) dan daerah Baghlan (25 Mac). Yang kedua lebih teruk, dan mengakibatkan kebanyakan mangsa. Pihak berkuasa antarabangsa membantu kerajaan Afghanistan untuk menangani keadaan tersebut.
[Sunting] Politik
Artikel utama: Politik Afghanistan
Kini, sebuah kerajaan sementara telah ditubuhkan. Ia diketuai oleh presiden Hamid Karzai, kebanyakkannya dianggotai ahli-ahli Northern Alliance, serta campuran ahli-ahli daripada kumpulan-kumpulan etnik dan serantau yang dibentuk daripada kerajaan terdahulu oleh Loya jirga (majlis tertinggi). Bekas raja, Mohammed Zahir Shah kembali ke negaranya, tetapi tidak ditabalkan sebagai raja dan hanya memegang kuasa istiadat terhad.
Sebuah Jawatankuasa Perlembagaan Afghanistan telah ditubuhkan dibawah Perjanjian Bonn untuk berunding the orang ramai dan mencipta sebuah draf perlembagaan. Sebuah draf telah ditetapkan untuk dihasilkan pada 1 September, 2003 tetapi jawatankuasa tersebut telah memohon penangguhan agar dapat melaksanakan rundingan tambahan. Satu mesyuarat Loya jirga (majlis tertinggi) berperlembagaan telah diadakan pada bulan Disember 2003 apabila sebuah perlembagaan baru telah diterima, seterusnya membentuk sebuah kerajaan berpresiden.
Tentera dan agensi perisikan dari Amerika Syarikat dan beberapa negara lain hadir di Afghanistan, memikul tanggungjawab memelihara keamanan dan memburu sisa-sisa pejuang Taliban dan Al-Qaeda. Tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa beroperasi di Kabul sejak Disember 2001. NATO mengambil alih pasukan tersebut pada 11 Ogos, 2003. Panglima perang menguasai kebanyakan daripada negara tersebut.
Pada 27 Mac, 2003, Abdul Rashid Dostum, Naib Menteri Pertahanan Afghanistan dan seorang panglima perang yang berkuasa telah menubuhkan sebuah pejabat untuk Zon Utara Afghanistan dan melantik pegawai-pegawai untuk pejabat tersebut. Ini adalah bertentangan dengan perintah presiden sementara, Hamid Karzai yang melarang penubuhan zon-zon di Afghanistan.
[Sunting] Wilayah-wilayah
Artikel utama: Wilayah-wilayah di Afghanistan
Afghanistan terdiri daripada 34 buah wilayah, atau velayat (ولايت):
|
|
[Sunting] Geografi
Artikel utama: Geografi Afghanistan
Afghanistan ialah sebuah negara yang berbukit-bukau. Terdapat juga tanah pamah di bahagian utara dan barat daya. Nowshak, 7485 m di atas paras laut, merupakan puncak tertinggi di Afghanistan. Sebahagian besar daripada negara tersebut adalah kering dan bekalan air tawar adalah terhad. Afghanistan mempunyai iklim benua dengan panas dan sejuk yang terlampau, serta sering dilanda bencana gempa bumi.
Selain ibu negara, Kabul, Herat, Jalalabad, Mazar-e Sharif and Kandahar adalah bandar-bandar besar nagara tersebut.
[Sunting] Ekonomi
Artikel utama: Ekonomi Afghanistan
Afghanistan merupakan sebuah negara yang amat miskin, dan amat bergantung kepada pertanian dan penternakan. Ekonominya amat terjejas oleh pergolakan politik dan tentera baru-baru ini. Kemarau yang amat teruk antara 1998 dan 2001 menambahkan kesusahan lagi. Kebanyakan daripada penduduknya masih mengalami makanan, pakaian, perumahan dan perubatan yang tidak mencukupi disebabkan oleh operasi tentera dan ketidakpastian politik. Inflasi masih merupakan masalah yang besar.
Perang tentera campuran yang dipimpin oleh Amerika Syarikat telah menyebabkan kekalahan Taliban pada November 2001, dan perumusan "Pihak Berkuasa Sementara Afghanistan" (Afghan Interim Authority) (AIA) oleh Persetujuan Bonn pada Disember 2001. Ikhtiar antarabangsa untuk membina semula Afghanistan telah dikemukakan dalam Persidangan Penderma Tokyo pada Januari 2002 dan AS$4.5 bilion dikumpul sebagai tabung amanah untuk ditadbirkan oleh Bank Dunia. Bidang-bidang yang diutamakan untuk pembinaan semula Afghanistan termasuk:
- pembinaan kemudahan pendidikan, kesihatan dan sanitasi;
- pengukuhan keupayaan pentadbiran;
- perkembangan sektor pertanian; serta
- pembinaan semula perhubungan lebuh raya, tenaga dan telekomunikasi.
