Saka
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kandungan rencana ini tidak disahkan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri! |
Saka merupakan merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri. Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telor, ayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Matlamat
Ilmu saka ini biasanya dituntut sebagai cara memelihara diri atau harta benda daripada musuh. Terdapat pelbagai jenis saka, bergantung kepada tujuan dan matlamat pemilik asal dan jenis saka/jin yang dirapati. Selain itu, ia juga boleh digunakan bagi menginyanya musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
[Sunting] Kelebihan
Saka ini boleh digunakan bagi membantu pemiliknya dalam kerja seharian, seperti bertani, memburu dll. Sebagai contoh saka telinga, membolehkan tuannya mendengar pergerakan hewan semasa memburu.
[Sunting] Jenis-jenis saka
Saka merujuk kepada semua jenis jin/shaitan yang didampingi oleh seseorang dan ini termasuk:-
- Toyol
- Polong
- Pelesit
- Hantu raya
- Saka haiwan
- Puntianak
- Langsuir
- Penanggal
[Sunting] Kelemahan
- Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam.
- Saka ini akan berpindah kepada waris setelah kematian tuan asal dan saka yang tidak dipelihara dengan dijamu akan merasuk tuan barunya. Ini menimbulkan masaalah kerana tuan baru biasanya tidak mengetahui kehadiran dan kehendak saka tersebut. Semakin lama saka itu diwarisi, semakin sukar untuk membuang saka tersebut.
- Saka yang tidak diwarisi waris biasanya akan berkeliaran dan akan mengamuk dan menganggu orang sekeliling. Kebiasaannya, sekiranya waris itu seorang yang kuat semangatnya, saka itu akan berpindah kepada anak kecil siwaris tersebut.
[Sunting] Penghapusan
Saka biasanya sukar dihapuskan. Dengan itu saka biasanya dipujuk agar berjamu dalam satu bekas yang dikenali sebagai acak dan hanyutkan melalui sungai ke laut, atau kadang-kala saka ini diikat kepada sesuatu objek yang dianggap kekal bagi menghalang saka berkeliaran mengganggu orang ramai.
[Sunting] Penelitian secara ilmiah
Kemungkinan saka ini membabitkan penyakit keturunan, yang kemudiannya dikaitkan dengan saka sebagai satu cara penjelasan.