Roh Moo-hyun
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Roh Moo-hyun (lahir September 1, 1946 di Gimhae, Selatan Gyeongsang) menjadi Presiden bagi Korea Selatan sejak Februari 25, 2003. Sebelum menyertai pilitik, Roh merupakan peguam hal asasi manusia.
Kerjaya politik ditandai oleh beberapa peristiwa menarik. Darurat ekoran dari pergerakan reformis liberal dan Anti Amerika di dalam negara adalah antara faktor penting kejayaannya kini.
Presiden Roh dicemari beberapa kontroversi seperti menyekat barisan pembangkang. Namun beliau mendapat mandat besar dalam pilihanraya Korea Selatan.
Dasar Presiden yang berkeras menghantar tentera Korea Selatan ke Iraq sebagaimana desakan Amerika Syarikat telah menjejaskan reputasinya. Beliau juga gagal memindahkan ibu negara Korea Selatan dari wilayah Chungcheong.
[Sunting] Maklumat Peribadi
Berkahwin Kwon Yang-sook (권양숙), Roh mempunyai dua anak perempuan iaitu (Roh Jeong-yeon, 노정연, lahir 1975), seorang pekerja kedutaan; dan seorang anak lelaki (Roh Geon-ho, 노건호, lahir 1973), bekas pekerja LG Electronics kini memiliki MBA dariUniversiti Stanford. Roh berugama Roman Katolik, sebagaimana Kim Dae-Jung.
Roh lahir pada 1946 dalam keluarga petani di Gimhae, berhampiran Busan, di tenggara Korea Selatan.
Tahun 1960, beliau memimpin pelajar dalam tunjuk perasaan di sekolahnya. Merupakan pelajar sekolah tinggi . Seterusnya berkhidmat sebagai tentera Korea Selatan.
Beliau belajar undang-undang dan mengambil peperiksaan pada 1975. Seterusnya 1977 menjadi hakim daerah di Daejeon dan memulakan latihan dalam undang-undang percukaian pada 1978. Dalam tahun 1981, beliau menjadi peguambela dalam kes kontroversi seorang pelajar sastera.
[Sunting] Kerjaya Politik
Pada 1988 Roh menyertai politik dan berusaha keras menentang rasuah dan khususnya Pembunuhan Gwangju 1980.
Roh berjaya dalam pilihan raya April 2000 di Busan, Korea Selatan.
Beliau dilantik sebagai Menteri Perikanan dan Marin pada Ogos 2000. Seterusnya terpilih sebagai calon Presiden Parti Demokratik Milinium dengan mengalahkan Lee Hae-chan dengan majoriti tipis.
Penyandang Terdahulu | Presiden Korea Selatan 25 Februari, 2003 – "Masih berkhidmat" |
Penyandang Kemudian |
Kim Dae-jung | "Masih berkhidmat" |