Dua pertiga daripada penduduk Afghanistan hidup melalui wang yang kurang daripada AS$2 sehari. Kadar mortaliti bayi adalah 257 bagi setiap 1,000 kelahiran.
[Sunting] Demografi
Artikel utama: Demografi Afghanistan
Masyarakat Afghanistan dibahagi kepada beberapa kumpulan etnik. Orang Afghan asli, juga dikenali sebagai golongan Pashtun, membentuk 44% daripada masyarakat Afghanistan. diikuti oleh golongan Tajik (25%) dan Hazara (10%). Golongan-golongan lain merangkumi puak-puak kecil seperti Aimak, Turkmen dan Baloch membentuk 13% dan Uzbek (8%). Bahasa yang digunakan berbeza mengikut puak, dengan Bahasa Afghan (Pashtu) (35%) dan Bahasa Parsi (Dari) (50%) sebagai bahasa utama. Selain itu, Uzbek dan Turkman turut digunakan (11%). 4% yang terakhir merangkumi 30 bahasa-bahasa lain, terutamanya Balochi dan Pashai. Bilingualisme ialah perkara yang biasa di Afghanistan.
Pecahan etnik di Afghanistan
Afro-Amerika - 2,000, Aimaq Berberi - 202,677, Aimaq Chahar - 1,000,000, Aimaq Firozokhi - 260,000, Aimaq Hazara - 202,400, Aimaq Jamshedi - 115,000, Aimaq Taimani - 964,000, Aimaq Teimuri - 130,000, Amulah - 8,623, Anglo-Amerika - 11,997, Anglo-Australia - 300, Anglo-Kanada - 800, Anglo-New Zealand - 50, Arab Algeria - 2,800, Arab Badwi - , Arab Balkh - 15,448, Arab Iraq - 370, Arab Jordan - , Arab Khaliji Bahrain - , Arab Khaliji Kuwait - , Arab Libya - 200, Arab Mesir - 2,000, Arab Nejdi Saudi - 5,000, Arab Tunisia - 400, Arab Uzbeki - 5,000, Arab Yaman - 4,000, Armenia - , Ashkuni - 19,713, Azeri Afshari - 51,680, Austria - 1, Badakhshani - 17,558, Balochi - 610,559, Bashkarik - 29,000, Belanda - 250, Bengali Bangladesh - 28, Brahui - 388,000, British - 1,800, Croat - 50, Gawar - Bati - 15,920, Georgia Kristian - 95, Georgia Muslim - 150,005, Grangali - 29,990, Gipsi Balkan Zargari - 11,060, Gipsi Domari Kowli - 194,300, Gipsi Jat - 1,662, Gujerati Khoja - , Hazara Sunni - 1,099,620, Hazara Syiah - 5,498,100, Hindi - 129,856, India - 45,000, Itali - 1,497, Jepun - , Jerman - 2,252, Kamdeshi - 7,020, Kamviri - 6,100, Karakalpak - 7,000, Kati - 20,634, Kazakh - 3,324, Kho - 7,497, Kohistani Indus - 36,242, Korea - 99, Kurdish Sorani - 28,774, Kyrgyz - 22,000, Luxemburger - , Malakhel - 3,441, Mongol - 13,000, Munji - 23,714, Nangalami - 24,000, Norway - , Ormuri - 5,659, Pahlavani - 2,874, Parachi - 10,037, Parsi Majusi - 83,000, Parsi Muslim - 1,794,000, Parya - 1,558, Pashai - 539,859, Pashtu - 20,641,000, Portugis - , Punjabi - 50,000, Qizilbash - 366,540, Rajasthani Gujari - 21,247, Romania - 425, Rusia - 1,500, Sepanyol - , Sindhi - 16,000, Sanglechi-Ishkashimi - 10,430, Savi - 5,160, Shina - 141, Shughni - 27,511, Shumashti - 1,374, Tajik - 9,723,462, Tangshuwi - 13,754, Tatar - 579, Tirahi - 8,937, Tregami - 1,374, Turki - 1,300, Turkmen - 1,450,000, Urdu - 26,760, Uyghur - 5,363, Uzbek - 3,884,430, Waigali - 16,000, Wakhi - 18,000, Warduji - 6,877, Wotapuri-Katarqalai - 2,750, Yahudi Afghan - 6,000, Yakaolang - ,
Dari segi agama, orang Afghan adalah biasanya Muslim, Pashtun atau kedua-duanya sekali. Lihat Agama di Afghanistan.
[Sunting] Budaya
Artikel utama: Budaya Afghanistan
Kebanyakan daripada monumen bersejarah Afghanistan telah dirosakkan dalam perang baru-baru. Dua arca Buddha termashyur yang terletak di provinsi Bamiyan telah dimusnahkan oleh Taliban kerana mereka menggangapinya sebagai lambang agama yang lain.
Sukan Buzkashi adalah popular di Afghanistan kerana penduduknya cekap dalam penunggangan kuda. Anjing Afghanistan berasal dari negara ini.
Sebelum Taliban menakluk Afghanistan, bandar raya Kabul merupakan tempat untuk ramai pemain muzik tradisional dan moden Afghanistan. Kabul pada pertengahan abad ke-20 telah dipersamakan dengan Vienna pada abad ke-18 dan ke-19.
Lihat juga: Radio Kabul, Muzik Afghanistan
[Sunting] Pendidikan
Artikel utama: Pendidikan di Afghanistan
Dalam musim bunga 2003, dianggarkan bahawa 30% daripada 7,000 buah sekolah di Afghanistan telah mengalami kerosakan yang serius sepanjang lebih daripada dua dekad zaman pendudukan Soviet, perang saudara dan pemerintahan Taliban. Hanya separuh daripada sekolah-sekolah ini dilaporkan mempunyai kemudahan air yang bersih, sementara kurang daripada 40% memiliki sanitasi yang memuaskan. Pendidikan untuk budak lelaki tidak dititikberatkan semasa rejim Taliban, manakala budak perempuan pula langsung tidak dibenarkan memasuki sekolah.
Dengan mengambil kira kedaifan dan keganasan persekitaran mereka, satu kajian yang dijalankan pada tahun 2002 oleh pasukan bantuan 'Save the Children' melaporkan bahawa kanak-kanak Afghanistan bersifat tabah dan berani. Kajian ini mendapati bahawa institusi keluarga dan komuniti yang kukuh yang membantu memupuk sifat-sifat ini.
Kira-kira empat juta kanak-kanak Afghanistan, mungkin jumlah terbesar dalam sejarah, dipercayai telah mendaftar untuk kelas bagi tahun persekolahan yang telah bermula pada Mac 2003.
Kadar celik huruf untuk seluruh penduduk dianggarkan sebanyak 36%.
[Sunting] Lihat juga
- Komunikasi di Afghanistan
- Pengangkutan di Afghanistan
- Ketenteraan Afghanistan
- Hubungan luar Afghanistan
[Sunting] Pautan luar
- CIA - Buku Fakta Dunia &mdash Afghanistan
- Penyelidikan negara bagi Afghanistan oleh Perpustakaan Kongres
- Wawancara Brzezinski mengenai penglibatan Amerika Syarikat sebelum serangan Soviet
- Soalan-soalan yang sering ditanyai mengenai 911/Osama bin Laden/Afghanistan
- CountryGuide::Afghanistan &mdash direktori penyunting yang menumpukan kepada perancangan dan penyelidikan pelancongan].
- Rencana mengenai betapa lama Perang Afghanistan mungkin telah dirancang.
- Kolej Diraja Britain bagi {Penyelidikan Pertahanan menganalisakan dan mencadangkan perang pada Ogos 2001
- Rencana BBC mengenai gempa bumi pada Mac 2002
- Kertas wang Afghanistan
- Portal ke Dunia Perpustakaan Kongres - Afghanistan
- [http://english.pravda.ru/main/2003/01/05/41643.html Analisa politik di Pravda: "Tiada penamatan di Afghanistan"
- Menahan hak asasi manusia sebagai tebusan
- Peta Afghanistan 2002 oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PDF)
Daftar negara | Asia | Asia Tengah |
Afghanistan | Kazakhstan | Kyrgyzstan | Mongolia | Rusia | Tajikistan | Turkmenistan | Uzbekistan |
Negara Negara di Benua Asia | ||
---|---|---|
Afghanistan · Arab Saudi · Armenia · Azerbaijan1 · Bahrain · Bangladesh · Bhutan · Brunei · China · China (Taiwan)2 · Cyprus · Emiriah Arab Bersatu · Filipina · Georgia1 · India · Indonesia4 · Iran · Iraq · Israel · Jepun · Jordan · Kazakhstan1 · Kemboja · Korea Utara · Korea Selatan · Kuwait · Kyrgyzstan · Laos · Lubnan · Malaysia · Maldives · Mesir3 · Mongolia · Myanmar · Nepal · Oman · Pakistan · Qatar · Rusia1 · Singapura · Sri Lanka · Syria · Tajikistan · Thailand · Timor-Leste (Timor Timur)4 · Turki1 · Turkmenistan · Uzbekistan · Vietnam · Yaman3 ·
|